Saturday, October 26, 2013

How to Go : Malaysia Restaurant in Korea - Mentari Restaurant (맨타리 레스토랑)

Okay, kalau tak silap kedai ni baru buka hujung bulan September. Ada kain rentang dekat depan kedai ni semalam (25hb Oktober 2013) tulis "Grand Opening" kut kalau tak silap. Lupa.

Dapat tahu ada restoran Malaysia baru buka ni pun dari orang Korea, anak pemilik kedai kain silk dekat Gwangjang Market. Sehari sebelum tu saja-saja pusing Gwangjang Market sambil survey tempat untuk shopping kain dikemudian hari. Sambil borak-borak dan ambil gambar kain... dia pun bagi tau pasal restoran Malaysia ni.
Tadaa... Malaysia Restoran in Seoul
Untuk ke sini, tak ada direct subway. So, samada terus naik teksi (paling mudah ) atau transit dekat Gyeongbokgung Station.

Cara-cara untuk ke Restoran Mentari:

  1. Naik subway dan turun di Gyeongbokgung Station, Line 3, Orange Line, Exit 3.
  2. Dari Exit 3 jalan straight sahaja sampai nampak bus stop.
  3. Ada banyak bas yang lalu dekat area Restoran Mentari ni. Antaranya ialah bas nombor 7018,7016,7022 &7212.
  4. Dalam bas ada announcement untuk setiap stop. Siap ada tulis dalam English. Cuma kena alert dekat mana hendak turun. So, untuk ke Restoran Mentari ni sila turun dekat Sangmyungdae Ipgu (상명대 입구) /Sangmyung University.
  5. Untuk balik semula ke Gyeongbokgung Station boleh ambil bas yang sama. (Rujuk peta last untuk location bus stop)

Peta. So, boleh dapat gambaran dekat mana restoran Mentari ni.
 추발 - starting point
도착 - arrival point

Dari Exit 3 Gyeongbokgung Station jalan straight sampai nampak bus stop
On the way untuk ke bus stop akan nampak Baskin Robbins, Popeyes dekat seberang jalan.
Bus stop dekat dengan JK Cafe ni.
Bus stop information board.
How many minutes more for the next bus. 3분 ,5분 etc (분 - minutes)
Turun dekat Sangmyung University
Turun, kemudian berjalan ke belakang (bertentangan arah dengan laluan bas tadi)
 dan akan nampak bangunan ni di sebelah kiri.
Jalan lagi sampai nampak signboard ni.
Okey, dah boleh nampak Restoran Mentari. Lintas je jalan, sampai.
Dekat restoran ni pun ada disediakan bilik untuk solat. So, bolehlah budget timing bila nak ke sini. Boleh solat dan kemudian makan. Ruang solat besar dan selesa. Dalam bilik ni ada sink, boleh ambil wudu' dekat sini terus atau dekat tandas. Tapi tak nampak pula arah kiblatnya. Kalau ada kompas boleh cari sendiri tak pun boleh tanya chef dekat situ.


Sementara tunggu makanan siap, ambil gambar dulu :)

Interior view. Looks exclusive.
Menu I : Set Nasi.
Menu II : Kalau convert harga ke Ringgit Malaysia...
After almost 1 month in Seoul, my RM42 Nasi Lemak Ayam Goreng
Rasa sama macam nasi lemak dekat Malaysia tu. Sedap! Sedap! Sebab tukang masak dia pun orang Malaysia sebenarnya. Lepas ni bolehlah makan mee kari pula. Huu....

Dah kenyang makan, jom balik!~

Tak perlu lintas jalan. Keluar dari Restoran Mentari, ambil kanan dan jalan
terus sampai nampak bus stop.

Sunday, October 20, 2013

Pre-order 3mm Thick Felt Fabric (made in Korea)

Yup, I am still in Korea!! Dah hampir 3 minggu dekat sini hidup di dalam kesejukan hari-hari tinggal salji je belum turun lagi.

Okay, post ni untuk crafters dekat Malaysia yang berminat untuk dapatkan 3mm thick Felt Fabric yang elok kualitinya. Memang tebal berbanding dengan apa yang kita ada di Malaysia. Bolehlah guna untuk buat barang-barang craft yang memerlukan felt yang tebal supaya lebih tahan lama.

Saya dah pergi tengok sendiri dekat kedai di Korea, mereka guna felt yang tebal ni untuk buat beg, Ipad cover, passport cover, wallet etc.

Untuk sesiapa yang nk order, boleh hantar email di nailofar86_kawaii@yahoo.com. Saya cuba reply secepat yang boleh. Last date untuk pre-order 8th November 2013.


 
 
3mm thick Felt Fabric
Size : 45cm x 36cm
Made in Korea
Price : RM15/per roll NOT included postage
 
T&C:
1. Payment - 50% of total amount must be made first.
2. ETA is around mid November 2013.
3. Postage will be added once I am back.
4. Colors might be slightly different from the catalogue.
 
Available colors:
 
 Blue
 
 Dark chocolate
 
 Light chocolate
 
 Olive green
 
 Pink (Kusam/Belacan)
Cream
 
 Lilac/ Light Purple
 
 Beige/ Ivory
 
 Orange
 
 Violet/ Dark Purple
 
 Baby Blue (Sky blue)
 
Yellow (Mustard)
 


Thursday, October 10, 2013

Penat di Korea

Tajuk tak boleh blah. Haha.. Macamlah penat di Korea tu berbeza dengan penat di Malaysia. Tapi betullah. Penat mental dan fizikal. Memandangkan macam masih lama lagi dekat Korea ni, so kita buat cara slow and easy. Jalan-jalan cuci mata, tak payah nak pulun melawat satu hari sampai tiga tempat. Dua pun dah cukup banyak. Haha.... Lagi satu, nak pulun beria pun kenalah tengok keadaan diri tu. Seminggu yang lepas dah dera kaki bagai nak rak. So kena slow down sikit.

Ah~ tak sabar nak check-in guest house next week. Boleh rest lama sikit. Minggu ni minggu berpindah randah rumah orang. Waa~ tak sabar nak tunggu minggu ni habis. Waa~ tak sabar nak gi shopping. Kkk...

Lepak dekat cafe sebab nak guna internet. Lepas tu ambil kesempatan sekali charge battery camera. Waiter yang kerja dekat cafe ni motjin kuasa 8 juta and boleh speaking fluent yo! Cayaiq jap. Kkk...

Monday, October 7, 2013

Hari ke-9

Partners in crime dah balik Malaysia hari ni. Flight diorang pukul 4.20 petang kalau tak silap. I am alone in Seoul now. Huhu.. Cuak. Sambil-sambil tunggu CS host habis kerja petang ni, lepak dekat cafe dekat subway 교대 menikmati patbingsu kacang merah. Huhu...sedap. Tunggu punya tunggu sampai mengantuk da. Entah bila nak tulis blog pun tak tahu.