Saturday, November 15, 2014

Bersiaran dari Ho Chi Minh city

Pilot MAS merempit ke pilot Air Asia berhemah di udara raya(?). Padahal departure time dua-dua kapal terbang sama, 2.45 petang. Pilot Air Asia tu FO dia ada dua calit tang bahu. Tak tahu kenapa nak cerita tang FO tu. I wish I could see him too in his uniform tapi excuse apa nak naik Firefly. Tak da kerja nak pi Subang sana. Hmm..

Kena tinggal di airport sedikit sebanyak telah menimbulkan perasaan cuak. Mujur baca sikit info macamana dari airport hendak ke hotel. Bertambah cuak bila kakak just bagi nama hotel tanpa ada alamat. Plan asal nak join conference tour kakak tapi itulah, pilot MAS merempit laju. Awal MAS sampai dari Air Asia. Elok tiba dekat baggage claim, group kakak dah tak ada.

Ke hulu ke hilir naik turun floor mencari internet free sebab dah deal dengan kakak maklumat terkini via whatsapp. Sudahnya terpaksa beli internet simcard. Dalam duk cuak tu, hati cakap kat Korea boleh seorang-seorang, in shaa Allah dekat sini pun boleh. Selepas dapat berhubung balik dengan kakak barulah rasa calm sikit.

Tung tang tung tang, naik teksi Vinasun as per others recommendations, maka selamatlah tiba di Equatorial Hotel. Ingatkan pemandu Vinasun tu tak friendly sekali bila dah sampai hotel, dia senyum pula. Cuba senyum awal-awal sikit, tak ada la gabra beria takut kena bawa lari ke apa. Maka bermalas-malasan di hotel lobi selepas mengisi perut sebab kakak dengan conference group dia tengah layan puppet show sekarang ni. Isk.

Till then.