Monday, November 28, 2011

Encik Semangat

Err, sudah hendak masuk tidur sebenarnya saya ini. Tetapi merasa agak kecewa dengan prestasi diri kerana tidak berjaya menulis karangan untuk minggu lepas walaupun banyak benda berjaya diterokai untuk kepuasan diri.

Baiklah, sudah berjaya mencari kembali semangat yang hilang ke laut selama beberapa bulan ini. Alhamdulillah. Err, sebab Tahun Baru ke? I don't think so. Kerana semangat itu muncul secara tiba-tiba beberapa minggu yang lepas. Cuma keadaan semakin men-semangat-kan mulai minggu lepas. Lagipun, rasanya tak banyak azam baru tahun baru ni, cuma ada laa dua tiga ketul azam baru. Yang lain semuanya recycle azam-azam zaman dinasour dulu kala. Salam Maal Hijrah 1433 H!~

Kepada sesiapa yang bernasib baik, mungkin pernah terbaca karangan saya dimana beberapa point yang ingin dicapai telah saya senaraikan di sini. Er, tetapi karangan itu telah ditarik balik penyertaannya atas sebab-sebab tertentu. Huhu...

Dalam senarai tersebut, dua perkara telah saya laksanakan. Semuanya in progress. Alhamdulillah. Perkara satu langsung tidak memerlukan saya mengeluarkan duit hatta sesen pun manakala perkara dua telah menyebabkan poket saya kosong. Huhu. Pejam mata sajalah labu!~~

Semoga Encik Semangat tidak minta 'putus' dengan saya. Saya sedang mula berusaha melaksanakan / mencapai point-point yang telah saya senaraikan. Semoga akan ada berita gembira dengan usaha-usaha saya itu.

Bila ada kelapangan dan kerajinan, InsyaAllah saya cuba tulis semula senarai tersebut.

Wassalam.

Friday, November 18, 2011

Frame Series: {04} Amalina

Assalamu'alaikum, Hello and 안녕~~

This is frame No. 4 and I already forgot how much frames left to be published.
Patiently wait everyone :3j2:


Butterfly with some zipper pulls

Friends and flowers bunga

huwa

Wednesday, November 16, 2011

Words Wednesday ^__^

Okay, semua orang duk pakat Wordless Wednesday memanjang bila tiba hari Rabu :face25:. Oh kenapa tidak buat sahaja Rahsia Rabu. Maka apabila tiba sahaja hari Rabu, bolehlah kita pakat beramai-ramai seluruh alam berkongsi rahsia yang tak berapa nak rahsia sangat. Yang sungguh-sungguh rahsia biar pecah diperut jangan pecah dihujung jari (??) :face63:

Atau mungkin juga kita boleh buat Rindu Rabu :face44:. Contoh aktiviti Rindu Rabu adalah seperti menulis surat untuk kekasih yang dirindui, surat untuk ibu bapa yang jauh dimata tetapi dekat dihati dan sebagainya. Kiranya setiap hari Rabu jer, kita tulis surat. Cuba bayangkan kalau tiap-tiap minggu kita tulis surat, setahun sudah berapa keping surat kita tulis kan. Selain dari meluahkan perasaan sayang, bolehlah juga kita praktis menulis karangan Bahasa Melayu atau paling tidak pun boleh mempopularkan kembali aktiviti surat-menyurat yang dah tenggelam dek arus pembangunan moden. (Aik? Bukan main lagi ayat).

Bagaimana idea saya, bernas? Tidak? :face71:

Sebab tajuk yang saya pilih hari ini ialah 'Words Wednesday', makanya saya harus menulis sebanyak perkataan yang boleh hari ini. Hohoooho... aktif sedikit hari ini memandangkan telah menikmati makan tengah hari di jam 10.30 pagi, pagi tadi.

Bukan apa, sebenarnya nak kongsi gambar ini saja. Bila tenung-tenung balik, kelakar pula rasanya. Entah kelakar tang mana pun cheq tak tau. Mungkinkah kerana lelaki yang didalam bulatan itu atau mungkinkah yang membuat simbol keamanan a.k.a peace itu. Huhu...

:7l2: Seem like Yesterday :3j2: :7k2:

Err... layak tidak gambar ni nak masuk bertanding? Part ni yang paling serius sekali untuk entry kali ni. Yang atas-atas tu, mukaddimah sahaja :face4:. Hehe...

Oh, ini sebenarnya pekerjaan jejaka-jejaka bermata sepet itu sebelum dikerah mengambil gambar dengan pelancong kagum seperti saya. Hoh, kagumlah kalau dah tengok persmbahan pusing-pusing macam pendekar keris hitam (??).

Tuesday, November 15, 2011

Frame Series: {03} Reihana

Assalamu'alaikum and Hi :face40:

More frame on Frame Series.



I recycled my colorful zipper pulls, scraps from my Pretty Posy project.
Arranged it nicely one by one at both sides of the frame.
I loved the outcome. Plus, worry no more as I don't have to throw away the zipper pulls.

Friday, November 11, 2011

25 Years Old IKEA Magazine

How much would I be paid if I put this up for an auction on Ebay? gelak
(or maybe somewhere else)


This magazine is as old as my age. Don't know it belongs to whom but I found it laid somewhere in our store room 2-3 years back.

Thursday, November 3, 2011

A Pink Book Cover

An old project actually.
2 months ago? Perhaps :3h2:

All pink; outer, inner and heart shape bookmark.
A pink lover like me.

Thank you Yana :3j2:

Tuesday, November 1, 2011

Jemput Makan!


Kobek-kobek folder gambar camera2 yang bersusun tu, terjumpa pula gambar ni. Pagi-pagi buta macam ni, bila tengok makanan je, semestinya lapar. Tapi apakan daya, pekena milo ais secawan besar sajalah yang terdaya.

Semua yang ada dalam gambar tu saya makan licin, habis! Ops, kimchi je yang tak licin. Dah paksa tekak makan kimchi tapi tak boleh nak pi jugak. Makan cuma tapi tak boleh nak jadi favourite food. Disebabkan pagi tu saya tak sempat breakfast, laparlah jawabnya! Nak menunggu MAS tolak troli makanan tu dah pukul berapa.

Mujurlah saya pilih nasi dari mee sebab ada sorang mamat Korea tu siap minta nak tukar nasi. Confirm mee tak sedap!. Hehe... Mana taknya, makan nasi ada ayam berkuah siap sepeket kimchi lagi. Mee tu saya tengok dari jauh pun macam tak sedap, keras kejung. Puding je tak sempat rasa. Balik :0c2: lupa nak simpan dalam peti ais.

Flight balik Malaysia pukul 11.00 pagi seingat saya. Ke 11.30 pagi?? Sudahlah lewat sejam gara-gara tak tukar jam ke time Korea. Kesian pakcik driver yang tunggu dekat lobi hotel. Sepatutnya kami kena bergerak dari hotel ke Incheon Airport pukul 7.00 pagi tapi disebabkan jam saya yang lewat sejam tu (waktu Malaysia), saya turun waktu tu dah nak dekat pukul 8.00 pagi. Padanlah muka pakcik tu macam masam sikit. Hehe... Bukan main berangan malam sebelum nak ambil gambar dekat taman depan hotel konon, gambar ke mana, berangan kemana. Yang pasti sepanjang perjalanan nak ke airport rasa bersalah dengan ahjosshi. Lepas tu cuak sebab takut kena tinggal kapal terbang :0s2:. HAHA...

Moral of the story, silalah tukar jam anda ke waktu yang sepatutnya.