Saturday, August 27, 2011

Berangan Oh! Salam Perantau



Nak masuk surat khabar memang tak layak.
So buat Salam Perantau dekat blog sendiri sajalah.


Maka dengan ini terimalah ucapan Salam Hari Raya dari saya untuk anda semua.
Balik kampung pandu cermat jiwa selamat.
Main mercun hati-hati takut nanti terbakor tangan pula.


Thursday, August 25, 2011

Red Velvet from My Point of View



I just don't understand why here and there people keep talking about RV? Seems it is a very delicious cake which I found out later that it is not that umpph! I do prefer chocolate cheese brownies more. At least I can feel the taste of chocolate there.


I just don't understand why RV cake become so famous amos these days. Despite of 2 tablespoons of vinegar and 2 tablespoons of cocoa powder (recipes I used), I just can taste the sweetness, the softness and the a-bit-moistness of the cake. Or maybe it's my fault that I can't feel the richness of the RV cake because I eat it without the cream cheese. Err... too lazy to spend some time for that.


I think I should try RV cake outside to know its real taste. Well, maybe they used super power recipe kut, who knows? Hehe... I'm not a professional baker. Itu yang tak mengancam kut my RV cake.


4.33 am - Selamat bersahur.


Nota kaki 1: Rasa Raya nanti nak buat lagi RV cake semata-mata nak hasilkan memang Red Velvet yang red. So, kena beli pewarna makanan yang baru.


Nota kaki 2: Yang ini second attempt. First time kecundang ke laut.

Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday: Raya Cookies Chomel

Wednesday ke hari ini?


Hello! Time flies! How many more days left for us to celebrate 'Eid?


Err... should be wordless day but being me... Ngehngeh...


3 개 2,000원
3 ketul 2,000 Won


Salam Akhir Ramadhan.

Tuesday, August 23, 2011

Rambling Tuesday

Assalamu'alaikum ^^


Selamat ______ (Fill in the blank as you wish ^o^). Berharap hari ini lebih baik dari semalam in terms of productive, creative bla bla bla. Kenapa? Semalam tidak baik kah? Semalam hari tidur sedunia kerna hanya tidur selama 2 jam. Berjaga dari pukul 12 malam hingga ke pukul 8 pagi. Makanya satu kerja pun tak jalan.


So, hari ini berharap dapatlah lukis dua tiga 'ketul' idea. Nak menjahit malas. So, marilah melukis pula. Mungkin boleh hasilkan something untuk project after raya. Mungkin laa... Dah ada satu product baru coming soon in line. Nak update pun malas sebab semua orang tengah mood nak raya, so tunggu lepas raya lah. Sementara nak menunggu, tambah-tambah mana yang patut lagi.


Raya tahun ni maybe tak ada baju raya. Tak berasa nak pakai baju baru pun. Recycle sajalah baju-baju yang masih muat tu. Kalau tak muat juga, beraya pakai seluar. Huhu.. Seluar saja yang baru. Seluar hari raya.


Tamat sebab tak ada idea dah. Wassalam.

Thursday, August 18, 2011

Polkadot Flower Shawlclips



Saya tak pakai shawl sangat sebab rasa sedikit tercekik dengan lilitan shawl dileher. Jadi saya hasilkan aksessori yang boleh dipakai dengan shawl. Entah berapa banyak, saya tak pasti tapi rasanya dah lebih dari 300 pieces saya buat. Mulanya dengan tempahan Ika Radiusite and since then, alhamdulillah shawlclips bunga ni memang jadi hot items.


Untuk batch yang ni, size bunga lebih kecil and saya gunakan printed polkadot felt. Campur-campur dengan plain felt and hasilnya not bad juga.


Terima kasih kepada yang menempah.

New Look, New Name - Re-branding Again??

Salam Ramadhan. Puasa ke tak hari ni? ^^


Merah dan hijau kelihatan seperti sesuai, bukan? Seperti sahaja... padahal nampak weird. Tapi kadang-kala menjadi saya, tergugat juga hati ni nak tukar background ke warna merah hati pulak. (Nampak sangat suka tukar-tuki <-- buat gandaan sendiri disini. Use with your own risk) HIHI... Susah susah. Silap haribulan blog ini akan kembali kewarna asal, putih. (Edited: Memang dah tukar) Putih itu menawan, hitam itu hitam manis.


