Monday, August 2, 2021

Rawak Ogos 2021

Pejam celik pejam celik  sudah setengah tahun berlalu untuk tahun 2021. Apa aje kejayaan yang dah dibuat sepanjang tempoh 8 bulan ni?

1- Berjaya jual 40 bungkus Premix Hotteok untuk dua bulan; Jun dan and Julai. Alhamdulillah.

2- Berjaya mengelim karipap dengan cantik dan berani pula terima tempahan. HAHAHA. Return feedback tidak mengecewakan.

3- Berjaya skipping 50 kali pagi tadi tapi ada rest time in between banyak kali. Bolehlah untuk permulaan.

Rawak. Tengah melipat baju dan menunggu website Shopee loading sebenarnya. Boleh pula tiba-tiba berhenti dan berblogging.

Relevan lagikah menulis blog untuk zaman sekarang ni? 



Sunday, January 5, 2020

Roti Telur Korean Style atau 계란빵 (Gyeran Ppang)

Selepas 10 tahun terjebak dengan dunia Kpop (2010), hujung tahun 2019 barulah berjaya menghasilkan gyeran ppang 계란빵 yang hampir sama texturenya dengan yang dijual di Korea.

Untuk memastikan semuanya okay, berkali-kali juga buat gyeran ppang ni. Alhamdulillah beberapa hari yang lepas di tahun baru 2020, berjaya keluarkan TEPUNG PREMIX HOTTEOK. Dengan harapan dapat memudahkan peminat makanan Korea untuk cuba membuatnya sendiri. Tidak perlu lagi bersusah payah mencari resepi. Tidak perlu lagi kecewa bila kejadian hotteok tidak seperti yang diangankan. In shaa Allah TEPUNG PREMIX HOTTEOK ini mudah.

Tepung Premix Korean Hotteok


Pandan Cheese Hotteok


Doh yang mudah handle

Crunchy chewy original hotteok

Saturday, March 5, 2016

이끌림 (Feat. 김고은) - 티어라이너 [치즈인더트랩 OST part 8]【Hangul/English】

Favorite song of 2016. Drama pun cuma ending kurang sikit tapi cerita dia best! Open ending tu yang frust banyak. LOL.




이끌림 (Feat. 김고은) - 티어라이너
Attraction (Feat. Kim Go Eun) - Tearline
(Cheese in the Trap / 치즈인더트랩 OST)

당신 가던 길을 가만 걸어봤어
내게 같은 의미일지 궁금해서다시 마음이 추워지는 밤이 오면모를 네 감정 같아서
문득 낯선 네 곁을 돌아봐네 옆의 나 나를 챙기는 너점점 익숙해져가는우리 마음처럼잘 그려지지가 않아
작은 한마디에 흔들리는나를 잡아주는 너라서모든 게 서툰 날따스히 대해준 너처음이라 어리숙한 날안아준 너라서
난 다시 멍해져먼지가 앉는다다시 먼지가 쌓인다아무도 기웃거리지 않는내 맘에 먼지가 앉는다
앞만 보며 달려오던 날잡아준 날 닮은 너네가 옆에 있어 맘이 놓여너의 웃는 모습에 나도 웃고 말아
가는 길에 기대감이오는 길에 허전함이쓸쓸함이더 오래 보고 싶어천천히 천천히너의 긴 그림자도 안아주고파
감싸주고파
안아주고파
갑자기 내 안에 들어와밥 먹자던 그 낯선 모를 시선에난 빠져들어



English Translation 


I try walking silently on the road you walked
I wonder if you thought like me
The night comes again when my heart is getting cold
Like your feelings
Suddenly and strangely you came to me
You was beside me and took care of me
Like our heart that becomes familiar with each other
I can't describe these feelings
With that one word
You held my trembling hand
I was unfamiliar with everything but you treated me warm
Firstly, you embraced me when I was naive
My mind went blank again
Dust was falling
And gradually filling up
It covered everything
Dust is falling in my heart
I looked ahead and ran to you
You embraced me, you were like me
When you stand by me, my heart feels relieved
Your appearance when you smile makes me laugh
On the road I am walking, I have expectations
On the way, I am going to is empty and lonely
I miss the old days more
Slowly and slowly
I wanna embrace your long shadow
Hold you tight
I wanna embrace you
Suddenly you came to me and asked me to eat with you
Your unfamiliar appearance and your eyes made me fall in love


Sunday, February 28, 2016

Website Arukumachi Kyoto; Bus and Train Planner.

Cerita yang tertangguh hampir setahun lamanya. Tahun  lepas, waktu ni masih lagi sibuk pastikan segala maklumat perjalanan di Jepun lengkap-selengkap yang boleh memandangkan trip kali ini masih trip solo. Risau. Sebabnya satu sahaja, masalah bahasa. Walaupun pernah belajar bahasa Jepun kecil-kecil dulu tapi semuanya sudah melalui proses kendensasi, tersejat hilang tanpa sedar seiring dengan pertambahan usia.

