Showing posts with label Malaysia Airlines. Show all posts
Showing posts with label Malaysia Airlines. Show all posts

Tuesday, November 1, 2011

Jemput Makan!


Kobek-kobek folder gambar camera2 yang bersusun tu, terjumpa pula gambar ni. Pagi-pagi buta macam ni, bila tengok makanan je, semestinya lapar. Tapi apakan daya, pekena milo ais secawan besar sajalah yang terdaya.

Semua yang ada dalam gambar tu saya makan licin, habis! Ops, kimchi je yang tak licin. Dah paksa tekak makan kimchi tapi tak boleh nak pi jugak. Makan cuma tapi tak boleh nak jadi favourite food. Disebabkan pagi tu saya tak sempat breakfast, laparlah jawabnya! Nak menunggu MAS tolak troli makanan tu dah pukul berapa.

Mujurlah saya pilih nasi dari mee sebab ada sorang mamat Korea tu siap minta nak tukar nasi. Confirm mee tak sedap!. Hehe... Mana taknya, makan nasi ada ayam berkuah siap sepeket kimchi lagi. Mee tu saya tengok dari jauh pun macam tak sedap, keras kejung. Puding je tak sempat rasa. Balik :0c2: lupa nak simpan dalam peti ais.

Flight balik Malaysia pukul 11.00 pagi seingat saya. Ke 11.30 pagi?? Sudahlah lewat sejam gara-gara tak tukar jam ke time Korea. Kesian pakcik driver yang tunggu dekat lobi hotel. Sepatutnya kami kena bergerak dari hotel ke Incheon Airport pukul 7.00 pagi tapi disebabkan jam saya yang lewat sejam tu (waktu Malaysia), saya turun waktu tu dah nak dekat pukul 8.00 pagi. Padanlah muka pakcik tu macam masam sikit. Hehe... Bukan main berangan malam sebelum nak ambil gambar dekat taman depan hotel konon, gambar ke mana, berangan kemana. Yang pasti sepanjang perjalanan nak ke airport rasa bersalah dengan ahjosshi. Lepas tu cuak sebab takut kena tinggal kapal terbang :0s2:. HAHA...

Moral of the story, silalah tukar jam anda ke waktu yang sepatutnya.

Monday, February 7, 2011

Hello Seoul, Korea ^^

Salam.

Sudah dua minggu lebih, mood untuk menulis baru menjelma. Mulanya saya rasa nak letak gambar sahaja tapi rugi pula kalau tak menulis sepatah lima patah kata. Pada saya, ini adalah salah satu event penting dalam hidup saya. Maaf sebab campur adukkan blog ini dengan kisah peribadi.

Hadiah yang saya menangi ialah 3 days trip to Korea *here*. Baiklah sangat sekejap tapi tak apa jangan nak demand lebih-lebih sangat. Hadiah ya. Hadiah. Kalau nak lama-lama sila taja diri sendiri. Saya sudah cukup bersyukur sangat-sangat dapat menjejakkan kaki ke Korea seawal ini. Cadangnya hujung tahun nak bercuti ke sana. Alhamdulillah, rezeki.

Kisah-kisah sebelum nak pergi banyak juga tapi tengoklah mungkin boleh selitkan sikit-sikit. Hehe...

Flight saya dijadualkan pada 23 Januari 2011 pukul 11.00 malam, pesawat Malaysia Airlines. Seminggu sebelum ke sana, saya baru mula nak packing, beli insurance (Saya beli travel insurance dari Maybank sahaja. Senang sebab terus beli melalui maybank2u), pinjam baju 'belon', check information about KLIA Ekspress, etc.... Dua minggu sebelum pulak baru sibuk contact Wisma Putra minta mereka verify contest yang saya menang dan juga orang-orang yang terlibat. Oh, lagi satu pagi Ahad tu pun saya sempat jahit beg untuk pakai dekat sana. Terkocoh-kocoh jugalah padahal nak perginya hanya 2 hari. Kalau bukan winter, sudah pasti lepak je kemas baju tapi disebabkan winter, kenalah prepare jugak. Takut badan terkejut tak dapat nak adapt, payah juga. Sampai kesudah macam tak percaya nak ke Korea.

Sebelum ke KL Sentral, sempat singgah money changer. First gaji memang saya tak joli sakan. Saya simpan untuk shopping dekat sana. Memang last minute punya kerja, pukul 8.00 malam dah waktu tu. Dekat 200,000 won juga saya tukar. Dalam kereta nak ke KL Sentral, macam biasalah. Pesanan 'penaja' memang banyak. Hehe... Iyakan saja. Emak dengan abang yang hantar. Sebaik sampai dekat KL Sentral, terus beli tiket KLIA Ekspress dekat kaunter sebab percubaan nak membeli online tidak berjaya. Kalau tak ada tiket, tak boleh check-in dekat KL Sentral. Tak sure pukul berapa, saya naik train terus ke KLIA. Sempatlah makan nuggets McDonald sebelum masuk gate.

