Wednesday, December 10, 2014

Free seat Air Asia wujud rupanya.

Sudah berapa banyak kali iklan Free Seat Air Asia tu tapi tak pernah pula ketemu dengan tiket yang berharga RM0.00. Sungguh tak tipu memang tak pernah jumpa. Walaupun percubaan mencari tiket free seat tu memang selalu sangat. Sampaikan hairan macamana orang lain boleh jumpa.

Sekali hari ini bila jumpa tiket free seat RM0.00, menggelabah biawak terus. Haa, ambik sekali dia bagi free seat bulan puasa. Dah nak makan burger shrimp Lotteria dibulan puasa camana nanti? Lepas je terbeliak biji mata tengok harga murah terus check calendar. Sah la bulan puasa. Hmm... punah harapan. Try juga check tarikh lain selepas raya, macam ada, macam tak ada. Website Air Asia tu macam lawak sebab dia mula-mula murah lepas tu mahal. Ikut suka hati dia je nak murah. Even kalau refresh website silap-silap free seat tukar date lain pula.




Beli ke tak beli? Agak-agak puasa dekat Korea boleh turunkan berapa berat... 5 kilogram, 10 kilogram? Idak pun ambil peluang cari pengalaman berpuasa di perantauan. Er... masalah sekarang duit nak cekau mana? Tempat tinggal macam no problem inshaa Allah boleh tumpang rumah host couch surfing last year tapi malu la pula. Lagi satu macam tak confident je nak cakap dekat mak nak pi lama sekali lagi plus tahun depan dah set nak cari office job balik. Ish. Beli dulu pergi tak pergi, puasa tak puasa belakang cerita ke camane? Gigil-gigil tangan acik masa nak confirm. Huhu....


Saturday, November 15, 2014

Bersiaran dari Ho Chi Minh city

Pilot MAS merempit ke pilot Air Asia berhemah di udara raya(?). Padahal departure time dua-dua kapal terbang sama, 2.45 petang. Pilot Air Asia tu FO dia ada dua calit tang bahu. Tak tahu kenapa nak cerita tang FO tu. I wish I could see him too in his uniform tapi excuse apa nak naik Firefly. Tak da kerja nak pi Subang sana. Hmm..

Kena tinggal di airport sedikit sebanyak telah menimbulkan perasaan cuak. Mujur baca sikit info macamana dari airport hendak ke hotel. Bertambah cuak bila kakak just bagi nama hotel tanpa ada alamat. Plan asal nak join conference tour kakak tapi itulah, pilot MAS merempit laju. Awal MAS sampai dari Air Asia. Elok tiba dekat baggage claim, group kakak dah tak ada.

Ke hulu ke hilir naik turun floor mencari internet free sebab dah deal dengan kakak maklumat terkini via whatsapp. Sudahnya terpaksa beli internet simcard. Dalam duk cuak tu, hati cakap kat Korea boleh seorang-seorang, in shaa Allah dekat sini pun boleh. Selepas dapat berhubung balik dengan kakak barulah rasa calm sikit.

Tung tang tung tang, naik teksi Vinasun as per others recommendations, maka selamatlah tiba di Equatorial Hotel. Ingatkan pemandu Vinasun tu tak friendly sekali bila dah sampai hotel, dia senyum pula. Cuba senyum awal-awal sikit, tak ada la gabra beria takut kena bawa lari ke apa. Maka bermalas-malasan di hotel lobi selepas mengisi perut sebab kakak dengan conference group dia tengah layan puppet show sekarang ni. Isk.

Till then.

Friday, October 10, 2014

Secondhand Novels; Malay & English for Sales

Secondhand novels untul dilelong buang habis. Hahaha... Dah tak berminat sangat hendak membaca novel Melayu mahu pun novel English. Jalan cerita semuanya sama novel Melayu la ni. I is... 'boleh tak buat cerita yang mencabar sikit?' Asyik-asyik kahwin paksa, terpaksa kahwin sekali suami tak suka. Eh?

Dulu suka baca novel kira boleh jatuh dalam kategori hobi tetapi sekarang tidak lagi. Entah mana pi semangat membaca dulu-dulu tu pun tak tahu. Sudahlah novel sekarang mahal-mahal. Jalan cerita pulak....hmm.

