Showing posts with label subway in Seoul. Show all posts
Showing posts with label subway in Seoul. Show all posts

Friday, March 28, 2014

23rd October 2013 - Part 2: English Village Gyeonggi-do, "I am getting married next year" & Ajushii

Selesai makan, cadangnya nak balik semula ke Seoul. Tapi saya belum singgah kelas dalam cerita Boys Over Flower lagi. Dah alang-alang sampai, rugi pula tak pergi tengok. Pernah tengok drama BOF tapi tak ingat tengok sampai habis ke tidak. Rasa macam tak habis tengok sebab pelakon 'jambu' sangat. Sebab itulah saya suka ajushiideul. Tak jambu. Huhu...

Ok,saya pun sambung jalan-jalan dekat dalam English Village sambil cari bangunan tempat shooting BOF. Barulah  saya tahu ada sekolah rupanya dalam English Village ni. Bukan main gah lagi sekolah diaorang. Sapa tak nak duk asrama kalau sekolah macam gitu gaya. Cuak pula masuk dalam bangunan tu sebab waktu kelaskan.



Bila dah masuk dalam kelas BOF tu dia punya perasaan macam ni, "Ceh, macam ni je ke?". Huhu... Kelas BOF dah tak terjaga. Bersepah sikit. Almaklumlah, drama BOF tu zaman bila punya cerita.

The heroes


Gambar ni buat terasa diri ni macam fanatik sangat ke Jun Pyo. Tidaaaaaak!



Piano ni ada apa-apa memorable events ke dalam BOF?


Di suatu sudut, bersepah dengan alat muzik. Tengah ambil gambar, ada cikgu sekolah masuk. Malu sekejap. 


Malaysia disitu! Tak payah nak oppa sangat yo! Adoi....


Oh, tengah menaip ayat dekat atas baru saya teringat yang saya beria-ria pergi sana bukan sebab BOF tapi sebab ada perkataan SHINHWA. Tak dapat jumpa ajushiideul dapat tengok nama pun jadilah. Fangirling mode on.


Selesai ambil gambar, saya pun beransur. Sempat round kawasan luar English Village sekali lagi sebelum pulang semula ke Seoul. 




Tanpa bayangan pokok

Percubaan yang ke-XXX bergambar dengan pokok cantik. Letih dah muka tu














Untuk balik semula ke subway saya naik bas. Lama juga menunggu bas. Bas akan berhenti di stesyen bas - perhentian terakhir. Kemudian dari stesyen bas kena menapak ke subway. Tak jauh mana. Perjalanan ke sana akan lalu pekan kecil. Bolehlah tengok suasana pekan di Korea; ajumma jual sayur-sayuran di kaki lima kedai, budak-budak sekolah pulang dari sekolah etc. Tengah syok melenggang kangkung, tiba-tiba saya terdengar bunyi orang marah-marah. Di seberang jalan ternampak seorang ajushii bergaduh dengan seorang budak sekolah. Mungkin mabuk. Being an 'alien' dekat situ, apalagi langkah kaki ni dipercepatkan. Takut jadi sasaran pula. Ajushii siap bawa batang kayu nak perambat budak tu. Fuh...



Kemudian di Yongmun station ada pula kejadian 'kelakar'. Ada seorang ajushii bercoat kemas menegur saya dengan bahasa Inggeris sewaktu saya berjalan menuju ke escalator. Saya ingatkan beliau tegur sekadar untuk berbasa-basi dengan pelancong tetapi semakin menjadi-jadi pula beliau berborak. Dari cerita diri sendiri sampai ke perihal kawan beliau bercerita. Katanya kawan beliau sudah bercerai tapi tiada anak, si kawan tinggal sendirian, si kawan belajar di Hanyang University, si kawan pernah ke Kuala Lumpur long time ago dan tiba-tiba... seolah ada guruh petir semua apabila beliau mengajak saya ke rumah si kawan tadi. Ewah ewah ini sudah lain macam. Setakat ajak dimulut, tak naik kaki tangan tak apa, ini siap nak letak tangan atas bahu saya. Acik sudah mula kecut perut. Beliau cakap nak kenalkan dengan si kawan tadi. Adoi... kalau nak kenalkan dengan family ke lain ceritala. Masa itu saya mulalah bagi alasan cakap dah ada janji dengan kawan Korean di Seoul. Tapi ajushii masih insist juga ajak pergi rumah si kawan. Saya non-stop cakap tak boleh. Akhirnya beliau tanya soalan cepumas, "Do you have husband?" Hmm... nak tunjuk cincin dekat jari, cincin tak ada. Sudahnya saya cakap " I am engaged. I am getting married next year." Huhu... Barulah ajushii tu lepaskan saya balik. Fuh... Lain kali travel solo saya nak pakai cincin penuh jari. Senang nak tunjuk bukti nanti. Huhuh.... Ajushii~ ajushii~ Ajushii dah berjaya tambah 'perisa' dalam cerita 50 hari saya di Korea :) Terima kasih. Abes, nak kena mula cari calon suami dah ke ni? 

