Saturday, December 31, 2011

Alice Curvy Clutch (Ballerina)

More Alice Curvy Clutch in Dreamland - SOLD

Details:

  • 4 Layers Main Body  (outer, interfacing,invisible lining & lining)  ** Japanese Linen
  • 4'' H x 9.5'' W (largest) 7'' W (top) x 2.5'' D
  • 8'' Wrist strap
  • Magnetic flap

Price: RM35 
** postage not included






Friday, December 30, 2011

Cabaran 30 : Hari 30 : Kholas a.k.a Tamat

Kholas tu kena bunyi huruf jawi 'Kho' dan membawa maksud tamat. Kholas tu Bahasa Arab. Eceh, "Sekali dia tulis Arab daa."

Ingat-ingat lupa dah sebenarnya saya ni. Dulu masa belajar dekat Matrik UIA PJ, saya belajar setakat level Bahasa Arab sekolah rendah sahaja. Takda lebih-lebih. Kalau hendak dibandingkan dengan budak-budak jurusan lain, mereka semua kena sambung sampai berlevel-level Bahasa Arabnya bila dah masuk main campus. Kami ni, budak-budak Kuliyyah Architecture and Environmental Design, tidaklah pula kena sambung ke peringkat yang lebih mencabar itu. Hu!~~ Alhamdulillah, selamatlah kami.

Baiklah... dengan entri bertajuk Kholas ini, makanya tamatlah sudah Cabaran 30. Target untuk menulis 100 entri tahun ini akhirnya berjaya. Hoyeah!! Lega banyak sebab lepas ni tak perlulah saya sampai terkerut-kerut dahi memikir nak menulis dan menggoreng apa tiap-tiap hari. Jenuh...jenuh.

Dengan ini, terima kasih diucapkan kepada anda, anda dan anda  yang sudi menjenguk blog saya yang tak berapa nak meriah sangat ni.

Err....Lepas ni taubat dah takmoh buat benda-benda macam ni. Err... tapi saya bercadang hendak buat GIVEAWAY setiap bulan. Err... gigihkah? Berjayakah? Wallahu'alam. Yang itu masih dalam perancangan lagi.

Weee!~~

Thursday, December 29, 2011

Cabaran 30 : Hari 29 : SM Orchestra Full (SBS Gayo Daejun)

Annyeonghaseyo!~~ ^_^

Post yang ke-100 untuk tahun ni! Hoyeah!~~ Err.... tapi tak da perasaan nak cerita pasal kejayaan seratus sebab orang lain tulis lagi beratus-ratus. Okey, kejayaan dan kegembiraan boleh simpan dalam hati sahaja. Hehe...

Mak aih!! Terkagum sekejap tengok video ni. Tak sure laa live ke idak tapi dekat video tu tulis Live. Saya selalu je cerita pasal Korea kan.... Tapi rasanya cerita pasal artis tak banyak pun. Kalau tak silap tu hah, saya cerita pasal Si Kyuhyun tu. Itu pun sebab lagu dia kan. Lepas tu adalah sikit artis-artis yang lain.

Errr... tapi sekarang saya nak kongsi video ni. Serius terkagum sekejap! So...kepada peminat-peminat SM Family....selamatlah mentengok. First time tengok meremang bulu tengkuk. Suka tengok part yang main violin tu. Seohyun main piono pun daebak! And yang part last tengok SNSD menari teringat dekat konsert Shinhwa yang mana zaman tu saya tak layan pun benda-benda Korea ni.

Edit: Video youtube telah dibuang sebab tak boleh tengok dah. SBSi dah claim copy right. Semalam masih boleh tengok performance SM Family. -____-

Edit II: Okey, ini videonya. Maaflah, bad quality. Tapi bolehlah kan dari tak ada.

EDIT III: For those who are looking for this video in youtube, SBS have uploaded the video at their channel. Visit this link to watch, okay ^_^  The Sound of Hanlyu at SBS Music Festival

video

Tuesday, December 27, 2011

Cabaran 30 : Hari 27 : Alice Curvy Clutch (Sweet Cupcake)


More Alice Curvy Clutch in Dreamland - SOLD

Details:

  • 4 Layers Main Body  (outer, interfacing,invisible lining & lining)  ** Japanese cotton
  • 4'' H x 9.5'' W (largest) 7'' W (top) x 2.5'' D
  • 9'' Wrist strap
  • Magnetic flap

Price: RM35 
** postage not included






Sunday, December 25, 2011

Cabaran 30 : Hari 25: Devil Moist Chocolate Cupcake

I have to! Once I put it into my mouth... I am very sure that I must share this. One of the best delicious moist chocolate cupcake I have tried. Very moist and not too sweet. Just suit my taste!! 