Novel kegemaran simpan. Novel kurang gemar nak jual. Novel insyaAllah dalam keadaan baik, siap ada yang berbalut. Ada novel English yang beli tapi tak baca. Beli deekat BBW ke apa entah. So ini gambar dekat bawah kut-kut ada yang nak belikan.

Harga buku tidak termasuk kos penghantaran. Harap maklum.

Novel Melayu

Sedetik Cinta, Kreisya Reisya
RM8.00

Sejujur Hatimu, Umi Azrini
RM12.00

Kemelut Kasih, Manera Muhammad
RM6.00 SOLD

Hanya Kerana Cinta, Norhayati Berahim
RM12.00

Plain Jane, Nurul Syahida
RM10.00

Senafas Rindu, Damya Hanna
RM12.00

Ilham Hati, Damya Hanna
RM12.00

Hati Seorang Wanita, Norhayati Berahim
RM8.00 SOLD

English Novels

RM6.00

RM6.00

RM6.00

RM10.00

RM10.00

RM6.00

RM6.00

RM20.00

RM6.00



Wednesday, October 8, 2014

Fudgy Flaky Brownies

Berasa sungguh bahagia bila berjaya mencuba resepi brownies yang menghasilkan flaky top keronyok-keronyok berkilat seperti dalam gambar dibawah :)

Perempuan memang selalu macam tu. Ada masa tu dia menggila sangat hendak makan benda manis lepastu tak dan sehari dia nak makan KFC @ benda pedas. Semua salah hormon!! 

Kelos up
Brownies dah tinggal separuh. Pergi Seoul turun 5kg. Balik KL tak dan setahun naik Xkg. Tahniah! Boleh pergi Korea lagi dengan alasan hendak kuruskan badan. Pffft...!

Top view of 10x10inches brownies



Tuesday, October 7, 2014

Air Asia Travel Insurance

Musykil. Kenapa dekat bawah tu harganya RM25.00 tapi dekat bahagian tepi jadi RM75.00? Dia total untuk return ke? Kalau return kenapa bukan RM50? Mohon pencerahan yang arif?


Wednesday, October 1, 2014

Engagement Cake.

Kek tunang pertama! Hmm... Ada ke kek tunang yang kedua? Atau mungkin yang ketiga. Silap-silap kek kahwin terus. Huhu...

----------
---------
--------
-------
------
-----
----
---
--
-

Terima kasih dekat sahabat sebab bagi kepercayaan untuk menyediakan sebiji kek untuk dijadikan hantaran sempena majlis pertunangan beliau yang berlangsung dua minggu yang lepas. Aih! Dah selangkah nak menamatkan zaman bujang. Tak boleh dah nak buat sesi luahan perasaan lepas ni. Tahun depan ajushii buat comeback pun dah tak boleh nak merapu sama-sama sebab beliau dah ada ajushii sendiri. Sobs...

Kek yang ditempah sebenarnya dua biji, satu untuk bagi pihak lelaki dan satu lagi untuk perut sendiri. Emak Si Sahabat ni kata mana boleh bagi orang sahaja, diri sendiri pun nak juga :) Alhamdulillah dapat good feedbacks dari sahabat dan emaknya. Lega kena dengan selera mereka sebab mula-mula tu saya risau juga. Pada tekak kita dah sedap, belum tentu tekak orang lain sedap kan.

Kek yang saya cadangkan ialah Victoria Sandwich Cake yang saya belajar dengan Aunty Yani The Kithchen Guardian. Belajar secara mulut sahaja. Sebab waktu itu kami kejar masa dan sibuk belajar buat kek lain. Dua-dua kek yang sama cuma untuk hantaran saya hias elok-elok bagi cantik sikit. Design sesimple yang boleh sebab tak hebat sangat. Bolehlah janju cantik dan tak nampak sangat kesengetan kek tersebut. 

Sejak belajar dengan Aunty Yani, VSC ni memang kek pilihan tambah-tambah kalau guna butter Golden Churn tu!! Dulu asyiklah kek coklat, kek coklat, kek coklat. Er.. bila dah pergi kelas ni kerja asyik nak guna butter mahal sahaja sebab pure butter. Tapi bergantung dekat customer tu sendiri, kalau sanggup bayar mahal, saya guna premium ingredients. Kalau tak guna yang ikut bajet.