Rindu sangat nak berjalan. Nak ke Korea tak lepas, nak ke Jepun apatah lagi. Tahun genap bukan tahun berjalan. Maka mereputlah selama setahun di Malaysia sementara menanti hadirnya 2017.

Tak mahu cerita pasal perjalanan di Jepun tu sangat pun. Banyak yang dah lupa cuma hendak berkongsi satu website atau aplikasi smartphone untuk yang hendak ke Kyoto. Tak pastilah ada yang dah tahu atau tak tapi aku kongsi jelah ya dekat sini. Website tu namanya ARUKUMACHI KYOTO Route Planner. Website yang paling best! Best sebab lengkap dengan segala informasi yang korang perlukan.

Dengan website ni nanti korang boleh check laluan bas, peta kawasan, bus stop, nama-nama bus stop, nombor bas yang korang kena naik dan lain-lain. Silalah check sendiri sebab memang dah lupa banyak pasal website ni.

Kepada yang nak ke Kyoto aku pasti korang mesti hendak naik bas yang guna tiket 500 yen sehari tu jekan, berjimat cermatkan kekdah dia kalau pi Jepun. Memang eloklah korang pi study website ni in shaa Allah settle segala urusan. Kalau sesat pun mungkin kesilapan teknikal yang kecil. Hahahaa... Sesat sekali je dekat Kyoto itu pun sebab salah naik bas ke macamana entah. Ikut instinct korang. Kalau rasa bukan tu sila double triple check ya.

Dekat Kyoto memang aku 100% naik bas. Jadi aku print screen siap-siap laluan yang aku nak guna dan simpan dalam tab incase internet tak ada ke apakan. Okey. Itu jelah kut untuk post kali ni. Rindu. Rindu. Rindu.

Thursday, October 22, 2015

류 (Ryu) - 세월 (Years) [I Have a Lover OST [애인있어요 - SBS 주말드라마]

Duk layan cerita ni sekarang, 애인있어요. Dalam nak reduce anasir Korea dalam hidup, terjebak sekali lagi. Thanks la to Ji Jin Hee. Handsome gaban!! Aura lelaki 40+ tahun kah? Haish! Memang teringat dekat geng Gentleman's Dignity.


마음의 문을 닫고  바보처럼 살고 있어  사랑했던 기억은  가슴한켠에 잠궈둔채  수없이 많은 날들이  우리의 곁을 스쳐갔지만  그날처럼 이곳에  날 바라보는 네가 있어  멀리 헤어져 있어도  모든 게 변해가도  내 마음은 저 세월에 지지 않고  여기에 있어  처음으로 느꼈었던  그 설레임, 너의 미소  우린 그저 서로를  그토록 사랑했었는데  다시 만날 수 없어도  모든 게 달라져도  내 마음은 그 미소를 잊지 않고  그대로 있어  헤어진 시간마저  깊이 사랑했던 것처럼  마치 우리 처음 만난 것처럼  멀리 헤어져 있어도  모든 게 변해가도  내 마음은 저 세월에 지치지 않고  여기에 있어  다시 만날 수 없어도  모든 게 달라져도  내 마음은 그 미소를 잊지 못하고  그대로 있어

Monday, October 5, 2015

Kerja

Tengah ada hati dan semangat untuk kembali kerja 9-5 tapi tak ada pula yang panggil interview. Berpuluh-puluh dah apply masalahnya.

Sementara semangat tu ada,cepat-cepatlah orang panggil. Takut nanti semangat dibawa lalu angin, pergi tak jumpa jalan balik.

Aaaah. Rasa nak gila sekejap.

Saturday, September 26, 2015

Bucket List

Nak kata berlist sangat itu tidaklah. Sekadar buat catatan dekat blog yang suram sendu ni je. Orang kata kalau nak apa-apa tulis, cakap selalu, bayangkan inshaAllah mana tahu ada rezeki.

So, sejak empat lima hari ni sibuk la baca trip orang lain ke Melbourne dan Germany. Setakat hari ni itu dua negara yang ada dalam list nak cuba jejak tahun depan atau tahun tulat. Cukuplah asyik ke Korea je. Kalau repeat tu mesti bersebab samada teringat dekat makanan, kecantikan musim luruh atau nak jumpa kawan-kawan Korean. Cukup-cukuplah. Penat nak balas bila orang cakap "kahwin jelaaa dengan orang Korea". Boring. Agaknya kalau duk repeat pi Jerman, depa suruh kami "kahwin jelaaa dengan orang Jerman." Apa punya mentaliti kah ini? Hehe... tapi okey la juga dari Korean kan. Eh?