With some chocolate topping
Blur picture, sorry. But I want to show the moistness of the cake
For more details of the price, please call Pn. Siti Delima
Mom bought this yummy cupcakes home from someone's wedding. For those who are still looking for affordable goodies for your wedding's reception or party, I suggest you this cupcake. Yummeh! Err... I try to find more info about this Puan, but I couldn't find any, blog or FB. So, just call her directly. And one more thing, I don't know her by person. 

Saturday, December 24, 2011

Cabaran 30 : Hari 24 : E-book Pretty Posy Is Coming Soon!

Err... hampir-hampir terlupa entry Cabaran 30. Aaaa!~ Stress sebab tak tahu nak cerita apa dah. Sudahlah hari ini seharian di rumah melayan drama Korea, BRAIN. Best wo... cerita tu ^_^. Cerita doktor main bedah-bedah otak. Tapi doktor hero macam kurang kasih sayang je. Haish!~~

Jadi, sepagi sampai ke tengah hari kerjanya mengambil gambar dan menjahit Pretty Posy untuk buat E-book. InsyaAllah ini E-book kedua saya, yang pertama E-book DIY Felt Bookmark. Mungkin awal Januari baru boleh publish, eceh!~ Sekarang ni baru selesai crop gambar sahaja. Editnya belum lagi. Tulis instructions pun belum lagi. Hmmm.... Kena tunggu mood rajin datang balik.


Sebenarnya dah lama dah bercadang handak tulis E-book DIY Pretty Posy ni, baru pagi ni  rajin sedikit dan tergerak hati hendak tangkap gambar step by step. Padahal sebelum ni saya banyak je jahit Pretty Posy, cuma malas kuasa 80. Entahlah, mungkin akan ada DIY Kit ke... kalau rajinlah kan. Err... ada sapa-sapa berminat ke dengan DIY Kit? Kalau ada, bolehlah saya rajin-rajinkan diri. Hehe...

See you soon next year!~~

Friday, December 23, 2011

Cabaran 30 : Hari 23 : Alice Curvy Clutch (Sweet Strawberry)

More Alice Curvy Clutch in Dreamland

Details:

  • 4 Layers Main Body  (outer, interfacing,invisible lining & lining)  ** Japanese cotton
  • 4'' H x 9.5'' W (largest) 7'' W (top) x 2.5'' D
  • 9'' Wrist strap
  • Magnetic flap

Price: RM35
** postage not included



** no pocket inside


Thursday, December 22, 2011

Cabaran 30 : Hari 22 : Chunjang



Igo mwoyeyo?
What is this?

Igo chunjangiyeyo.
This is a salty black soybean paste.

Ini ialah paste yang digunakan untuk membuat Jjajangmyeon. Tak sure dekat KL nak cari dekat mana sebab saya kirim dari kawan yang pergi Korea hari tu. 3 paket besar pulak tu. Huuu~~ jenuh masak, jenuh makan. Confirm terbantut cabaran Hidup Sihat. Sapa-sapa yang nak try masak Jjajangmyeon mungkin boleh cari paste ni dekat area Ampang. 

Kalau tak silap dekat Jaya Jusco ada tapi brand lain dan tak sure status dia apa. Yang ini pun pastilah takda tanda Halal tapi sebab ni student Malaysia yang tolong beli, so saya yakin ^_^. Kalau tak jumpa juga paste dia, apa kata terus pergi makan yang dah siap dekat Sweetree.

Annyeong!~~

Wednesday, December 21, 2011

Cabaran 30 : Hari 21 : Alice Curvy Clutch in Dreamland ^_^

Finally, introducing to you Dreamers... a new product in my Dreamland... ^_^ 

Alice Curvy Clutch 

Pattern is from Keyka Lou Patterns. I had a few troubles with the instructions but I found the easier ways to sew it at last and now I'm addicted to make more and more of this clutch. 