Selamat dari ajushii, maka pulanglah saya ke Seoul. Nak tergelak sepanjang perjalanan pulang bila teringatkan ajushii tadi. Dalam train pula, jadi perhatian ajumma-ajumma. Tanya dari mana, umur berapa, buat apa. Last-last dapat epal sebiji siap nak bagi pinjam pisau potong buah. Hahah.. Adoi. Baik sungguhlah mereka ni. Kenangan... kenangan...

Thursday, January 9, 2014

Banana vending machine

On the way back 'home'...

Can we have one like this in M'sia? Huhu..

Packaging pun bukan calang-calang, menarik.

Menarik kan? :) Tersenyum jugalah first time tengok machine ni dekat subway. Rasa macam kelakar pula. Yang ini jumpa dekat subway Hongik University  Exit 6 kalau tak silap.

Sunday, December 8, 2013

[Part I] 03 Oct 2013 - Herb Island, Pocheon-si, Gyeonggi-do

Bila dah hari-hari berjalan, momentum untuk bangun awal semuanya ke laut. Bangunlah awal macamana pun tapi akhirnya paling awal keluar dari guesthouse ialah pukul 10.00 pagi. Penat. Penat berjalan. Itu baru berjalan siang, malam memang tak keluar sangat.

Hari ni public holiday dekat Korea. Mestilah semua tempat penuh dengan rakyat-rakyat diorang. Okey, hari ni kami keluar dari Seoul. Ingatkan sebab jauh taklah ramai orang, sekali silap, ramai juga tapi masih boleh tolerate lagi. Kalau Nami Island mesti lagi maha dasyat.

Hari ni kami ke Herb Island, Pocheon-si, Gyeonggi-do. Perjalanan nak ke sana kalau tak silap hampir satu jam lebih termasuklah menunggu train dan bas semua ( Ke dua jam? Lupa). Sejak tengok gambar kawan pergi sana 2 tahun lepas, terus pasang angan-angan nak ke sana. Cantik tempatnya.

Dari Hyehwa Station kami ke Soyosan Station, Line 1, Dark Blue Line. Kami tukar train di Chang-dong Station. Dekat sini tricky sikit sebab ada banyak train yang lalu dekat landasan yang sama tapi hentian terakhir bukan Soyosan. Salah naik train alamatnya kena guna cara lain nak ke sana. Sebab ada kes blogger Cina ni salah naik train dan berhenti dekat Uijeongbu. Alhamdulillah sepanjang dekat sana, tak ada kejadian sesat barat. Alhamdulillah!



Sila pastikan board bertulis macam ni baru naik
untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku
Lama jugalah kami menunggu train untuk ke Soyosan dan 3-4 train juga yang lalu dipandang sepi sebab dalam kepala dah set kalau tak ada tulis Soyosan dekat badan train tu, bukanlah jawabnya. Dalam duk menunggu tu kawan-kawan yang lain sempat bersembang dengan seorang foreigner dari Filipina agaknya. Dia kahwin dengan orang Korea. Saya tak dan nak join sebab fokus ke train, takut tersilap dan terlepas.

Orang baik demam excited nak pergi jalan.
Ramai sangat!! *geleng kepala tengok*
Soyosan Station. Tunggu bas untuk ke Herb Island
di seberang jalan
Bas untuk ke Samjeongri Herb Island.
Herb Island dekat last stop (dalam kotak merah tu)
Punyalah rajin pakcik makcik berusia dekat sana keluar beriadah
Lama benar nak menunggu bas ke Herb Island. Berdiri, bangun, jalan, duduk, termenung semua ada. Rasa nak mengamuk pun ya juga tapi nak mengamuk ke sapa pun tak tahu. Huhu.. Kita ni sudahlah nak jimat masa. Masing-masing berangin je. So kalau nak ke Herb Island sila keluar awal pagi.


Sawah padi?

Pemandangan-pemandangan dari dalam bas. Cantikkan. Langit dia biru sungguh. Subhanallah, cantik!

Sampai!!
Bila dah sampai tu rasa lega sangat tapi part yang tak best tu tang nak mendaki bukit sikit untuk sampai naik atas. Mengah! Hilang nyawa mendaki! Tapi serius, pemandangan dekat atas tu memang cantik. Perasaan nak marah tadi hilang terus bila tengok tempat ni.





Siap ada bilik-bilik kecil ikut theme lagi

Serius tempat ni cantik sangat; bangunan, pokok, bunga-bungaan yang pelbagai warna. Memang ambil gambar tak henti-henti. Cuaca pula memang cerah sepanjang hari. Alhamdulillah.


Interior dalam salah satu bangunan dekat Herb Island.
Poskad
Boleh beli souvenirs dekat sini; calendar, bag, poskad etc
.... bersambung. 

p/s: Sebab banyak sangat gambar, saya buat dua part.