Gambar-gambar kek yang ditempah. 

Ribbon milik tuan badan yang nak bertunang

Kelos-up

Ready to go

Drizzled with nutella

Side view

Top view










Monday, September 29, 2014

365 days have passed since 290913

Masa ni, tahun lepas rasanya tengah lepak-lepak dalam bilik dekat guesthouse. Ok lupa nama guesthouse. Guesthouse dekat area pffftt... tak ingat juga!! Masyaallah baru genap setahun pun dah lupa. Padahal tempat tu banyak kali lalu plus siap ada couch surfing dekat-dekat area tu. Masyaallah makan semut banyak.

So dah setahun berlalu sejak solo trip yang tak berapa nak solo sangat. Ya Allah sat benor rasanya. Next trip tiket tak beli lagi. Eceiwah! Berangan sangat!! Selang setahun la balik kampung. Tak ada la koyak sangat poket petani anggur cum. baker tak bertauliah ni.

Yang pergi 2 bulan pun duk teringat-ingat. Macamana agaknya budak-budak yang belajar dekat sana eh? Bukan teringat apa, tapi lately ni asyik terkenangkan makanan-makanan Korea tu. Kalau suruh senaraikan food to eat bila balik Korea, boleh tahan jugalah panjangnya. Lebih dari 5 jenis makanan. Adoi....

Nak pi balik kampung time winter. Harap-harap ada salji sebab sekarang cuaca macam tak berapa menentu sangat. Silap-silap tak ada salji. Sudahlah tahun lepas elok balik Malaysia hari ini esoknya first day salji turun. Manalah orang tu tak guling-guling keciwa atas katil. Hmmm...

Rindu. 


Wednesday, September 3, 2014

Kereta Dicuri.

Bila tengah golek-golek masa nak tidur waktu malam rasa semacam tak percaya terkena dekat family sendiri. Selalu dengar jiran-jiran (kawan ayah) saja yang kena sekali tuptup hari Ahad minggu lepas, celik saja mata terdengar kereta ayah sendiri pula yang kena curi. Hmm... Nak sumpah-sumpah pencuri tu je rasa.

Dua minggu sebelum raya, kawan ayah kena. Ini lepas sebulan raya, kereta ayah pula yang kena angkut. Silap-silap sebulan lagi, satu lagi kereta besar dia angkut. Yang syok tu dia angkut semua kereta besaq. Aish.

Kereta yang dah disterenglockkan pun dia boleh curi. Teruk betul masalah kecurian sekarang ni. Teruk betul masalah kecurian kereta di kawasan kejiranan kami sekarang ni. 

Rasa macam surreal sampai ke hari ini. Baru beli 3 tahun je kereta Alza ayah tu. Sedih betul. Kesian dekat mak, kesian dekat ayah. Tak tahulah boleh jumpa balik ke tidak. Macam tak je kan. Ada seorang jiran tingkat atas tu rezeki dapat balik kereta dia sebab letak GPS. So boleh trace. Hmm... 

Sekarang ni susahlah sikit hendak pi restock barang dekat kedai T_T. Hmm...

Semoga Allah ganti dengan kereta yang lebih besaq! Hahaha..... Amin. Tolong aminkan juga.

Friday, August 29, 2014

Lagu sedih MH. Doaku - Haddad Alwi

Akhirnya berjaya juga cari lagu sedih ni. Aku tak tahulah orang lain macamana, tapi sejak terdengar lagu ni dari masa kejadian MH370 membawa ke kejadian MH17 hari-hari aku berharap akan dapat cari lagu ni dan ulang 88 juta kali! Lagu ni sedap halwa telinga mendengarnya. Sudahlah lagu sedih, disaingkan dengan gambar-gambar MH370 & MH17 terkena jugalah tempias sedihnya tu. Kadang-kadang bergenang juga air mata secoet. 