Details:

  • 4 Layers Main Body  (outer, interfacing,invisible lining & lining)
  • 4'' H x 9.5'' W (largest) 7'' W (top) x 2.5'' D
  • 9'' Wrist strap
  • Magnetic flap






Price: RM35

** postage not included


SOLD




Chains wrist strap is subjected to stock availability 

Spacious room with small pocket inside

Tuesday, December 20, 2011

Cabaran 30 : Hari 20 : Lapar Itu Pasti, Makan Itu Pilihan


 "Lapar Itu Pasti, Makan Itu Pilihan"  Jalilah

Haaah!~~ Itu dia, lapar punya pasal sampai boleh mengeluarkan kata-kata... Err...kalau ayat yang bunyi gini orang panggil apa ya?

Ini semalam punya kejadian lah. Terlampau lapar sehingga mencabar minda. Terganggu emosi sebab lapar tahap tak boleh nak tolong. Tapi sebab sudah lewat sangat hendak makan makanan sesuap dua, maka bertabahlah. Tidur dalam kelaparan yang pasti. -___-

Baiklah, tak ada sapa pun yang paksa jangan makan namun diatas rasa tanggungjawab ke atas diri sendiri yang semakin melebar dan bukan melonjong, maka ku coba juga!~~

Annyeong. Err...

'Mati Itu Pasti, Tinggal Cepat atau Lambat Sahaja'. 
Salam takziah kepada bekas jiran atas kehilangan ahli keluarga beliau semalam.



Nota: Yeay! Lagi 10 hari nak habiskan Cabaran 30. Huhu~~

Monday, December 19, 2011

Cabaran 30 : Hari 19 : A Thousand Years by Christina Perri



Hari ni upload lagu ni aje. Dari pagi sampai ke sekarang kejenya duk replay lagu ini saja. I am falling in love. Nak-nak sambil dengar lagu sambil mengadap muka si Edward Cullen tu. Erk... Dongdamiyeyo!~ Dongdamiyeyo!~ Acik gurau je. Takda maknanya nak fefeeling sampai nak kena mengadap muka dia. Sambil dengar lagu sambil nyanyi. Ayuh!~
Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I'm afraid to fall
But watching you stand alone
All of my doubt suddenly goes away somehow

One step closer

[Chorus:]
I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What's standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this

One step closer

[Chorus:]
I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more

One step closer
One step closer

[Chorus:]
I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more

Sunday, December 18, 2011

Cabaran 30 : Day 18 : Bulatan Gumbira Kami di bumi sonata


Video milik krunchieroll

Comel, bukan? HEHE... Setelah semalam tiada mood untuk mengupdate blog, hari ini baru ada. Sebenarnya semalam hendak kongsi video inilah. Sekali blogspot ada something wrong pula. Ini pun lepas upgrade apa entah yang dia tulis dekat dashboard.

So, lets watch!! Found this video from Youtube.

Err... suka dengar dia cakap Korea. Annyeong!~

Saturday, December 17, 2011

Cabaran 30: Hari 17 : No Mood




Ok, not in a mood to update today. The answer is in the picture. Could you spot the something-wrong with my blogspot account? Am I the only one who is having this problem or all blogspot users are facing the same problem?

Err.... no mood. See you again. Annyeong.

Friday, December 16, 2011

Cabaran 30: Hari 16 : Study ke??



Datang mood rajin memanglah study. Tapi study-study ayam aje.Alah.... maksud dia lebih kurang macam peribahasa ajak-ajak ayam.Huhu...

Sebenarnya sambil duk meng-ayam sambil...



... sambil bermain stickers.

Konon-konon macam sambil menyelam minum air. Dah besar-besar melebar ni pun suka jugak main stickers. Stickers ni dah dua tahun tersimpan sebenarnya. Mujurlah tak boleh buat pekasam. Kalau boleh memang dah buat dah.

Jadinya ada harapanlah next year boleh main tempek-tempek dalam diari. Syok main tempek-tempek dalam diari! Err..Masalahnya sekarang ni tulis ke idak diari tu??

Annyeong!~~

Thursday, December 15, 2011

Cabaran 30: Hari 15 : Botol Kaca dan Lemak Cili Padi

Hari ke-15, huh!~ *sambil kesat peluh didahi*

Cerita menarik tak berapa nak ada sangat. Jadi mari kita menggoreng.

