Thursday, December 1, 2011

Cabaran 30: Hari 1: Hari Mula

Scroll dari bawah sampai atas, mata saya tertangkap sesuatu. Selama-lama berblogging ni, setiap tahun tak pernah saya menulis sampai post mencecah angka ratusan. Semalam, ketika mengepost Wordless Wednesday, tiba-tiba terlintas pulak hendak mencukupkan post tahun ini ke angka seratus. Kira okey apa kerna semalam ialah post bernombor 71. Wee!~~ Adalah can nak capai seratus tapi dengan syarat bulan Disember kena menulis tiap-tiap hari tanpa ada kes mencuri tulang melampaui batas.

Oleh yang demikian, Cabaran 30 Hari pun TERwujud dek kesemangatan tuan punya blog. Semangat hape tak tahu lah saya. Dapat hadiah ke tulis banyak-banyak ni? Tapi bulan Disember ada 31 hari.

Err.. mahu pergi memasak. Kemudian mahu pergi Carrefour mengepos barang. Kemudian mahu pulang semula ke rumah dan melakukan sesuatu yang PENTING!

Wassalam.

Wednesday, November 30, 2011

Monday, November 28, 2011

Encik Semangat

Err, sudah hendak masuk tidur sebenarnya saya ini. Tetapi merasa agak kecewa dengan prestasi diri kerana tidak berjaya menulis karangan untuk minggu lepas walaupun banyak benda berjaya diterokai untuk kepuasan diri.

Baiklah, sudah berjaya mencari kembali semangat yang hilang ke laut selama beberapa bulan ini. Alhamdulillah. Err, sebab Tahun Baru ke? I don't think so. Kerana semangat itu muncul secara tiba-tiba beberapa minggu yang lepas. Cuma keadaan semakin men-semangat-kan mulai minggu lepas. Lagipun, rasanya tak banyak azam baru tahun baru ni, cuma ada laa dua tiga ketul azam baru. Yang lain semuanya recycle azam-azam zaman dinasour dulu kala. Salam Maal Hijrah 1433 H!~

Kepada sesiapa yang bernasib baik, mungkin pernah terbaca karangan saya dimana beberapa point yang ingin dicapai telah saya senaraikan di sini. Er, tetapi karangan itu telah ditarik balik penyertaannya atas sebab-sebab tertentu. Huhu...

Dalam senarai tersebut, dua perkara telah saya laksanakan. Semuanya in progress. Alhamdulillah. Perkara satu langsung tidak memerlukan saya mengeluarkan duit hatta sesen pun manakala perkara dua telah menyebabkan poket saya kosong. Huhu. Pejam mata sajalah labu!~~

Semoga Encik Semangat tidak minta 'putus' dengan saya. Saya sedang mula berusaha melaksanakan / mencapai point-point yang telah saya senaraikan. Semoga akan ada berita gembira dengan usaha-usaha saya itu.

Bila ada kelapangan dan kerajinan, InsyaAllah saya cuba tulis semula senarai tersebut.

Wassalam.