Ini bukan kali pertama re-branding. Yang ini kali kedua dah dan mungkin yang terakhir. Bila duk menung lama-lama, terasa nak tukar nama jadi satu perkataan sahaja. Mudah nak sebut. Senang nak ingat. Tapi ya ke senang ke nak ingat? Harap-harap nama ni kekal laa. Huhu...


Iggumiyeyo by JJ


JJ stands for Jalilah Jamaludin. Oh, namaku. ^^
Iggumiyeyo pula... cerita lanjut boleh dibaca di sini.


Annyeong ^^


Nota kaki 1: Terasa nak buat Red Velvet kek lagi tapi malas nak pergi beli susu, substitute kepada buttermilk.

Wednesday, August 17, 2011

Finally??

Finally... Well can't promise anything you see now will be the same tomorrow-morrow ^o^ because once I'm tired with the layout, I'll change it again.


So, here is my latest new Iggumiyeyo's blog with apple green background. Striking colour isn't it? Sorry guys, for the time being I just love green - apple or olive both I like. Dah bosan dengan warna pink tapi masih nak ada unsur-unsur pink juga and added chocolate as Iggumiyeyo main colours.


I'm done with blog's design. Next, I have to prepare business card, simple will do. Since I'm on a very limited budget, I think I want to print it myself. I never had ones before. So lets start it now. And I need to print my own label. Glad I still have the canvas sheet. 3 more sheets I think and these will give me more than 100 pieces of labels.


Due to my re-branding, I've prepared new product which will be launch soon maybe after raya. I think I'm gonna make 2-3 more new products for Iggumiyeyo launching (launching??) HAHA.


So, thats all for now. Hopefully this Ramadhan give me more strength to make my so-many-dreams-in-the-list come true. And one more thing, actually I've imported all my previous posts from only.sweet.things Cabin to this blog because there are meaningful stories I wrote there which is the moments that I want to remember till the end of my life.


Pray for me. Wassalam.


Nota kaki 1: Masih belum bersedia nak daftarkan small business ni. Satu hari nanti yang pasti melainkan tiba-tiba terasa nak kerja office hour.


Nota kaki 2: Rasa macam nak join bazaar after raya ni. Kalau nak, bole pulun jahit bulan puasa ni.

Friday, August 12, 2011

Glue gun

Salam Ramadhan.

Glue gun bukanlah gun atau pistol yang boleh mengeluarkan bunyi yang power sebaliknya ia hanya mampu mencairkan glue atau gam yang berbentuk rod panjang. Walaupun tugasnya hanyalah mencairkan gam, tapi kalau dah terkena gam panas tersebut boleh juga membawa sedikit kesengsaraan. Pedih woo!

Namun begitu, bukanlan kisah tangan terkena gam panas ke apa yang ingin saya highlightkan di sini, sebaliknya glue gun milik saya telah menjadi pistol tak berpeluru. Pommm!! Terkejut mokcik pagi tadi. Padanlah dua hari lepas saya berangan- angan hendak membeli glue gun yang baru, rupa-rupanya glue gun yang ada tidak mahu lagi menjadi glue gun. Mungkin dia mahu menjadi penghuni tong sampah pula. Huhu...

Mujur bukan meletup di tangan. Kalau tidak... Tapi terblack out sekejaplah bilik saya pagi tadi. Hish! Cuak. Cuak bukan apa. Takut kena marah dengan ayah.

Kesimpulannya, kerja saya terbantut. Untuk mendapatkan glue gun yang baru mungkin mengambil masa sedikit. Alaaa~~ tertangguh lagi kerja. Dah restock barang lain, takda gam pula.

Bye.

Tuesday, August 9, 2011

Meet Lil' Monster


Salam Ramadhan ^^

Meet my Lil' Monster.
Yum yummy ^^
I once posted teka-teki here, remember? No?
So here is the answer after sooo long.

As always, penyakit M is here.



Part I like most!!


Tissue holder it is!!
Can store 2 packets of tissue at one time.
(Tissue packet yang plastik tu)

Annyeong~~

Monday, August 8, 2011

I'm A Ladygrapher & I Love Mama

Salam Ramadhan Kareem viewers ^^

Some projects I've done back in July. Totebags in black!

