Friday, March 15, 2013

Terlewat Setahun

Better late than neverkan selalu orang cakap. Huhu... Sekali ini memang sungguh-sungguh lewat. Setahun lewat!!

Cerita ini!!!


Menangis sebanyak dua sungai. Kalau boleh tak mahu cerita ini habis. Tak mahu kembali ke alam realiti. Huhu... Penghakhiran yang bahagia cuma bahagian yang watak Eun Si Kyung mati tu tak dapat nak terima.Ish!! Frust! Sebab dia mati, pukul 3 pagi duk menangis dalam bilik lepas tu terus masuk tidur. Sampai hati dia buat watak tu mati. Rasa macam watak Eun Si Kyung paling menyerlah. Sebab dia handsome kut. Kehkeh...

Dah seminggu habis tengok drama ni tapi dah start rewatch balik. Best!! Lawak, sedih semua balance.

Tengok cerita ni tertanya-tanya kenapa North dengan South tak boleh berdamai. Hmm... Tertanya-tanya kenapa diorang jadi macam tu. Hmm... Bila entah rajin nak google sejarah NK dengan SK ni.

Sunday, March 3, 2013

Korean learning log

Saya bukan orang yang rajin belajar tambah-tambah kalau self-study. Memang ikut suka hati, ikut mood la jawabnya. Kalau ikut mood, sebelum tidur 5 minit tu baru sibuk-sibuk hendak buka buku belajar. Bagusnya belajar sebelum tidur itu ialah bila bangun esok terus teringat apa yang kita baca sebelum tidur semalam. Bila jadi macam tu, baru best. Nampak apa yang kita baca tu lekat dalam kepala otak :)

Selalu bila bangun tidur mesti semangat nak guna bahasa Korea. Hari-hari pulak tu, entah kenapa time itulah otak paling excited nak guna bahasa Korea. Tapi saya tulis ayat yang sederhana pendek sajalah. Ayat yang complicated tak lepas lagi. Grammar pun tunggang terbalik lagi. 

4 tahun sebenarnya kalau bersungguh-sungguh rasanya dah boleh ambil TOPIK tapi... tak bersungguh masalahnya. Belajar ikut suka. Memang tak boleh self-study. Kena pergi kelas baru berdisiplin sikit.

Hari ni hari Ahad. Selalu hari Ahad hari untuk belajar. Tapi selalu belajar 5 minit end up marathon K-drama. Huhu... Okeylah tu kan sambil tengok sambil asah skill listening (alasan).

Jadi hari ni nak mula buat Korean learning log inspired by Hangukdrama and Korean. Kadang-kadang baca artikel online tapi malas nak tulis, jadi dengan adanya learning log ni bolehlah buat link terus. Nanti senang nak track balik.

Saturday, March 2, 2013

Peduli

Pernah tak rasa macam tak nak buat apa-apa.
Pedulilah kerja menimbun tinggi mana. 
Pedulilah orang hendak cakap apa. 
Pedulilah apa hendak jadi.
Yang saya tahu saya tak nak buat apa-apa.
Rasa ada beban dalam hati ni.
Rasa sempit dada.
Lelah.
Pernah tak?

Saya berada dalam keadaan itu sekarang.
Rasa macam dah lost interest dalam semua benda.

Entah, kawan cakap ada tanda-tanda Major Depression Episode. 
Out of nine MDE points, I scored 7 (scored?? lol)
Bukan jumpa doktor bercakap betul-betul pasal MDE ni tapi kawan tu doktor.
Entah, boleh percaya entah tidak.