Friday, January 30, 2015

Angels

Angels laa sangat. Huhu...

Please excuse myself sat. Bukan selalu pun bragging pasal abang-abang oren.
Since abang oren is coming back next week.
Fangirling mode dah switch on.




Wednesday, January 28, 2015

Asam Pedas Untuk Dia

Baru lepas makan asam pedas sebab semalam marathon tengok drama TV3 tu; Asam Pedas Untuk Dia. Haha.... Pengaruh sungguh.

4-5 menjak ni cerita Korea dah tak boleh nak fokus sangat bila tengok, so cinta beralih arah ke drama Melayu pula. Rasa nak tepuk bahu sendiri tak percaya boleh layan drama Melayu yang tak sudah-sudah kahwin paksa, tak cinta tapi kahwin dan last-last suka juga.

Hari tu tengok Jika Itu Takdirku. Melekat pula sampai boleh marathon habiskan semua episod dalam 1 malam. Ish... Tapi cerita tu ok lagi. Tak ada kahwin paksa, kahwin bersyarat ke apa. Lagu-lagu dalam drama tu pun best. Ha... tu satu hal lagi. Sejak tengok drama Melayu ni, duk ulang 48 kali lagu-lagu Melayu OST tu dekat music player ni.

Err... sebenarnya nak cakap, TAK payahlah korang habiskan duit pi beli novel Asam Pedas Untuk Dia semata nak tahu ending cerita tu. Baik korang tengok je drama sebab macam lagi hidup, bersahaja dan kelakar. Dalam novel sama je macam novel-novel lain tu. Bosan pada aku la. Chop! Aku cakap macam ni sebab aku memang dah stop bertahun-tahun baca novel cintan-cintun ni. Jalan cerita sama semua.

Sebab duk gelak-gelak tengok drama Asam Pedas Untuk Dia semalam, aku pun terpengaruh dengan perasaan lalu terbeli yang version ebook punya which is much more cheaper dari novel bercetak tu, RM10.90. Konon tak sabar nak tunggu next episod sekali bila dah beli, dah baca sampai habis secara skip-skip aku rasa novel tu biasa je. Peace!

Tuesday, January 27, 2015

Beli Dulu, Kemudian Fikir. Jadi Kebiasaan.

Kalaulah boleh block Air Asia tu kan. Ish! Asyiklah melabur dekat depa walaupun tiket yang dibeli masih ada yang belum sampai tarikh untuk terbang pun. Dengan apa yang dah berlaku tahun lepas, masih lagi semangat beli tiket. Bila orang tanya, "Tak takut ke naik kapal terbang banyak-banyak kali?". Aku hanya boleh jawab kalau dah nak mati macam tu nak buat macam mana. Padahal dalam hati ni takut sapa tak takut.

Aku rasa dah jadi macam kebiasaan pula beli tiket Air Asia ni. Habit! Tapi bukan beli return ticket la. Selalunya aku jenis yang grab tiket sehala / one-way bawah RM300. Macam previous sale last year tu dapat tiket free seat plus minus RM95. Kemudian semalam jumpa pula tiket RM249. Haa... tiket-tiket macam ini la. Takkan nak tengok je kan tiket murah tu. Kucing nampak ikan mesti la dia ngap walaupun aku bukan kucing. Huhu.... Tapi still kena tengok timing sesuai ke tidak. Bukanlah main ngap terus.

Cheapskate memang gini. Maka kita apply kaedah beli dulu pergi tak pergi lain cerita. Kalau tak jadi pun tak ada ralat sangat. Alhamdulillah sampai hari ni masih tak ada yang burn begitu sahaja tapi wallahu'alam dengan trip-trip yang mendatang. Aku syak akan ada juga sekeping dua yang nak kena burn untuk tahun ni. Mana tau kut tak dapat nak apply cuti ke apa.

Lagi satu kalau boleh delete Korea tu dari peta dunia pun bagus juga. Aku ni macam dah tak ada tempat lain nak pi. Kalau check Air Asia mesti tengok harga tiket Seoul dulu. Tempat lain aku tak tengok sangat sebab takut nak pi seorang diri. Kalau pi Seoul confident sikit nak travel free and easy secara solo. Tapi... sebenarnya lepas kena tinggal dekat airport Saigon tahun lepas, aku rasa tak ada scary sangat cuma kena double triple alert dengan persekitaran sekeliling kita. Bila nak repeat Saigon ni?

Hari ni aku tak buka langsung website Air Asia takut nanti terbeli lagi. Nak kena simpan duit untuk trip yang akan datang. Kalau ada gigi emas ke, bulu roma emas ke....boleh la pi gadai untuk buat duit belanja masa travel. Aih...

Terbaca blog seorang blogger ni, dia kata kena sawan Air Asia. Aku nak gelak guling-guling sebab waktu tu aku baru tengah taip separuh jalan entri ni. Aku pun dah kena sawan juga mujur tak kritikal sampai terbeli.