Let the pictures talk on my behalf coz I'm just too lazy to write.

Whole view

Close up

Keychain NIKON


Totebags for Mama

Thank you Hanis ^^

Friday, August 5, 2011

10 Tips hapus perasaan malas beribadat

10 Cara menghadapi malas beribadat atau futur dalam diri.


1- Membaca, merenung dan memikirkan kandungan al-Quran.

Firman Allah bermaksud: “Dan Kami turunkan al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat kepada orang yang beriman.” (Surah al-Isra, ayat 82)

Ada dua perkara yang dianjurkan Ulama’ bagi mengatasi kemalasan daripada kekerasan hati.

Pertama, bertafakur dan alihkan hatimu dari dunia untuk beberapa waktu, lalu ditempatkan di akhirat.

Kedua, hadapkan seluruh hatimu pada pengertian al-Quran, memikirkan dan memahami apa yang dimaksudkan serta mengapa ia diturunkan. Hayati semua ayatnya. Jika suatu ayat diturunkan untuk mengubat hati, maka dengan izin Allah hati itu pun akan sembuh.


2-Merasakan keagungan Allah.

Antara ungkapan indah Ulama’ ketika menyifatkan keagungan Allah Yang Maha Tinggi: “Dia yang mengatur urusan semua hamba, memerintah, melarang, mencipta, melimpahkan rezeki, mematikan, menghidupkan, memuliakan dan menghinakan manusia. Begitu juga menjadikan malam dan siang, menggantikan hari demi hari antara manusia, membalikkan kekuasaan dan menggantikannya dengan kekuasaan yang lain serta urusan dan kekuasaan-Nya berlaku di bumi dan antara kedua-duanya, di lautan dan daratan. Ilmu-Nya meliputi segala sesuatu dan mampu menghitung segala sesuatu.

“Pendengaran-Nya mencakupi pelbagai suara dan tidak ada yang menyerupai-Nya. Bahkan, Dia dapat mendengar suara hiruk-pikuk yang saling bertindih dengan pelbagai perbezaan bahasa. Pendengaran-Nya tidak akan diganggu oleh pendengaran yang lain, tidak menjadi kacau-bilau kerana banyak masalah. Tidak pernah jemu meskipun terus menerus diajukan secara bertubi-tubi dengan permintaan orang yang mempunyai keperluan.

“Penglihatan-Nya meliputi segala sesuatu yang nampak, sehingga Dia mampu melihat langkah kaki semut hitam di tengah-tengah padang pasir yang luas terbentang pada tengah malam gelap-gelita. Yang ghaib dapat disaksikan dan yang tersembunyi nampak jelas bagi-Nya.”

Firman Allah bermaksud: “Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta kepada-Nya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan.” (Surah ar-Rahman, ayat 29).


3- Mendalami ilmu syariat.

Maksudnya adalah ilmu yang mampu menimbulkan rasa takut kepada Allah dan menambah beratnya timbangan iman. Dengan mengetahui ilmu itu, seseorang akan mengetahui apa yang terjadi sesudah mati, kehidupan di alam kubur, ketakutan dahsyat di padang Mahsyar, nikmat yang dikecapi di syurga dan azab pedih di neraka. Begitu juga nikmah syariat, masalah halal dan haram serta perjalanan hidup nabi dan pelbagai perkara yang tidak terhitung manfaatnya.

Allah berfirman bermaksud: “Katakanlah, adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?” (Surah az-Zumar, ayat 9).


4-Mencari persekitaran dan sahabat soleh.

Keadaan seseorang banyak ditentukan persekitarannya. Lingkungan baik akan meningkatkan keimanan. Di sanalah seseorang mendapat teguran dan bimbingan ketika melakukan kesalahan.

Di sana pula dirasakan suasana berlumba dalam melakukan ketaatan, zikrullah, turunnya rahmat dan datangnya ketenteraman hati.


5-Memperbanyakkan kerja amal.

Kerja amal mampu memberikan pengaruh ketara terhadap hati dan jiwa manusia. Apabila kita melakukan kerja kebaikan dan apa saja amal soleh, jiwa pasti puas dan penuh kedamaiannya.