Satu
Hari ini saya telah rajin. Rajin lebih sedikit dari semalam. Sikit sangat rajin dia. Sikit! Berulang-ulang pula perkataan rajin dan sikit di situ. Cuba teka dekat bahagian mana yang saya hendak stress kan sebenarnya. Rajin sikit sebab hari ini saya telah pergi mengasapkan dapur. Gigih saya memasak lauk Ayam Masak Lemak Cili Padi. Namun begitu lauk tak berasa cili padi sangat. Patutnya saya masukkan sebelas dua belas tiga belas biji cili padi barulah berasap telinga. First time masak lemak cili padi. Huhu...Gigih memperbaiki skill memasak. Lepas ni saya nak cuba masak kari pula. Tapi kari bukan dalam kategori kegemaran. Mungkin boleh buat mee kari di suatu hari yang cerah kelak.

Nampak je nasi itu macam banyak, namun pada hakikatnya pengambilan nasi telah dicatu. T___T

Dua
Kisah kacang dan botol. Rasanya berapa ringgit botol kaca ni kalau beli borong 1000 - 2000 biji agak-agak korang? Saya sangat tertarik dengan idea ni sebagai goodies untuk kenduri kahwin. Kelihatan mahal dan smart dan elegant. Emm...Boleh ke dikategorikan elegant? Tapi yang lebih utama dekat sini ialah untuk mengelakkan pembaziran. Adalah sangat mengecewakan kalau barang yang diberi kemudian dibuang begitu saja. Tambah-tambah lagi kalau kenduri yang bagi telur atau gula-gula dalam kotak kertas tu. Kotak kertas tu nanti ke tongsam laa jawabnya. At least kalau bagi botol kaca macam ni, tetamu boleh re-use balik. Contoh macam isi serbuk perasa makanan cap Maggi ke, serbuk lada hitam ke, homemade kaya ke dan sebagainya.

Tapi kalau sayalah, instead of peanut, saya pilih biskut bulat-bulat yang atasnya ada gula seco'et warna-warni tu - pink, apple green, yellow. Yang ala-ala ice cream tu bentuknya. Tapi mungkin boleh buat dua jenis, satu isi kacang dan satu lagi isi biskut ice cream tu. Satu untuk kanak-kanak dan satu lagi untuk orang dewasa. Menarik menarik.

Haish!~~ Terbayang-bayang pulak dekat dalam kepala ni botol-botol kaca siap berisi biskut-biskut ice cream tu tersusun cantik di atas meja :3j2:. Agak-agak la kan, 5-6 tahun lagi, dah basi ke idea ni? Hmm...



Tak tahu kenapa, tapi suka sangat. Simple yet elegant and smart. Tak perlu nak tempek-tempek ribbon yang kena buat seketui-seketui. Tak terfikir pun yang boleh design sticker comel-comel dan tempek saja. Jimat masa dan tenaga. Jimat wang tak berapa nak pasti sangat sebab tak berapa nak arif bahagian printing ni.

Selain botol kaca , ada satu lagi idea yang saya dapat dari wedding ni. Tengoklah, kut-kut boleh digunapakai time majlis saya suatu hari nanti. Bila? Wallahu'alam.

Nah, siap ada video lagi. Kenal kumpulan Mirwana? Saya kenal tapi tak ambil port sangat. Err... itu goodies yang saya dapat dari majlis walimah mereka, belah pengantin perempuan.

** Hmm...ada satu lagi video saya record dalam handphone ayah. Nanti-nanti, rajin-rajin saya letak dekat sini. Video tu ngeng sikit.

Tamat menggoreng. Mahu sambung menggoreng di tempat lain. Annyeong!~~


Wednesday, December 14, 2011

Cabaran 30: Hari 14 : Baiklah

:0z2:

Kalau Tuhan bagi kelebihan, kita pergunakanlah.
Kalau Tuhan bagi kekurangan, jangan sesekali kita berjauh hati.

:0z2:

Found this phrase while cruised around the web this evening.

Tuesday, December 13, 2011

Cabaran 30: Hari 13 : Oh, Mr. Right

Perkenalkan, calon Mr. Right setakat hari ini jam 10.25 malam waktu Malaysia.




















Tapi sebenarnya ada lagi satu calon yang Mr. Double Right. Yang ini tahap right habis dah cuma money je yang tak berapa nak right sangat. So, terpaksalah dilupakan buat seketika waktu.


