Hehehe... bahagian ni tak ada gambar. Yang ada cumalah memori saya sahaja. Senyum. Elok saya lepas gate check barang dan badan, jalan 2-3 langkah, pandang depan... salah satu angan-angan tercapai. Saya dah cakap saya punya impian berderet. Saya nampak Korean badminton players, Park Sunghwan dan teammates yang tidak diketahui nama mereka. Tak terkata apa. Confirmlah diorang satu flight dengan saya. Nak mintak bergambar, segan. Saya pun jalan terus sambil tertoleh-toleh memandang ke belakang. Oh, kalau nak tahu, saya peminat sukan badminton. Hehe... Petang tu kan Malaysia Open.

Sementara menunggu boarding gate dibuka, saya duduk, pandang kiri kanan. Orang Korea semuanya. Rasanya saya sorang je Melayu tapi perasan waktu dalam flight ada Indonesian. Tunggu punya tunggu sampailah seorang demi seorang pemain badminton China dan Korea lalu depan mata. Tunggu jugalah kut-kut Lee Chong Wei naik MAS ke. Tak ada la pulak. Serious memang Dream Comes True betul. Tak sangka dapat jumpa juga akhirnya. Bao Chunlai, Chen Long, Wang Yihan, Park Sunghwan, Lee Hyun Il, Ko Sung Hyun, Yoo Yeon Seong etc. Ramai!! Kalau nak tulis, berbaris-baris pulak nanti. Paling berbeza sekali rasanya Lee Hyun Il, dengan seluar pendek paras lutut, rambut serabai-serabai. Hurmm... Kenangan-kenangan. Ralat satu jelah sebab saya tak berani nak tegur minta ambil gambar bersama. Jadi sekarang ni, tips untuk bertemu dengan badminton players ni ialah beli tiket kapal terbang ke negara next tournament. Hehe... Tahun depan boleh cuba, mungkin.

Alhamdulillah, sepanjang perjalanan lebih 6 jam, tak ada masalah apa-apa. Cuma kematu punggung duduk lama sangat dan sejuk. Layanan MAS pun okey. Makanan pun okey. Tak ingat makan apa dalam flight tapi ni ada sekeping gambar makanan. Gelap sebab tak guna flash. Ada Ma'thurat tepi tu sebab beg letak dekat kaki.


Sampai dekat Incheon Airport lebih kurang pukul 6.oo lebih, pagi. Sambil jalan sorang-sorang padang kiri kanan, Allah... tak percaya dah jejak Korea.


Punyalah slow jalan sampai tersaing jalan dengan Chen Long. Lepas tu saya kena tinggal dekat belakang sebab dia potong. Hehe.... Sampai dekat immigration counter pulak, tertanya-tanya dekat mana counter untuk foreigner sambil saing jalan dengan Bao Chunlai. Punyalah tinggi apek ni. Saya adalah tinggi lebih sikit dada dia je kut. Ke bahu? Macam tinggi lagi je dia. Hurmm...

Settle immigration, saya menuju ke conveyor 10 untuk ambil luggage. Hehe.... Sementara menunggu luggage, saya nampak Lee Chong Wei dan Taufik Hidayat. Mereka pun tengah tunggu luggage. Adalah seorang dua yang ambil gambar dengan mereka. Saya pulak.... punyalah jauh nak jumpa pemain Malaysia sendiri sampai ke Korea sana.

Settle hal bag saya terus keluar. Melilau jugalah mata saya mencari nama sendiri. Tak nampak!! Saya cuak dah. Pusing-pusing last-last nampak juga nama sendiri. Alhamdulillah. Lega. Pemenang lagi satu dah sampai awal sikit dari saya. Cadangnya nak rent handphone dekat airport tapi kena ada credit card. Kalau bayar deposit sangatlah mahal. Sangat! Maka saya pun cancel nak rent handphone.

Sebaik sahaja melangkah keluar dari Incheon Airport, sejuk! Waktu tu -8 degree celcius. Incheon is snowing. Tak lebat sangat snowingnya tapi, saya speechless. Subhanallah! Beautiful! Everywhere is in white, covered with snow. First time, real snow! Jakun? Sikitlah. Hahaha.... Adalah dalam 15 minutes menunggu van tour agency di tepi jalan sambil menikmati pemandangan pagi bersalji di Incheon.

Kemudian kami terus ke Seoul untuk check-in hotel. Saya mengantuk tapi terasa sayang nak lelapkan mata. Sepanjang jalan mata saya memandang keluar. I'm in Seoul, finally!!!

Matahari baru nak naik. Sunrise ~

Snow!! Everywhere ~

First day trip akan bersambung dalam next entry, InsyaAllah.

Wassalam.