Friday, November 29, 2013

30 Sept 2013 : Namsangol Hanok Village & Ehwa University

Untuk trip kali ni, seminggu kami duduk dekat area Hyewha, Korea Central Backpacker. Rasanya ramai rakyat Malaysia yang duduk dekat sini sebab banyak je Ringgit Malaysia diselit bawah kaca alas meja (??) siap dengan ucapan sepatah dua tiga kata lagi. Mula-mula tu sesat jugalah kami nak cari guesthouse sebab salah masuk lorong da.

Nak cerita details pun rasa macam panjang sangat sampai 50 hari. Jadi saya tulis sikit-sikit jelah yang mana ingat. Nanti bosan pula nak baca ye dak. Hee...

Untuk hari ke-2 ni kami masih berdua. Ahli rombongan sebenarnya ada 4 orang. Kami datang awal sehari.

Tiga tahun lepas datang naik bus dan naik van. Jadi memang tak merasa penat naik turun tangga. Trip kali ni barulah nak cuba naik subway. Er...belum apa-apa dah semput sekejap tengok anak-anak tangga tu.

1st time
The entrance
Namsangol Hanok Village
Hijau. Belum autumn lagi
Waktu ni macam nak hujan. Langit mendung
Langit yang biru. Terkesima. One of my fav. photo
Jalan-jalan dalam tu sambil ambil gambar tapi bila check balik mcm tak banyak gambar rumah-rumah Hanok tu pun sebenarnya. Huhu... Sebab dah datang sini so dia punya feel tu kurang sikit dan lagi satu mungkin penat kut. Seminggu sebelum datang ke Seoul memang tak ada rehat langsung. Datang Namsangol Hanok Village bawa kawan yang first time datang Korea. Sempat jugalah try pakai baju tradisional Korea, hanbok. Tak ingat dah kena bayar berapa.

I need to find my Mr. K-groom.
Maklumlah dah pakai wedding dress kan.
Untuk solat kami pergi ke KTO dekat Jonggak. Sebab lupa langsung nak bawa bekal makanan yang berat harap biskut je, kami beli roti dengan Deli Manjoo untuk alas perut tengah hari tu. Dari KTO, kami terus ke Ewha University.


Ajushii! ^_^
Kami

Architect yang design bangunan ni memang bijak

Dah penat jalan dekat Ewha University, kami pun balik guesthouse. Malam memang tak ada keluar pergi mana-mana. Lagipun petang tu nak tunggu 2 orang kawan lagi yang sampai dekat Seoul hari tu. Bila sampai guesthouse baru masuk pintu depan dah dengar Yong owner guesthouse tu cakap yang kawan 2 orang tu belum sampai. Err... mulalah risau takut diorang sesat ke apa. Nak contact pun tak boleh so tunggu jelah jawabnya. Sempatlah makan malam dulu. Memang lapar sungguh sebab tak makan berat tengah hari tu. Sudahlah pagi minum milo dengan roti tuna sahaja. Tunggu dan tunggu sampai juga diorang akhirnya.

Tuesday, November 26, 2013

29 Sept 2013 - The Day, Sunrise

Pergi sana berdua dengan kawan tapi sebab masing-masing nak tengok sunrise jadi kami beli seat depan belakang dekat area quiet zone. Memang quiet zone aman damai je. Dahlah seat tengah-tengah tu tak ada orang. Memang bahagia sangat.

Beli seat semata-mata nak tengok sunrise memang keputusan bijak. Subhanallah, memang cantik!! Menikmati sarapan pagi nasi lemak Pak Nasser dengan keindahan alam ciptaan Dia. Sekejap-sekejap berhenti makan sebab sibuk nak ambil gambar. Er.. nasi lemak tu sedap tapi macam ada something yang kurang. Nasi tu macam terlalu moist ke apatah. Termuak-muak jugalah nak habiskan.




Dah sampai! After almost 3 years. 



Kisah saya dan anjing di Korea

Sepanjang-panjang 2-3-4 minggu dekat sana tak adalah kejadian kena kejar anjing ke apa. Dan sebenarnya dekat sana susah nak jumpa anjing jalanan pun. Kalau jumpa yang tepi-tepi jalan pun mungkin bertuan macam anjing comel ni. Anjing ni terserempak dekat Bukchon Hanok Village. Waktu tu duk semangat sangat snap gambar sampai tak perasan anjing ni duk laa tengok je. Terus palpitation sekejap bila terpandang anjing ni. Gambar pun curi ambil balik lori. Huhu...

Sejuk. Anjing pun pakai baju.
Ada satu hari tu, pergi jalan-jalan dekat Kyunghee University. Sobs... Cantik sangat university tu. Memang spent one whole day pun dekat sana. Petang tu bila nak balik saja singgah satu cafe ni. Memang dah plan kalau pergi Kyunghee University memang nak pergi sana. Masa nak mencari cafe tu laa ada kejadian mujur-anjing-tu-tak-terkam-gigit-kaki. Fuh fuh fuh... Dekat sana kan banyak lorong-lorong. Memang awal-awal dah nampak anjing cute ni tapi tak expect laa pula dia ikut lepas saya lalu depan tempat dia duduk tu. Huhu... Waktu nampak tu memang dah tersentak sikit. Kalau jadi apa-apa bukan ada ramai orang pun. Hmm... Memang takut la tiba-tiba dia datang menyalak dekat sangat dengan kaki. Nak lari nanti dia kejar pula. So, duk la berdiri kaku dekat situ. Palpitation abes time ni. Seminit dua lepas tu ada ajumma tuan dia kut datang jadi penyelamat. Yang saya ni duk la cakap dekat ajumma tu " Chongmal musowoyo.. chongmal musowoyo..." 8 juta kali. Hahah...