이거 싸고십어서 돈이 없어요. T____T Menangis sebanyak dua sungai.

Sunday, December 11, 2011

Cabaran 30: Hari 11 : Allah Lebih Mengetahui Tahap Kesediaan HambaNya

Assalamu'alaikum
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuian dengan kesanggupannya. [2:286]

Baca berulang kali biar lekat dalam hati sampai ke mati.


:0z2:
Dalam sesuatu musibah atau situasi yang berat untuk ditanggung, kita mudah sahaja untuk mengalah. Namun, ayat di atas mengingatkan kita bahawa Allah tahu kita ada kekuatan untuk menghadapi ujian ini. Kekuatan yang tersembunyi dalam diri kita, tinggal kita sahaja untuk mencari kekuatan itu. Bilamana kita kehilangan seseorang yang tersayang, ataupun kita dihantar bertugas jauh daripada ahli keluarga, ataupun kita ditimpa sesuatu kecelakaan, ayat inilah yang akan kita sebut untuk menguatkan semangat dan motivasi diri. Ayat inilah yang kita akan pegang sebagai suatu tolakan dalaman untuk terus bertahan dan tabah dalam menghadapi sebarang situasi. Andai kita terlupa, pasti akan ada orang-orang sekeliling yang mengingatkan kita kepada firman Allah ini.

Namun terkadang kita jarang kaitkan ayat ini dengan satu anugerah, rezeki, jawatan atau situasi yang kita harapkan dapat kita miliki. Contohnya, sepasang suami isteri yang mengharapkan dikurniakan cahaya mata, namun sehingga kini, masih tidak mendapat seperti yang diharapkan. Mengaitkan dengan ayat di atas bahawa Allah tidak akan membebankan hambaNya melebihi kemampuan seseorang itu, maka ia memberitahu bahawa kemungkinan, kita belum bersedia untuk menjadi ibubapa yang baik dan sekiranya Allah penuhi permintaan kita mengikut kehendak kita, belum tentu kita dapat menjalankan tanggungjawab sebagai ibubapa dengan sebaiknya. Allah takkan bebankan kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu, bukan? Sepertimana juga jika kita sangat mengharapkan ditemukan dengan jodoh kita dengan segera namun masih belum bertemu dengannya. Maka boleh jadi, kita belum bersedia sepenuhnya lagi untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri lagi. Sekalipun kita merasakan kita sudah serba bersedia, tapi Allah lebih mengetahui, bukan?

“..Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu..”(2:185)

Maka, bilamana kita tidak mendapat sesuatu yang kita sangat harapkan, periksalah diri kita kembali. Carilah kekurangan pada diri dan berusahalah untuk memperbaiki kelemahan itu. Boleh jadi kita sudah cukup dari segi material untuk mendirikan rumah tangga, tapi dari segi kemantapan iman dan hubungan dengan tuhan, adakah ia sudah disempurnakan sebaik mungkin? Andai sudah memiliki pelbagai kepakaran yang diperlukan dan sudah selayaknya dinaikkan pangkat di tempat kerja, sudah sempurnakah dari sudut mengawal emosi, amarah dan akhlak? Begitu juga, andai kita aktif dalam jalan dakwah dah selayaknya menerima taklifan yang diberikan kepada sahabat seperjuangan kita, maka periksalah kembali, adakah niat kita berkorban dalam dakwah itu benar? Atau mungkinkah ada niat-niat yang lain yang mendasari setiap amal perbuatan kita?

Pasti ada sesuatu aspek yang kita belum selesaikan sebaiknya yang menjadikan kita belum betul-betul bersedia untuk diberikan sesuatu yang kita harapkan itu. Oleh itu, berbaik sangkalah dengan Allah apabila Allah lambat memberikan apa yang kita harapkan. Selidiklah diri kita dengan benar dan jujur dan perbaikilah kelemahan-kelemahan diri. Perbaiki dan mantapkanlah hubungan dengan Allah. Kelak, Allah yang akan menilai tahap kesediaan kita dan apabila telah tiba masanya, pasti Allah akan makbulkan permintaan kita, insya-Allah. Yakinlah..

