Friday, April 18, 2014

Gambar belas ehsan rakyat Thailand. Mereka.

Kenapa saya tak ada dalam gambar ni!!?
Wae?
Sobs.
Saya ada dekat tepi tu duk main komputer.

Salah satu penyeri dalam tempoh 50 hari di Korea, berjumpa dengan mereka di Seokcho.
Kejadian yang terbest. Geng pergi Seoraksan.
Mereka hiking, saya kalau hiking silap-silap tak turun bawah semula. Huhu...

Cuba teka yang mana yang saya......
Yang tolong cari pan sebab saya nak masak.
Yang berlari-lari patah balik tanya tak nak join hiking ke.
Yang berturut-turut hari asyik terjumpa di dapur time breakfast.
Yang...
Yang....

Meraikan kejayaan mendaki Seoraksan pagi tu.

Hyeonsu, ---, Grace, ---, Obb

Gambar belas ehsan dari FB pokcik yang pakai baju putih tu.

Monday, April 7, 2014

Chocolate Nutella Pod

Tuan tanah seminggu ni tak sempat nak menulis cerita 50 hari di Korea. Kalau tulis pun belum tentu ada orang yang nak bacakan. Hmm... Menceceh seorang-seorang. Tak suka nanti bila masa edit gambar untuk kongsi di blog saya asyik terfikir bila nak dapat pergi Korea lagi.

Yang tak sempat tu bukan apa, tuan tanah sibuk duk buat kuih raya walaupun puasa tak sampai lagi. Sekarang ni semua orang tengah sibuk buat nutella pod cookies maka tuan tanah tidak mahu terlepas peluang bersama-sama meraikan kedatangan nutella pod yang awesome!! Maaf, tuan tanah punya nutella pod ialah versi coklat. Orang lain duk pakat buat yang cerah, normal cookies tapi tuan tanah buat yang hitam ma~~nis oh hitam manis. Nanti -nanti nk buat yang cerah pula. Mungkin nak cuba yang cheese juga.

Sebelum tu ada sesiapa yang tahu di mana (terutamanya di Kuala Lumpur) boleh borong nutella dengan harga murah? Susah benar nak cari yang murah. Ah~ rasa nak terbang pergi Pulau Langkawi sekarang juga. Tambah-tambah lagi  KLIA 2 dah mula nak beroperasi bulan depan  plus tiket Air Asia pula tengah murah ni; RM98 return, gatal betul tangan nak membeli tiket dan gatal betul kaki nak pergi merayap (sebenarnya saya nak 'test' KLIA 2 je). Huhu...

Ada ke orang Langkawi baca blog saya? Nak minta tolong beli dan pos nutella berdozen-dozen dekat saya boleh tak? Nak buat kuih raya ni.

Saya ada buat promotion untuk nutella pod ni sampai hari Khamis 10 April 2014. Jadi masih berbaki 4 hari lagi untuk tempah dengan harga yang lebih murah. Setakat hari ini dekat berpuluh kotak juga dah terjual. Alhamdulillah, ada kawan-kawan yang tolong promote. Kalau ada sesiapa yang hendak buat tempahan, boleh hantar email di butter.sugar@yahoo.com tapi kena self pick-up di Wisma Mah Sing sebab tuan tanah tak ada kenderaan masalahnya. Lagi satu, kepada yang ada instagram, bolehlah follow saya di buttersugarpoetry

Promotion period only, 10 pcs for RM13

100% Chocolate Nutella

Rich with chocolate flavor

Chocolate pod

Ready to go!