Tuesday, January 20, 2015

Keisei Skyliner & Tokyo Subway Ticket (1-3 Days Pass)

Saja belek-belek info berkaitan pengangkutan awam di Tokyo ni. Tahun sudah bila baca blog yang berkisahkan trip ke Jepun terus jadi tercengang dan blur sebab tak dapat hendak bayangkan macamana subway diaorang. Banyak sangat line yang disebut-sebut. So harapan nak pergi Jepun secara solo juga macam tak ada dalam list, takut sesat.  Dekat Korea sesat masih lagi boleh cakap broken Korean. Kalau dekat Jepun nak cakap lagu mana? Hmm..

Dari sehari ke sehari secara tak berapa diligently maka studylah sikit-sikit biarcelik sikit mata. Sambil-sambil tu eyeing for cheapest ticket. Kalau bolehtak mahu beli JR Pass sebab mahal bergandakan. Lagi pun setakat nak ulang-alik dari Osaka-Kyoto-Tokyo je. Bukan nak pergi jauh-jauh pun.

So, nak tanya sapa-sapa yang dah berjaya menjejakkan kaki di kota metropolitan Tokyo tu...

Adakah possible kalau kita guna subway line (Toei Tokyo dan Metro Tokyo) sahaja semasa berada di Tokyo?

Adakah untung kalau beli tiket setiap kali kita hendak naik subway atau lebih jimat dan memudahkan kalau beli one-day pass contohnya Keisei Skyliner & Subway Ticket ni?



Keisei Skyliner ni sebab ada return tiket dari Narita Airport ke Ueno/Nappori Station. Selain tu tiket ni didatangkan dengan pilihan 1-3 day-pass. Berbaloi ke kalau guna tiket ni untuk tour di Tokyo?

Toei Subway dengan Metro Tokyo ni selalunya dalam satu bangunan atau berlainan? Dan bila nak tukar train tu kita kena prepare untuk bayar exchange station ke macamana?

Harap ada orang yang sudi share pengalaman dengan subway Tokyo ni.

Makin baca, makin pelik-pelik tiket yang available untuk dibeli. Huhu...


Sunday, January 18, 2015

Problem solved with Eastarjet.

Okey, macam desparados sangat nak register account Eastarjet. Ini adalah usaha terakhir cakap dengan diri sendiri. Kalau yang ini tak berhasil sah memang tak beli tiket Eastarjet. So sekarang ni since lepas kejadian service center tu saya just assume yang diorang ni memang tak ada service untuk English speakers. Geledah punya geledah jumpa account twitter Eastarjet. Buka kamus, taip sikit-sikit...copy paste banyak-banyak tweet kasi dekat diorang.

Dan.................... dan petang tu  dah boleh register account. What the fish with my RM200++  sebelum tu. I is crying inside. 

Friday, January 16, 2015

Double Ppffbtt... Eastarjet.

Alkisah sambungan pagi semalam, maka tengah hari tadi ada orang tu telah menjadi bijak cuba nak report case tak boleh register dengan Eastarjet. Orang tu telefon la nombor oversea yang tertera.

Hallu...... sudahlah kata untuk international tapi sekali yang dia duk membebel dalam bahasa tuk nenek dia dengan bahasa Jepun apa kes. Ige moji??! Habis acik guna bahasa omputih dekat sini camna ceritanya. Sepatah pun tak faham. Yang faham tang shipshio kat hujung-hujung ayat!!

Double pppffbtt... sebab masalah tak selesai pun. Masalah lagi satu muncul.... tak pasal kena bayaq 200++ sebab telefon oversea. What the fish sungguh la!! Otak acik berkedudukan di kepala lutut sekarang ini. Sangat pppbbtff... dkt Eastarjet dan diri sendiri yang bijak bestari.

Mohon ada sesiap yg sudi belikan tiket untuk saya tolong. Hahah...

Terpaksa tunggu Sale Jeju Air pula tengok lagi gempak ke tidak. Tak tak...bukan nak pergi Jeju pun. I need to go sumwhere else plus duit tak kepuk pun menanya.

Eastarjet Ppfft..

Percubaan berjuta kali untuk register account Eastarjet tapi percubaan adalah gagal! Tolong sat sapa-sapa yang dah berjaya register dan ada account depa. Saya nak check dan beli tiket. Lagu mana nak buat ni? Dekat siapa nak mohon belas kasihan a.k.a buat report?

Terima kasih.


Wednesday, January 14, 2015

My Pretty No.4 Couch Surfing Host, You Jung shii.

Marilah membuat major throwback. Bukan apa, teringat pula bila duk belek-belek gambar dekat Facebook.

Sepanjang dekat Korea hari tu, sempat couch surfing 4 kali; 1st CS, 2nd CS dan 3rd CS. Alhamdulillah semuanya ok tak ada masalah, dapat host yang tak ada kerenah pelik-pelik. Kesemua 4 host ialah berjantina perempuan. Wajibulghunnah! Nanti kalau berlainan jantina apa-apa jadi nanti sapa nak tanggung.