:0z2:

Saturday, December 10, 2011

Cabaran 30: Hari 10 : Kenduri dan Gerhana

When you love someone for the sake of Allah, then you desire no personal benefit from that person and your love is unselfish.
Yang di atas itu, selingan. Cantik bukan ayat tersebut. Hmm... Diriku terasa 'tertampar' dengan ayat itu. Huhu... Eh, apasal rasa 'tertampar' pulak sedangkan tak pernah falling in love pun. Otteoke?

Cuti sekolah tiba, makanya ramailah pasangan muda-mudi bercinta akan mengakhiri zaman percintaan mereka dengan ikatan perkahwinan. Hari ini tarikhnya 10.12.11. Tiba-tiba rasa hendak kahwin pada tarikh ini, 10.11.12. Cantik jugak kan? Tak semestinya kena kahwin bila tarikh cantik macam 11.11.11 atau macam 20.11.2011 saja. Ada banyak lagi tarikh kalau pandai pilih, akan menjadi cantik juga.

Tapi satu jelah yang musykil, orang pakat duk pulun buat kenduri pada hari yang tarikhnya cantik tapi bagaimana pula dengan majlis akad nikahnya? Adakah dilangsungkan pada hari sebelum atau pada hari yang tarikhnya cantik? Eloklah kalau pada hari yang tarikhnya cantik majlis akad nikahnya diadakan sebab rasanya macam nothing special pun kalau sekadar kenduri je yang dibuat pada hari tarikh yang cantik kan. Setuju tidak? Sebab rasanya tarikh anniversary ialah tarikh majlis akad nikah diadakan kan?

Tiba-tiba pulak cerita pasal akad nikah. Hoho... Bukan apa, saya baru balik dari majlis kenduri kahwin ni. Itu yang tetiba cerita pasal kahwin. Bila kenduri je, mesti makan banyak! Ah,stress!! Bulan 12 ni saja, dah dua kali terbabas. Kawan cakap, DIET itu stand for Did I Eat That. Wuwuw~~

Ok,tamat bab nikah kahwin.

Malam ni gerhana bulan kan. Tadi sempat tengok masa dalam perjalanan balik ke rumah. Ok, bye! Nak pergi tengok ada lagi tak gerhana bulan sebab kawan tweet dia tengah tengok. Hehe... Err...korang buat tak solat sunat gerhana? Last but not least, SubhanaAllah, ciptaan Allah indah semuanya.


Friday, December 9, 2011

Cabaran 30: Hari 9 : Layan!~~~

Hmm... Dah lama tak tengok movie. Maksud saya, dah lama saya tak tengok movie dekat panggung wayang. Tapi tak bermaksud saya tengok movie di rumah. Maksud saya... Eh, apa yang kau duk sibuk maksud-maksud ni Jaja oi!?? Hehe...

Maksud saya, saya bukan kaki movie lah. Saya kaki bangku. Hoho... Saya kaki berangan saja.

Ni hah!~ Saya duk layan lagu OST Ombak Rindu. Dah 10 kali ulang dah. Dan dan rasa nak pergi tengok pulak movie ni tapi MALAS! Lepas tu nanti duit pun mengalir macam air paip.


:3d2: Tuhan tolong lembutkan hati dia... Untuk terima ku seadanya :5d2:
Err... Lirik selebihnya boleh minta tolong En. Google. Jom, layan!~~

Thursday, December 8, 2011

Cabaran 30: Hari 8 : Deadline


I have countless dreams in mind, mestilah!~~
Mimpi itu murah.
Cuma hendak melaksanakan atau mencapainya sahaja yang mahal.

Something is in progress , now...
To make one of the countless dreams come true.
Akhirnya berjaya juga memaksa diri untuk berbuat sesuatu.

Already set the deadline,which is on November 2012.
Marilah kita tunggu dan lihat kisah ini setahun yang akan datang.
Semoga akan ada kejayaan untuk dikongsi.
Dan...
Semoga masih bernafas lagi di atas muka bumi Allah ini.


How about you?
Any dreams to chase and catch?
If the answer is YES,
Have you set the deadline?

Annyeong!~~

Wednesday, December 7, 2011

Cabaran 30: Hari 7: Broadband DIGI Tapi Simcard Celcom

Hmm... kena menulis secara laju-laju kerna takut bil Celcom melambung tinggi! Er... line internet dekat rumah kena potong. Jadi tidak boleh bersuka ria berpeleseran bersama Encik Alam Maya.

