Sunday, February 28, 2016

Website Arukumachi Kyoto; Bus and Train Planner.

Cerita yang tertangguh hampir setahun lamanya. Tahun  lepas, waktu ni masih lagi sibuk pastikan segala maklumat perjalanan di Jepun lengkap-selengkap yang boleh memandangkan trip kali ini masih trip solo. Risau. Sebabnya satu sahaja, masalah bahasa. Walaupun pernah belajar bahasa Jepun kecil-kecil dulu tapi semuanya sudah melalui proses kendensasi, tersejat hilang tanpa sedar seiring dengan pertambahan usia.

Rindu sangat nak berjalan. Nak ke Korea tak lepas, nak ke Jepun apatah lagi. Tahun genap bukan tahun berjalan. Maka mereputlah selama setahun di Malaysia sementara menanti hadirnya 2017.

Tak mahu cerita pasal perjalanan di Jepun tu sangat pun. Banyak yang dah lupa cuma hendak berkongsi satu website atau aplikasi smartphone untuk yang hendak ke Kyoto. Tak pastilah ada yang dah tahu atau tak tapi aku kongsi jelah ya dekat sini. Website tu namanya ARUKUMACHI KYOTO Route Planner. Website yang paling best! Best sebab lengkap dengan segala informasi yang korang perlukan.

Dengan website ni nanti korang boleh check laluan bas, peta kawasan, bus stop, nama-nama bus stop, nombor bas yang korang kena naik dan lain-lain. Silalah check sendiri sebab memang dah lupa banyak pasal website ni.

Kepada yang nak ke Kyoto aku pasti korang mesti hendak naik bas yang guna tiket 500 yen sehari tu jekan, berjimat cermatkan kekdah dia kalau pi Jepun. Memang eloklah korang pi study website ni in shaa Allah settle segala urusan. Kalau sesat pun mungkin kesilapan teknikal yang kecil. Hahahaa... Sesat sekali je dekat Kyoto itu pun sebab salah naik bas ke macamana entah. Ikut instinct korang. Kalau rasa bukan tu sila double triple check ya.

Dekat Kyoto memang aku 100% naik bas. Jadi aku print screen siap-siap laluan yang aku nak guna dan simpan dalam tab incase internet tak ada ke apakan. Okey. Itu jelah kut untuk post kali ni. Rindu. Rindu. Rindu.