Mulanya ingatkan lagu ni sekadar lagu instrument semata rupanya lagu nasyid. Beberapa minggu yang lepas pernah terdengar dalam drama kalau tak silap. Lagu Do'aku nyanyian Haddad Alwi dari Indonesia. Ada orang cakap beliau ini Syiah.



Doaku

Bismillah Yaa Rahmaanu Yaa Rahim Bismillah
Bismillah Yaa Fattahu Yaa Halim Bismillah
Yaa Allah Yaa Mannaanu Yaa Karim Yaa Allah
Yaa Allah Yaa Mannaanu Yaa Karim Yaa Allah
Bismillah... Bismillah... Bismillah...

Yaa Rabbi sudilah pandang kami
Terangi jalan gelap ini
Jangan biarkan aku terus sendiri
Mencari mendaki dan berduri

Yaa Rabbi dengarlah doaku ya Rabbi
Hadirlah dalam kehidupan kematian kami
Cuba dan uji kan ku lalui
Ya Allah... Ya Rahman... Ya Rahim

Monday, August 25, 2014

Stranger

Bila seorang stranger boleh buat kita tergelak dipagi hari dengan funny.. sarcastic captions disetiap gambar yang diupload. Totally stranger. Terjumpa secara random.

Nampak sangat diri ni mudah terhibur. Baru sedar. Benda sekecil-kecil alam macam tu je. Hmm...

Monday, August 18, 2014

M.Nasir dan Jamuan Raya 2014

Hai, hello semua. Dah lama tak update blog. Sibuk uli tepung :)

Masih belum terlambat rasanya nak ucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Raya masih berbaki seminggu lebih lagi. Maaf kalau ada tulisan yang buat orang terasa, terkerek, termenunjuk etc. 

Musim raya musim orang buat jamuan raya. Walaupun tak bekerja, tak ada office tapi seperti tahun lepas join kakak pergi jamuan raya pejabat dia. Alasan ikut walaupun penat 'tawaf' AEON petang tu ialah sebab jamuan tahun ni buat dekat FELDA dan FELDA memang terkenal dengan masakannya yang sedap! Dua kali pergi wedding yang mana FELDA sebagai caterer dia tidak menghampakan. Sedap makanan-makanan malam tu! Cuma susun atur makanan tu ke laut sikit sebab bersepah. Tak dapat merasa semua makanan. Ada yang cari makanan pun tak jumpa dekat mana tempatnya.

Alasan kedua sebab ada M.Nasir sebagai artis jemputan! O yeah! Tahun ni bertuah sikit. Tahun lepas setakat dengar suara Jamal Abdillah sebab duduk meja dekat kawasan lain tapi tahun ni dapat tengok M.Nasir depan mata terus. Selain M.Nasir ada lagi seorang artis jemputan, Adira. Yang ini tak berapa ambil port sangat  tapi kurus bebenar si Adira tu!! Pinggang mak oi kurus melidi. 

Serius pakcik M.Nasir tu umur berapa? Nampak muda tak dimamah usia pun wajahnya. Suara sudahlah mantap seperti dulu kala. M.Nasir nyanyi 4 lagu malam tu. Syok pula sebab dia memang akan lalu dekat meja kami bila habis menyanyi. Macam tak percaya je akhirnya dapat tengok depan mata bukan dalam peti besi (televisyen).


Ini bukan M.Nasir. Ini kesayangan. Budak paling
seronok boleh bebas malam tu.


Kakak (a.k.a the fan) dan anak-anak. Suka gila gambar ni!
Er.. gambar last tu mahal! RM500 tunai kalau tak ada delete. Huhu... Camerawoman nan ado gambar. Ige mwoya??! Aish... Aci dak kalau superimpose gambar camerawoman dekat tepi tu? Kehkehkeh...

Tolong tengok muka M.Nasir dalam gambar last tu. Nampak muda kan!! Handsome lagi pakcik M.Nasir ni. Muka pun takda kedut-kedut. Last but not least, video M.Nasir sedang menyanyikan lagu popular beliau Semerah Padi. Maaf camerawoman tak bertauliah, maka video ada gegar sana sini.