Tapi bila tengok budget mereka-meraka yang dah pergi sana rasa macam ada guruh sat. Mahal! Bulu roma mas takda nak gadai buat belanja. Apamacam?

Hendak tak hendak, kita berangan je dulu. Lepas tu study je pasal negara yang nak pi. Boleh la kayuh pelan-pelan buat itinerary.

So, hari ni 26 September 2015.  Tengoklah tahun bila boleh tercapai impian yang satu ni.


Sunday, September 20, 2015

My Pierre Herme-inspired Ispahan Cupcakes.

Dalam bahasa kampungnya cupcake rose (sirap) laici. Ini kira kali kedua try buat cupcake Ispahan ni baru menjadi. Itu pun guna resepi yang memang dah selalu guna. Just tweak mana-mana patut tadaaa menjadi pula.

Ispahan cupcake ni combination 3 flavors yakni rose, raspberry dan laici. Dalam kes saya, kek perasa rose, frosting pula raspberry cream cheese dan hiasa dengan sebiji laici.

Al-kisahnya terbaca satu buku pasal cupcakes dekat MPH minggu lepas. Hampir semua cupcakes dalam buku tu sama semua bahan-bahannya. SAMA!! I is like rugilah beli setakat resepi sama je. Yang lainnya dia tukar essence/ serbuk je. Kacang peas sungguh!

Berbekal petua tu la yang balik rumah godek-godek resipi in collection yang lebih kurang sama ja dengan buku tu. Jeng jen jeng I is senyum lebar. Buat pun sekejap je tak lama mana.

Berbaloi la pi kelas kek harga 300 ratus. Dapat resepi yang inshaAllah dijamin sedap lepas tu boleh ikut kretif masing-masing nak olah jadi macamana pun. So, kalau orang tak kongsi resepi tu faham-faham la kadang-kadang diorang ni bayar mahal nak dapatkan resepi and tips. (Dulu selalu juga hangin orang tak mau share resepi. Huhu..)






Saturday, August 15, 2015

Siapalah tahu.

Mungkin satu hari nanti dimasa hadapan akan jadi seperti mereka. Siapalah tahu. Kita berkeinginan tapi Allah lebih menginginkan kita kepada sesuatu yang lebih baik. Siapalah tahu. Kan. Berharap dan berdoa.

Dah berbulan-bulan balik dari Jepun, balik dari Korea. Mula-mula eksyen tak rindu lepas tu menggelupur rindu itu rindu ini. Tapi paling teruk kes rindu nak makan itu nak makan ini. Rindu nak makan soba dekat airport Kansai tu ha. Rindu tahap melampau maze soba dekat Asakusa. Mujur tak mengandung ke apa. Gila kalau mengandung lepas tu duk patplohlapan jam teringat soba tu. Kalau suami pilot aci la ikut suami pi kerja ke apa. Ini jangan harap pilot, bayang bakal suami pun tak nampak. Nak kena mandi bunga ke? Hahaha...ada kawan tu betul-betul pi mandi bunga sebab asyik putuih cinta ja. Tapi siapalah tahu sekali betul-betul kahwin dengan pilot. Sujud syukur patplohlapan kali.

Nak tulis trip pi Jepun haritu pun malas. Lagi satu sebenarnya takda line internet yang membanggakan hence biarlah tinggal dalm ingatan je. Tengokla kalau rajin. Siapalah tahu esok lusa datang rajin berdesup tulis cerita pasal pi Jepun. Agak nak kena tulis jugak la kut sebab nak kasi tau lelaki Jepun lagi handsome dari lelaki Korea. Whatthefish alasan ni.

Hahahaha... merapu sakan. Maklumlah lama tak menulis.

Fikir-fikir balik nak kena cari office job semula. Kerja 5-6 tahun lepas tu ambil another year gap pi travel. Kot boleh pi belah-belah Europe sana. Nak pi German rasa. Ke pi Australia sana. Repeat Jepun pi Akita pulak ka. Nak pi tempat yang ada kawan kenal je.

Haritu pi Korea terserempak dengan Cik Jari Manis tapi takda ambil gambar dengan dia. Tapi rasanya dia ada ambil satu gambar saya time mulut penuh makanan sorok dalam pipi. Nak minta gambar tu dekat dia tapi segan. Siapalah tahu kut-kut Cik Jari Manis mai singgah baca ka apa.

Aaahhh. Dah habis merapu. Bai.

Tuesday, March 17, 2015

Kevin Khoo.

Passenger to Stewardess: Hello Miss, just want to ask you ah, who and where is this Kevin Khoo ah? He seem to be a very busy man. Everyone is looking for him.

Stewardess: ?? Sorry, Kevin Khoo?? Not sure what you mean sir.