Agaknya bila dah banyak kali couch surfing, perasaan tak selasa secara automatik berubah. Dengan You Jung sshi ni saya rasa paling best sebab rumah dia tak ada sapa-sapa. You Jung menyewa seorang. Berbanding host yang lain mesti berdua dengan abang la, dengan boyfriend (Indonesian, lega jugalah sebab dapat bercakap guna bahasa serumpun) dan dengan housemate. Lagi satu macam boleh masuk sebab dia pun tengah menghitung hari nak pergi travel 3 bulan dekat France. 

Saya couch surfing di rumah You Jung selepas pulang dari Seoraksan. Kalau tak silap ingat, 2 malam di rumah dia. Siap ajak tinggal 1 malam lagi. Maka heret la beg dengan gigih ke rumah You Jung di Hyehwa, berdekatan dengan hospital dekat Hyehwa tu. You Jung ni nurse. Dia tak ada masalah hendak faham English tapi bila speaking tu kurang sikit katanya. Tapi bila exchange mails in English dia okay juga.

Waktu hari kejadian, sebab saya sampai Seoul awal, jadi terpaksalah menunggu di subway station. Siap sempat makan, sempat melawat tuan guesthouse first week... buatlah apa-apa yang patut nak mengisi masa. Bila hari dah gelap barulah dapat jumpa dia.

Sepanjang couch surfing dengan You Jung, ada la 3-4 tempat yang kami melawat; muzium sebab hujan so kena cari tempat bertutup , Bangsan market untuk beli barang-barang buat lilin sekali tutup kedainya hari Ahad, Gwajang market singgah beli ready made banchan, tempat yang jual alat elektrik tu apa entah namanya dll. Ada siap dia bawa dari Hyehwa tu berjalan kaki sampai ke Gwajang Market kemudian sampai ke Jongno. Dah berapa kilometer berjalan tak tahulah hari tu. Penat. Sejuk. Angin pula bertiup sakan hari Ahad tu. Tapi pengakhirannya kami balik rumah naik bas dan cancel plan nak pergi area Insadong . Sebelum balik rumah sempat berehat minum hot chocolate di Lotteria.

Di muzium dekat dengan palace yang ada wall cantik
sepanjang jalan yang dah tak ingat nama dan malas nak google.

Chocolate mould
Chocolate mould beli dekat Bangsan market. Harga tak ingatbtapi starting around 1000 won ke 2000 won. Corak dia comel-comel tapi tak pernah buat pun jadi tukun habuk atas alamari buku ni ha. Bangsan market ni tempat jual barang-barang untuk baking, packaging etc. Masa pergi sini ramai budak-budak perempuan beli biskut stick pepero sebab next week tu Pepero Day. Kalau tak was-was, rasa nak beli bawa balik sebab stick dia bukan haluih-haluih tapi besaq-besaq pensel kaler.

Dinner. Suka ikan bilis halus tu. Banchan yang beli
dekat market tadi. 

Gambar-gambar lain ada dalam folder malas nak punggah keluar. Yang ada sekeping dua ni dari dalam tab. Tulis post ni sebab teringat dekat You Jung. InshaAllah ada rezeki jumpa dengan dia awal musim bunga.

Monday, January 5, 2015

[Survey & Pre-Order] 3mm Thick Felt & Printed Felt

Assalamu'alaikum & salam sejahtera :)

Entri ni ditujukan khas buat crafters Malaysia yang mencari kain felt yang tebal atau 3mm thick felt.

Untuk permulaan, saya just nak survey dulu tengok ada permintaan banyak ataupun tidak. Saya pernah buka pre-order tahun 2013. Kalau masih ada permintaan untuk 3mm thick felt, saya bercadang hendak buka pre-order lagi untuk tahun 2015 inshaAllah.

Estimated date of 2015 pre-order inshaAllah bulan April atau bulan 5 ni.

Warna dan harga akan diupdate kemudian since price from supplier might be increasing compared to 2013.

Selain thick 3mm felt/ kain felt tebal, saya juga bercadang untuk buka pre-order printed felt dimana coraknya berbeza dari yang ada di pasaran Malaysia. Tapi just for early info, harga Korean printed felt adalah lebih mahal dari kain felt tebal.

Quality kain felt tebal inshaAllah terbaik dan elok. Saya sendiri pernah beli dan memang pergi tengok sendiri dekat kedai di Korea. Cuma ketebalan printed felt seperti kain felt yang boleh didapati di Malaysian.

Please spread this post and let your crafter friends know about this. In case mereka tercari-cari  kain felt tebal.

Ni ada ada beberapa gambar untuk kain felt tebal & printed felt yang saya beli untuk kegunaan sendiri. Memang tebal. Sesuai untuk buat passport cover, pencil case dll.







Thursday, January 1, 2015

안녕 그리고 안녕

Lompat bintang sebanyak 25 kali.
Abang oren is coming back soon.
2월 얼른 와 주세요!



Selamat datang 2015 selamat tinggal 2014
Selamat hunting for a new job
Selamat mengecilkan badan yang besaq
Selamat mentawaf new places

Semoga panjang umur sempat pergi umrah.