Wednesday, August 6, 2014

Bayangan Rindu


" Bumi Allah ni luas, bahagia tu ada dekat mana-mana..." Kiew,Q

---------
--------
-------
------
-----
----
---
-





Baru sedar novel Bayangan Rindu tulisan Anis Ayuni dah dijadikan telefilem.
A year late but better late than never.
 Favourite novel.
Novel dari Anis Ayuni memang semuanya favourite.


Thursday, July 17, 2014

Pecah Rekod

Ini adalah kejadian paling epic dalam 2X tahun hidup. Huhu... Kejadian berlaku sebulan dua yang lepas. Nampak sangat excited untuk pergi berjalan.

Err... selalu tak puas hati bila ayah ke mak ke tertinggal kunci rumah dekat grill besi. Kenapa tak puas hati? Sebab kami ni duduk rumah flat, ground floor lagi. Sudahlah sekarang ni macam-macam kes tak elok berlaku. Buatnya ada perompak ke apa.

Ini dikira kejadian paling epic, Allah balas cash dekat dunia ni. Huhu... Hendak jadi cerita, saya pun terbuat benda yang sama macam emak dan ayah. 

Dah berjalan dekat area Wisma Central dan Jaya Grocer hampir 2-3jam, tiba-tiba saya terpandang zip sling bag yang tidak bertutup. Cari punya cari sekali tak jumpa kunci rumah dalam poket zip tu. Bila dah tak ada kunci maka memang sah! 

Pintu rumah berkunci.
Grill besi ternganga luas.
Kunci rumah tertinggal dekat grill besi.

Err... Baik tak payah kunci pintu macam tu --" Punyalah lupa nak kunci pintu masa tu. Pakai kasut dan terus cabut macam gitu sahaja tanpa double check pintu.

Bila dah tersedar tak kunci grill, kelam-kabut telefon ayah yang masa tu pun tak ada dekat rumah dengan harapan dia dah balik rumah. Last-last ayah minta tolong jiran kuncikan. Mujur tak kena marah. 

Saturday, July 5, 2014

Momentum.

Pagi-pagi buta lepas sahur ni tak ada buat benda lain terus mengadap lirik lagu 그대라서 Tha One ni hah. Sementara tengah ada 'feel' untuk study, jangan lengah-lengahkan.

Walaupun dah ada English translation, still juga cari maksud perkataan yang tak faham. Selalunya suka conteng terus dekat atas kertas yang diprint tu. Notebook ada tapi jarang-jarang tulis terus. Mesti main conteng-conteng dkt tempat lain dulu.

Tak ingat saya pernah kongsi dekat sini gambar buku-buku, kertas-kertas
Korea tu. Selalu guna pensel je, rajin sikit pakai pen warna-warna. Ikut mood.



Thursday, July 3, 2014

그대라서 by 더 원(The One)

Current favourite song. Sekali dah jadi favourite, terderalah replay button tu.
Kalau boleh nak ulang dua puluh empat jam non-stop

Vocal penyanyi ni sebutir-sebutir boleh dengar.
(Orang sibuk ngaji, ada orang tu sibuk duk dengar lagu Korea dia --')




가슴 아프게 울지 말아요
우리 다시 못볼 것처럼
찬바람 불어 쓸쓸해지면
그때 내게 돌아와요
너무 사랑했으니 기억해줘요
이런 날 알아줘요

나를 잊지 말아요 그 기억에서
단 일초라도 한순간도 그 기억에서
죽을 만큼 나 사랑했던
사람 보고 싶다 보고 싶다 그대

항상 예쁘게 웃던 그대 보여요
가슴이 저리네요
나를 잊지 말아요 그 기억에서
단 일초라도 한순간도 그 기억에서
시간 지나 세월이 흘러가도
그대라서 그대라서

내가 두 눈에서 멀어 진다해도
이 사랑 스쳐 지나도
오직 단 한사람 그대라서
그리워서 그리워서 외쳐본다
미치도록 소중했던 사람
불러본다 불러본다 그대 


English Translation
Don’t cry, making your heart ache

As if we’ll never see each other again
When the cold wind blows and you get lonely
You can come back to me
I loved you so much so please remember me
Know this is how I feel

Don’t forget me from your memories

Not even for a single second or moment, from your memories
I loved you to death
I miss you, I miss you