Sejak kejadian dekat area Kyunghee University tu terus cuak kalau nampak anjing jalanan walaupun bertuan. Entah rasa macam anjing-anjing ni tahu je kita takut dengan depa.

Next, ada 1 minggu tu saya keluar Seoul pergi Sokcho. Suka sangat dengan Sokcho!!! Macam pekan kecil yang aman damai. Kira tak menyesallah pergi sana sebab memang malas dah nak keluar dari Seoul tapi sebab ada kawan suruh, saya pergi juga.

Dekat Sokcho ni adalah juga anjing-anjing yang bertuan tapi dilepaskan dan mungkin juga anjing jalanan. On da way nak ke guesthouse dah nampak 2 ekor. Terus terbantut nak keluar malam-malam. Ok lagi takda masalah berjaya sampai dengan selamat dekat guesthouse.

The next day dekat Sokcho, time tunggu bas ramai-ramai nak pergi Seoraksan dengan budak-budak yang kenal dekat guesthouse (salah satu reason kenapa suka Sokcho XP) dari jauh dah nampak anjing-anjing semalam duk happy go lucky berlari-lari depan kedai tokey dia. Alahai~ dalam hati terus cuak. Biar ramai orang pun, sekali kalau dia lari terkena seluar satu hal pula. Dah la nak bawa solat kan seluar tu. Sebab 'bijak' kan, cepat je kaki terus menyorok belakang tong sampah dengan harapan anjing-anjing tu tak nampak. Mamat Gwangju tu tanya "You don't like dog?" Teruslah jawab panjang lebar cakap saya takut anjing semua. Agaknya mesti diorg hairan kan kenapa kita-kita ni takut dengan anjing-anjing yang cute tu.

Last day dekat Sokcho, pergi jalan-jalan dekat Abai Village. Mujurlah boleh cakap Bahasa Korea sikit-sikit yang basic. Haha.... Sama dengan kes dekat Kyunghee University duk ulang cakap "Musowoyo...musowoyo". Anjing ni besar sikit. Yang ini tak ada tempat nak sembunyi so bila nampak sorang ajumma ni tengah duk jalan-jalan dekat situ terus jalan pergi dekat dia cakap " Kangaji musowoyo," (Saya takut anjing) sambil tangan duk tunjuk dekat anjing yang makin dekat. Ajumma tu duk ulang cakap dia tak gigit dia tak gigit macam tulah kut agaknya. Dia cakap bahasa dia laa kan. Yang kita ni duk ulang 8 juta kali cakap "Musowoyo... musowoyo". Kemudian cakap dengan ajumma " Gatchi gayo" (Jom jalan sama-sama). Hahaha... Baik ajumma tu. Sambil jalan tu dia tanya nak pergi mana dan dia pun tunggu la saya melintas dengan selamat jauh dari anjing tadi. Sempatlah cakap dekat ajumma terima kasih.

On da way balik guesthouse tu dalam hati duk cakap mujurlah reti cakap sikit-sikit. Kalau tak macamana gayalah nak selamatkan diri dari anjing-anjing tu.




Friday, November 22, 2013

꿀 타래 : Why?

Sedih, kenapa jadi macam ni? Madu strands tu dah cair jadi seketul gini. Sobs, teringat taffy Ta Rae yang buat on da spot tu.. soft je. Ini dah keras tapi makan jelah juga ㅠㅅㅠ
Rasanya next time kalau nak beli bawa balik Malaysia minta dia buat yang baru, yang dia buat on da spot tu. Lagi terjamin elok kut. Yang ini yang dia dah pack awal-awal. Ke mungkin sebab cuaca dekat Malaysia panas tu yang cair tu. Sobs..

Monday, November 18, 2013

50 Hari di Korea dan Kembali Semula ke Tanah Air, Malaysia.

Sobs...
Akhirnya kembali semula ke dunia realiti, pulang semula ke pangkuan keluarga di Tanah Malaya setelah 50 hari ber'Autumn in My Heart' di Korea Selatan. Sekejap je masa berlalu. Tuptuptup...dah kena balik rumah dah.

Perasaan??
Setakat ni syok tak terkata. Tak ada la panas sangat Malaysia ni. Haha... Tapi ada juga rasa frust tertonggeng sebab hari ni (18 Nov) first snowfall dekat Korea. Terbalik awal sehari pula. Sobs... Nak kena repeat ke ni next year? *ppang!~* Mengada sangat nak repeat lagi. Tengoklah...

50 hari dekat Seoul dan ada beberapa hari keluar dari Seoul rasanya dah cukup kut. Mungkin lepas ni kalau ada rezeki pergi Korea, saya nak pergi tempat lain pula. Maybe Busan, Jeju, Gwangju, Jeonju etc pula kut. Nak merayap dekat bahagian bawah pula. InsyaAllah.

Alhamdulillah, satu benda yang nak buat since 3 years ago dah tercapai. Lepas ni kena fokus benda lain pula.

Gambar-gambar dekat Korea ni pun nak kena belek balik satu persatu. Rasanya macam ada lebih dari 2000 keping gambar kut. Err... Nak belek nak cari yang elok dan cantik tu mahu berjam-jam juga. Adoi...

Annyeong!~