Point penting hari ini ialah...

Oh! Rupanya Broadban DIGI ini universal lah. Segala jenis tok nenek simcard boleh pakai.
Mujur tak beli simcard DIGI Internet prepaid tu. Sampai RM25 seketui.

Dah, itu je hendak tulis untuk hari ini. Nak pergi memikirkan perihal simcard dan internet.

Annyeong!~~

Tuesday, December 6, 2011

Cabaran 30: Hari 6: Mak Arun



Macaron kali kedua, akhirnya.
Macaron kali pertama, not nice.
Huhu...

Sebenarnya saya garu-garu kepala juga untuk menulis entry kali ni. Dah habis idea dah. Haiyoh~~ Sudahlah baru Hari 6. Apakah ??!! Err.. macamana nak buat sampai Hari 30 ni?

Kali pertama makan macaron, saya beli kek yang atasnya dihias dengan macaron. Teringin punya pasal. Teringin yang amat sampai tak boleh nak buat apa dah. Itu yang beli juga. Memang tak rasa sangatlah macaron tu. Tak berapa nak sedap dan kecik!. Kali kedua makan macaron, masa buka booth dekat Rasta TTDI. Makan dengan penuh fokus dan menikmati. Huhu...

Paling suka macaron ni sebab fillingnya ialah caramel. Hmm... Tiba-tiba rasa nak macaron pula dah.

Bye!~

Monday, December 5, 2011

Cabaran 30: Hari 5 : Craft Items Untuk Dilelong

Hai! Selamat Isnin semua. I'm back!~~

Semalam tajuk bukan main 'Away' lagi kan. Bukan setakat tajuk, siap tempek pula gambar sayap kapal terbang. Motif?? Konon-konon pergi bercuti naik kapal terbang lah kan.

Err... saya tak pergi mana-mana pun. Pergi Tapah, Perak je. HAHAHA...

Pengumuan kepada crafters di luar sana. Saya ada nak let go barang-barang crafts saya dengan harga murah. Sekiranya berminat, silalah refer account Facebook Iggumiyeyo. Saya dah create satu album khas dekat situ. Barang-barang craft tu masih baru. Macam biasalah, nafsu membeli sangat melampaui batas, namun pada hakikatnya bukan guna pun.

Ini ada sikit gambar barang-barang yang saya hendak let go. Details boleh tengok dekat Facebook Iggumiyeyo ^^



Saturday, December 3, 2011

Cabaran 30: Hari 3: Chalkcloth for SALE


Hi ^^

Apa itu chalkcloth? Chalk ialah kapur dan cloth itu kain. Err... Saya tak tahu nak terang secara betulnya bagaimana. Dan saya malas nak google, maaf ye. Jadi, silalah tanya En. Google sendiri. Kalau hendak terangkan secara tidak betul, chalkcloth ini macam sejenis tikar cuma boleh diconteng-conteng. Dia bukanlah kain betul pun sebenarnya. Mungkin sebab boleh dilipat dan digulung, itu yang namanya ada cloth.




Fungsi sama macam papan hitam. Bolehlah google untuk tahu lebih lanjut pasal chalkcloth ni. Saya malas nak menulis sebenarnya. Barang ini diimport dari US. Berminat untuk beli, silalah email saya di iggumiyeyo@yahoo.com.

Thursday, December 1, 2011

Cabaran 30: Hari 2: Perkataan Kegemaran

gambar hak milik

Perkataan kegemaran saya! Sejak bila entah. Oh, sejak saya tengok cerita Korea yang pembuat roti itu. Tapi saya dah lupa tajuk dia dan saya malas hendak google. Kemudian saya suka lagu nyanyian Kyu-hyun, Hope Is A Dream That Doesn't Sleep. Lagu OST cerita pembuat roti.

Cuba korang teka apa maksud perkataan itu? Jawapan ada dalam gambar tu sendiri dan ada juga dekat dalam blog. Huhu~

Gambar diambil dari sini Mountain and Field. Salah satu blog kegemaran saya. Gambar-gambar dalam blog tu semuanya cantik-cantik!! SubhanaAllah, menyerlahkan lagi kecantikan alam ciptaan Yang Esa. Err... silalah melawat blog beliau kalau tidak percaya dengan saya (??).

Comelkan perkataan dekat atas tu? Hmm... suka.

Wassalam