I see you, who always had a pretty smile

My heart is aching

Don’t forget me from your memories

Not even for a single second or moment, from your memories
Even when a long time passes
Because it’s you, because it’s you

Even if I grow blind

Even if this love passes by
There’s only one person, because it’s you

I miss you, I miss you so I shout out

The person I cared for crazily
I call out to you, I call out to you


Saturday, June 28, 2014

Anak Ayam & Anak Itik Berborak

A snapshot of conversation between Chizuru san and me yesterday. Bukan guna satu bahasa je, terus berbahasa-bahasa (??).  Dalam kes ni bahasa jiwa bangsa dilupakan buat seketika. Terpaksalah guna bahasa ketiga sebagai medium perantaraan. Itu pun mujurlah faham sikit-sikit Bahasa Korea. Kadang-kadang segan juga nak guna Korean dengan Chizuru sebab dia punya lagi power. Saya ni level budak tadika pun tak lepas lagi. Aih...


Sejak balik Korea  mana pernah study Korean. Bila boring je buka balik text book. Beria beli buku cerita kanak-kanak dekat Seoul sana tapi hampagas. Selalu buat buku cerita tu sebagai buku bedtime story je. InsyaAllah tak perlu baca habis satu muka surat, terus tidur. Huhu...

Sambil borak sambil buka kamus Naver; check spelling, check perkataan betul ke tidak. Grammar toksah cakap, guna yang basic yang mana ingat je.Siap minta maaf salah guna perkataan. Nanti kerut-kerut plak dahi Chizuru san cuba nak faham apalah budak ni nak cakap.

Kalau murah rezeki umur panjang, hopefully dapat jumpa dia dekat Jepun.

p/s: Biyol kepala duk belek map train/ segala tok nenek trainlah. Double biyol bila tengok harga. Couch surfing.... again? 

Wednesday, June 25, 2014

Tuesday, June 3, 2014

Janji Jepun; Outing with Chizuru san.

Ok, semua orang update cerita pergi jalan-jalan di Jepun. Saya.... saya masih di takuk lama, masih tersekat di Korea. Belum naik syeikh lagi untuk pergi Jepun padahal tiket kapal terbang merah mahal (gelak-gelak kapal terbang merah kena perli dengan Malindo tapi masih 'pandang tak jemu' weih kapal merah tu).

Cerita pergi outing dengan orang Jepun aci tak? Bolehlah kan janji ada perkataan Jepun juga. Haha... Nak juga tu. Tak mau kalah.

So, sesi perkenalan dengan kakak Jepun ni seperti biasa bermula di Kimchee Guesthouse Sinchon sebab itulah rumah saya dekat sana. Nama beliau ialah Chizuru, nama keluarga tak pass sebab payah nak sebut. First impression selepas sesi suai kenal selama lebih kurang 30 minit, "Wah, orang Jepun ni friendly, baik-baik belaka" hanya kerana Chizuru san telah bermurah hati memberi sekeping hot pack kepada saya. Seperti biasa, saya mengomel tak sudah tentang cuaca sejuk melampau Korea di musim luruh. Tangan saya ni sejuk gedi tiap-tiap malam. Chizuru san pun terkejut bila dia pegang tangan saya rasa sejuk sungguh.

Selama beberapa hari kami menjadi jiran di Kimchee Guesthouse, pernahlah 2 kali kami outing bersama; breakfast dan berjalan-jalan di Naksan Park. Seperti biasa, terpengaruh dengan orang lain untuk pergi melihat kawasan shooting drama Roof Top Prince tapi misi gagal. Gagal misi yang satu ni tapi berjaya jumpa kawasan shooting drama King 2 Hearts. Masa tu barulah faham perasaan peminat-peminat drama Korea bila berjaya pergi lokasi shooting drama yang mereka minat. Huahuahua... sebab waktu pergi Nami Island, kurang teruja sebab tak pernah tengok drama tu.

Hari itu, Chizuru tak ada plan so dia join saya pergi Naksan Park. Seperti biasa, saya confirmlah akan naik bas hijau Korea tu. Seronok sikit hari ni ada kawan nak berjalan tapi cuaca mendung sangat, langit kelabu je. Jomlah tengok gambar ya.