6-Tumbuhkan rasa takut su’ul khatimah (kesudahan yang buruk)

Takut kepada kematian dalam dosa atau sesat akan mendorong seorang Muslim untuk taat dan memperbaharui iman.


7-Banyak mengingati mati.

Mengingati mati juga akan membenteng seseorang daripada derhaka kepada Allah. Hati keras berubah menjadi lembut. Tidaklah seseorang itu mengingati mati ketika dilanda kehidupan yang sempit melainkan akan membuatnya menjadi lapang.

Antara cara mengingatkan mati adalah dengan sering menziarahi kubur. Rasulullah bersabda: “Dulu aku melarangmu menziarahi kubur, ketahuilah, sekarang ziarahilah kubur kerana itu boleh melunakkan hati, membuat mata menangis, mengingatkan hari akhirat dan janganlah kamu mengucapkan kata-kata yang kotor.” (Hadis riwayat Hakim)


8-Kepatuhan dan berlepas diri

Saling tolong-menolong dan patuh terhadap sesama mukmin serta berlepas diri daripada orang kafir. Hati yang bergantung dan terpaut pada musuh Allah, akan menjadi lemah. Keimanannya akan menurun dan mencair. Sebaliknya, apabila kepatuhan dimurnikan dan hanya kepada Allah, maka ia akan menghidupkan keimanan dan semangat dalam hati.


9-Muhasabah jiwa ketika datang kelemahan

Hati memiliki dua sikap iaitu menerima dan menolak. Manfaatkan dua keadaan itu, sama ada ketika cenderung menerima dan menolak. Ketika hati cenderung menerima, perbanyakkan amal soleh dan ibadah sunnah. Laksanakanlah ibadah sebanyak mungkin pada waktu siang dan malam.

Pada waktu hati sedang menolak (futur), ikatnya dengan melakukan amal wajib saja Rasulullah ditanya seorang sahabat : “Wahai Rasulullah, apa pendapat anda apabila aku merasakan lemah dalam melakukan suatu amal?” Baginda menjawab: “Peliharalah keburukanmu daripada manusia kerana itu adalah sedekah bagi dirimu.” Maksudnya jangan menunjukkan keburukan kita di depan manusia lain.


10-Menelaah kisah teladan salafussoleh.

Sikap dan teladan salafussoleh, termasuk ulama dan mujahidin hingga zaman kini akan menumbuhkan rasa hina dalam diri hingga

menyuntikkan semangat baru dalam jiwa seseorang untuk menjadikan mereka sebagai contoh.

Sumber: http://albakriah.wordpress.com/2011/05/25/10-tips-hapus-perasaan-malas-beribadat/

Tuesday, August 2, 2011

Tiles of Colorful Fridge Magnets

Hello lovelies ^^. Hows your 1st day of fasting? Mine was good Alhamdulillah and I successfully stop myself from turun padang visiting the sellers at Bazaar Ramadhan which is very very close to my home. Heaven ~~ Haha... 25 years of life, never been sooo close with any Bazaar Ramadhan before. (Jakun sekejap tengok dekat sangat -___-') And too much of 'jakuness' for me in 2011 year I think. HAHA...

So, this post is kesinambungan of previous post. I finished these fridge magnets after performing Terawikh prayer last nite. Playing with colors are soo much fun!! Thank you Ayu for your order. She's a regular customer of mine.

One, two, three, four.....

Five main colors - Blue, green, chocolate, pink & purple

40 pieces!

Close-up. I love pink!

Oh, BeauBargain is her blogshop.
Wanna get this FM for free, go shopping at BB

Handmade by me ^^

Ready to ship

Next project with this design, nak tukar jadi lavender sachet or pincushion. Hurmm... Kalau rajinlah ye...

Monday, August 1, 2011

WIP and Salam Ramadhan

Assalamu'alaikum everybody.


So, I was on silent mode last week. No update at all I think. Haha... Too lazy to upload pictures actually.


I don't know what batch number are they but I do really enjoy making these lollipop flowers and have made it a lot!. It's too colorful and easy to sew. Just need to control how to shaping the zipper while jelujur and tarik the thread so that the shape is cleanly round. But sometime, messy shape looks great too. Try it yourself!!


Lastly, Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa ^^. I wish this Ramadhan is better than previous year.


Annyeong~~