Sunday, March 3, 2013

Korean learning log

Saya bukan orang yang rajin belajar tambah-tambah kalau self-study. Memang ikut suka hati, ikut mood la jawabnya. Kalau ikut mood, sebelum tidur 5 minit tu baru sibuk-sibuk hendak buka buku belajar. Bagusnya belajar sebelum tidur itu ialah bila bangun esok terus teringat apa yang kita baca sebelum tidur semalam. Bila jadi macam tu, baru best. Nampak apa yang kita baca tu lekat dalam kepala otak :)

Selalu bila bangun tidur mesti semangat nak guna bahasa Korea. Hari-hari pulak tu, entah kenapa time itulah otak paling excited nak guna bahasa Korea. Tapi saya tulis ayat yang sederhana pendek sajalah. Ayat yang complicated tak lepas lagi. Grammar pun tunggang terbalik lagi. 

4 tahun sebenarnya kalau bersungguh-sungguh rasanya dah boleh ambil TOPIK tapi... tak bersungguh masalahnya. Belajar ikut suka. Memang tak boleh self-study. Kena pergi kelas baru berdisiplin sikit.

Hari ni hari Ahad. Selalu hari Ahad hari untuk belajar. Tapi selalu belajar 5 minit end up marathon K-drama. Huhu... Okeylah tu kan sambil tengok sambil asah skill listening (alasan).

Jadi hari ni nak mula buat Korean learning log inspired by Hangukdrama and Korean. Kadang-kadang baca artikel online tapi malas nak tulis, jadi dengan adanya learning log ni bolehlah buat link terus. Nanti senang nak track balik.

1 comment:

  1. Wah kaedah kita sama. Aku suka 'study' before tidur. Esok pagi duk ulang. Suka study sambil dengar lagu & tengok lirik. Lebih cepat masuk kononnye.

    ReplyDelete