Passenger: You know Kevin Khoo la. Even the Captain is always looking for him… Kevin Khoo please be seated for take off… Kevin Khoo please return to your station… Kevin Khoo please disarm all doors… Kevin Khoo please be seated for landing. Aiyo! He’s so busy la. Why you all never help him one??



Stewardess: Sir, there are 5 of us Kevin Khoos on this flight. And it’s cabin crew... not Kevin Khoo!

Saturday, February 14, 2015

Fly Peach, Low Cost Carrier Japan (Valentine's Sale)



Ya, ramai dah yang selamat sampai Jepun tapi incase masih ada yang tengah susun itinerary untuk trip ke Jepun bolehlah ambil tahu pasal benda ni. Almaklumlah, haritu kan Air Asia bagi tiket murah beria. Kut la ada yang sangkut tiket repeat ke Jepun 2-3 keping kan. Hmm...

Fly Peach pun not bad juga diorang punya promotion/ sales price. Kalaulah ada yang nak jimat masa DAN jimat duit, boleh guna alternatif ni sebagai ganti beli JR Pass yang harganya plus minus hampir 1k tu. Sebelum-sebelum ni ada promotion return tiket Osaka Kansai ke Tokyo Narita dalam plus minus RM250. Kena rajin belek-belek la senang cerita. Macam new year hari tu tiket Osaka - Busan tak silap ialah 2,015 yen. Bila tambah tax semua baru plus minus 3500 yen. Dalam RM100 satu hala. Tak ke murah tu!!!! *Menangis keluar ayaq mata darah*

Ni sekarang tengah ada promotion sempena Valentine Days. Pi la terjah. Harga agak murah juga.



Ok, mungkin nanti ada yang cakap "Kami nak merasa naik shinkansen." Hmm... tak apa la kalau camtu bolehlah beli JR Pass. Tapi masih boleh naik shinkansen juga kalau tak guna JR Pass, contoh beli untuk route yang dekat-dekat macam Osaka ke Kyoto ke. Dapat juga merasa naik shinkansen dan dalam masa yang sama dapat jimat duit juga. Tapi ikut korang la nak beli apa pun. Cuma nak share pasal Fly Peach ni je.

Tuesday, February 3, 2015

SHINHWA's 12th 'WE'- 'MEMORY' Official Music Video

The awaited day is finally here!
Lompat bintang sebanyak 25 kali.

Abang-abang oren dah balik. Gagaga...
Tapi tolonglah... awat muka semua tak muka 30++ ni!?! Ish.

Suara Junjin ... part rapping tu ;)
Rapping part Eric & Andy :)

Suara Dongwan ;)
Minwoo.... Hyesung :)



Friday, January 30, 2015

Angels

Angels laa sangat. Huhu...

Please excuse myself sat. Bukan selalu pun bragging pasal abang-abang oren.
Since abang oren is coming back next week.
Fangirling mode dah switch on.




Wednesday, January 28, 2015

Asam Pedas Untuk Dia

Baru lepas makan asam pedas sebab semalam marathon tengok drama TV3 tu; Asam Pedas Untuk Dia. Haha.... Pengaruh sungguh.

4-5 menjak ni cerita Korea dah tak boleh nak fokus sangat bila tengok, so cinta beralih arah ke drama Melayu pula. Rasa nak tepuk bahu sendiri tak percaya boleh layan drama Melayu yang tak sudah-sudah kahwin paksa, tak cinta tapi kahwin dan last-last suka juga.

Hari tu tengok Jika Itu Takdirku. Melekat pula sampai boleh marathon habiskan semua episod dalam 1 malam. Ish... Tapi cerita tu ok lagi. Tak ada kahwin paksa, kahwin bersyarat ke apa. Lagu-lagu dalam drama tu pun best. Ha... tu satu hal lagi. Sejak tengok drama Melayu ni, duk ulang 48 kali lagu-lagu Melayu OST tu dekat music player ni.

Err... sebenarnya nak cakap, TAK payahlah korang habiskan duit pi beli novel Asam Pedas Untuk Dia semata nak tahu ending cerita tu. Baik korang tengok je drama sebab macam lagi hidup, bersahaja dan kelakar. Dalam novel sama je macam novel-novel lain tu. Bosan pada aku la. Chop! Aku cakap macam ni sebab aku memang dah stop bertahun-tahun baca novel cintan-cintun ni. Jalan cerita sama semua.

Sebab duk gelak-gelak tengok drama Asam Pedas Untuk Dia semalam, aku pun terpengaruh dengan perasaan lalu terbeli yang version ebook punya which is much more cheaper dari novel bercetak tu, RM10.90. Konon tak sabar nak tunggu next episod sekali bila dah beli, dah baca sampai habis secara skip-skip aku rasa novel tu biasa je. Peace!