18 stops from 'home' (red box) to Hyehwa Station (purple box).
Ada banyak gambar signboard ni dalam K-folder
I wish M'sia pun ada benda ni tapi......

Seat betul-betul menghadap pintu.

Sebelum sesi 'perpeluhan'  mendaki



Letak gambar mural nanti ada pula orang claim kita ni curi dia punya gambar. Adoila...macam-macam perangai. (c.c Fiqah) Dah orang lukis tepi jalan, confirmlah semua rakyat jelata tak jelata boleh ambil gambar. Isk...





Simple exterior design, material used kayu-kayan, menarik.


Mart



Sesi mendaki. Semput!

Dari kejauhan, Seoul Tower. Langit mendung 


Dekat tembok inilah kawasan shooting King 2 Hearts,
part yang puteri raja menyanyi dengan ala-ala orang kanan istana

Rimbunan daun pokok yang berwarna-warni


Chizuru san

Peace. Senyum lebar sebab jumpa tempat shooting K2H

Gigih Chizuru eksesais

Jalan turun balik dari atas Naksan. Bijak as always sebab balik ikut arah lain dan.......



Tanam pokok dalam pasu susun atas bumbung
rumah.

Ajumma

Despite the language barrier, we were having
so much fun that day


Hyewha area

Mural no matter small, pretty as long as you draw something
on the wall, call it mural.


Why you sooo craetive? Tell me why.

Construction in progress. Kami macam buntu sekejap nak meneruskan
perjalanan. Chizuru pakai kasut bertumit. Redah juga.
 Disajikan dengan mural comel ini selepas perjalanan mendaki turun yang memengahkan juga.








Masih tertanya-tanya mengapakah, apakah tujuan, kelebihan etc menggunakan batu-bata merah ni dalam hampir kesemua binaan bangunan (terutama rumah) mereka. Adakah disebabkan faktor 4 musim? Sebab berbeza dengan negara kita. Budak-budak QS UIA tu kalau ada site visit untuk 3rd year ke yang 4th year tu patut pergi Korea ni ha. Murah pun murah. Boleh tengok macam mana mereka construct subway yang bawah bawah bawah tanah tu dan materials used, difference between Malaysia and Korea etc.


Puaslah kami berdua turun naik turun naik kawasan perumahan dekat Naksan tu. Siap sempat tanya ajumma-ajumma yang berkumpul dekat situ dekat mana jalan keluarnya. Kami ni dah macam lost sekejap. Mulut masing-masing sibuk cakap nak makan itu nak makan ini. Lapar tahap gaban. Plan nak pergi makan dekat area Hyehwa tapi sebab dah salat turun terpaksa tukar plan.

End up kami keluar dekat satu pekan kecil. Singgah beli junk food dulu baru tanya macam mana nak pergi subway Hansung University which one stop after Hyehwa. 


Ikan goreng masak kacang merah. 

Banyak kali juga nampak papan iklan bergerak ni. Tak tahulah apa yang diiklankan. Sda kaitan dengan agama Kristian kut.

Papan iklan bergerak

Construction dekat area Sinchon yang dah siap sekarang

Salivating I
Prefer yang ini lagi dari dekat Dongdaemun tapi manis bawang dekat
Dongdaemun lagi umphh!

Salivating II

Peace before eat eat. Sebenarnya dah kes kebulur sangat kami ni

Sebelum pulang ke 'sarang' kami sempat singgah dekat satu kedai CD di area Sinchon. No damage done. Nama saja kipas kasi mati ajushiideul tapi tak sanggup sangat nak perabih duit untuk depa. Setakat ni ada satu CD dan sekali je pergi konsert diorang dekat Singapore just for the sake nak experience apa yang best sangat pergi konsert. Dan, sesungguhnya memang best. Padanlah pergi sekali nak pergi lagi tapi saya masih berjaya tahan diri walaupun kadang-kadang goyah juga. Huu...


Sipi-sipi nak join Chizuru pergi music show tapi sebab kena bangan awaaaaaal sangat, cancel. Pernah dengar atau pernah kenal idol group nama My Name? Er... saya tak pernah. Tapi tujuan Chizuru san datang ke Seoul sebab group tu buat comeback.