Thursday, September 19, 2013

Saya Insan Istimewa - Renew Passport

Sebenarnya tak berapa nak istimewa sangat tapi separa istimewa. Boleh pula macam tu? Haha...

Kalau naik LRT, bila saya dapat tempat duduk rasa heavan sekali tambah-tambah bila dah penat tawaf Jalan TAR 2-3 kali. Lepas tu bila nampak pakcik tua, makcik tua berdiri mula rasa bersalah sebab tak kasi mereka duduk. Saya selalu buat pandang tempat lain. Lepas tu kadang-kadang mesti stress tengok orang sihat duduk dan saya pula tak dapat tempat duduk. Huhu...

Orang mungkin ingat saya normal (memang normal pun) tapi.... kalau korang yang normal sakit kaki bila jalan banyak-banyak satu hari suntuk, saya punya sakit kaki 3 kali ganda dari korang. Dia tak berapa nampak sangat, nampak mcm org sakit kaki biasa je. Bila jalan banyak-banyak je baru kaki tu sakit. Tapi masih suka merayap. Kadang-kadang sampai rasa nak menangis sebab tak larat nak jalan, sakit kaki. Sejak berat bertambah, lagilah sakit bila berjalan tu.

Risau juga nak pergi sana ni. Dulu ikut tour, naik bas tak payah jalan banyak-banyak tapi kali ni semuanya sendiri. Adoi...risau. Kalau pergi sorang boleh jalan perlahan-lahan, satu hari pergi satu tempat, ok tak ada masalah. Ini tidak, minggu pertama tu jalan-jalan dengan kawan yang first time pergi sana, jadi mestilah banyak tempat nak cover dalam satu hari. Confirm 'lunyai' kaki. Lagi satu takut menyusahkan diorang pula. Huhu...

Dua kali pengalaman buat passport dan renew passport adalah nightmare. Pertama kali buat tak ingat dekat mana paling teruk, satu hari suntuk menunggu. Masa tu ramai gila orang yang hilang sabar. Sangat teruk. Sangat lambat. Tak ingat sebab apa kenapa jadi macam tu. Sistem tergendala kut. Pertama kali buat passport, saya buat yang 2 tahun, berbayar.

Tahun lepas renew dekat Wangsa Maju. Ok sikit cuma nasib tak baik juga, air-cond pula rosak. Tapi still kena menunggu lama juga, berjam-jam. Sama, renew yang 2 tahun juga, berbayar.

Hari ini... jeng jeng jeng...rasa nak sengih sampai ke telinga bila dapat passport baru. Satu sebab passport baru tu cantik. Haha... Dua sebab kali ni renew untuk 5 tahun terus, tanpa bayaran!! Free!! Hoooyeah!~ Tahun lepas tak berani nak guna kad insan istimewa, tapi tahun ni nekad nak cuba juga. Alhamdulillah, berjaya. Kuikui... jimat duit acik.

Iyalah, dah kemudahan kerajaan bagi, kenalah guna. Daftar kad tu pun sebab asalnya nak kena pergi PLKN 9 tahun lepas. Kalau tidak sebab PLKN tu, tak pergi daftar pun. Ralat, banyak kemudahan tapi tak apa. Rezeki untuk orang lain sebab saya tak teruk pun sebenarnya.

Bahagia rasa hari ni sebab tak payah tunggu lama-lama. Dalam 1 jam lebih selesai semua urusan. Keluar rumah pukul 10.15 pagi. Bila sampai di UTC terus pergi ambil gambar, pukul 11.00 pagi ambil nombor, pukul 12.15 tengah hari siap.

Tapi tak berapa jimat sangat. Lepas selesai tu pergi berjimba di Jalan TAR pula. Sempatlah rembat tudung 2-3 helai. Yeah!~

Wednesday, September 18, 2013

Rileks Lagi...

Buku merah belum renew. Tamat tempoh lambat lagi, tahun depan bulan Mei kalau tak silap tapi paling koman kena ada balance 6 bulan kan. Hm... Ada 8 bulan lagi. Rugi. Dia tak boleh carried forward, eceh. Tengoklah, esok kena rajinkan diri pergi renew. Kali ni nak pergi yang dekat rumah. Dekat Puduraya tu. Dulu-dulu pergi sampai Sri Rampai sana semata-mata nak renew buku merah.

Duit belum tukar lagi. Sakit hati tengok rate dekat pengurup wang berlesen tu. Sakit-sakit hati pun, masih kena tukar juga. Baru tukar dalam RM800. Nak bayar guest house pun tak lepas lagi ni. Berapa ya rate minggu ni?

Itinerary untuk seminggu dengan rakan-rakan, rasanya dah settle 90%. Last minute mungkin ada hendak ubah sikit-sikit mana yang patut. Itinerary untuk yang hari-hari mendatang belum ada. Mungkin main redah sahaja. Kalau berani ingat nak join kelas Korean yang free tu tapi kena tengok dulu macamana. Blur.

Boleh tak Malaysia pun ada map macam Navermap tu? Sekarang ni hari-hari kerjanya main Navermap. Syok. Kalau tak ada alamat, ada nombor telefon pun boleh locate dekat mana tempat yang kita nak pergi tu. Bila hari-hari duk belek Navermap, rasa macam boleh dah, tak sesat kut tapi tak tahulah atas jalan nanti macamana. Nak balik rumah sendiri pun boleh sesat bagi direction apatah lagi dekat tempat orang. Huhu...

Barang-barang pun belum beli lagi. Nak bawak apa pun tak tahu. Rasa macam nak bawa satu rumah pun ada -_-"

Kad ATM pun dah activate tadi. Ada tak siapa-siapa yang guna RHB. Activate through phone je kan, tak perlu tulis surat bagaikan? Takut juga sampai sana kad tak boleh guna. Nak bawa duit sekali banyak-banyak macam tak selamat pula.

Perasaan... Sekejap rasa malas tak nak pergi, sekejap tak sabar nak pergi. Entah apa-apa entah. Harap-harap selamat semuanya. Agak-agak autumn dah start tak. Tak sabar :)