Showing posts with label Winter Trip to Korea South Korea. Show all posts
Showing posts with label Winter Trip to Korea South Korea. Show all posts

Thursday, February 2, 2012

Buai laju-laju sampai....

Sementara menunggu Maghrib, kerjanya membelek gambar-gambar di Seoul, Korea zaman tok kaduk dulu kala. HEHE.... Saja, rindu. Bila baca tweet sana sini, FB sana sini cakap hari ini cuaca -16 /-17 degree celcius, itu yang teringat balik tu.

Perasan kecil main buaian. Rasanya buaian ini untuk main secara berdiri ala-ala Princess' Man tu. Bukan duduk tapi sebelum ada yang jatuh tergolek gedebuk, baiklah bersuka secara sederhana sahaja.

Weee!~~

Yeay!~~




Tuesday, January 24, 2012

Setahun! - Winter Trip, South Korea

Sambungan cerita ini. Lama benar jadi pekasam.


Hari ini genap setahun kisah Mimpi. Setahun berlalu tapi ceritanya tak pernah luput dari memori.


Tahun ni katanya kurang snowing. Tapi tadi dekat twitter ada seorang dua yang tweet sekarang ni tengah snowing heavily. Err....

Ingat lagi, time ni saya dah selamat 'pengsan' dekat dalam bilik hotel. Cadangnya nak jumpa penpal dekat Myeongdong sekali tak jadi sebabnya tak berjaya cari jalan ke subway, Station Chungmuro. Padahal station tu dekat je dengan hotel. Kalau siang mungkin kami redah tapi ini malam, takutlah juga. Sudahlah malam, sejuk pula. Kesian penpal sebab dia dah tunggu dekat Myeongdong. Akhirnya memang balik bilik  tidur, charge bateri untuk hari esok. Serius tidur nyenyak habis, tak ada perasaan takut langsung. Huhu...Sudahlah bilik besar, katil queen tidur pula seorang. Golek sakan. Tapi....

Nak jadi cerita, tengah-tengah tidur terbangun sebab katil sejuk sangat. Selimut tebal pun tak jalan sebab kain cadar tu yang sejuk. Sudahlah kaki sakit sebab gigih berjalan, bila kena cadar sejuk... seolah-olah macam ngilu pula. Jadi tengah-tengah tidur tu boleh bangun pakai stokin dan turun tidur atas lantai sebab lantai panas. HAHAHA... Dah cuba kobek-kobek alat pemanas tu tapi tak berjaya naikkan suhu bilik. Itu yang pasrah tidur atas lantai. Mujur nyenyak juga tidurnya walaupun atas lantai. Kenangan~~ kenangan~~


Malam di Seoul


Putih... putih... Pagi di Seoul

Bilik yang lengkap dengan segala macam kemudahan.
Mesin basuh, peti ais, dapur, televisyen.

Campak-campak je semua atas kerusi.
Gambar ni diambil pagi hari nak balik Malaysia.

Gambar katil sejuk tak ada kah? Katil nan ado... Gambar pintu ada laa...

 Pintu yang tak pakai kad.Err... dia pakai apa entah. 
Macam guna sensor je kena letak dekat tempat bulat tu.


Selamat tinggal ^^

Wednesday, November 16, 2011

Words Wednesday ^__^

Okay, semua orang duk pakat Wordless Wednesday memanjang bila tiba hari Rabu :face25:. Oh kenapa tidak buat sahaja Rahsia Rabu. Maka apabila tiba sahaja hari Rabu, bolehlah kita pakat beramai-ramai seluruh alam berkongsi rahsia yang tak berapa nak rahsia sangat. Yang sungguh-sungguh rahsia biar pecah diperut jangan pecah dihujung jari (??) :face63:

Atau mungkin juga kita boleh buat Rindu Rabu :face44:. Contoh aktiviti Rindu Rabu adalah seperti menulis surat untuk kekasih yang dirindui, surat untuk ibu bapa yang jauh dimata tetapi dekat dihati dan sebagainya. Kiranya setiap hari Rabu jer, kita tulis surat. Cuba bayangkan kalau tiap-tiap minggu kita tulis surat, setahun sudah berapa keping surat kita tulis kan. Selain dari meluahkan perasaan sayang, bolehlah juga kita praktis menulis karangan Bahasa Melayu atau paling tidak pun boleh mempopularkan kembali aktiviti surat-menyurat yang dah tenggelam dek arus pembangunan moden. (Aik? Bukan main lagi ayat).

Bagaimana idea saya, bernas? Tidak? :face71:

Sebab tajuk yang saya pilih hari ini ialah 'Words Wednesday', makanya saya harus menulis sebanyak perkataan yang boleh hari ini. Hohoooho... aktif sedikit hari ini memandangkan telah menikmati makan tengah hari di jam 10.30 pagi, pagi tadi.

Bukan apa, sebenarnya nak kongsi gambar ini saja. Bila tenung-tenung balik, kelakar pula rasanya. Entah kelakar tang mana pun cheq tak tau. Mungkinkah kerana lelaki yang didalam bulatan itu atau mungkinkah yang membuat simbol keamanan a.k.a peace itu. Huhu...

:7l2: Seem like Yesterday :3j2: :7k2:

Err... layak tidak gambar ni nak masuk bertanding? Part ni yang paling serius sekali untuk entry kali ni. Yang atas-atas tu, mukaddimah sahaja :face4:. Hehe...

Oh, ini sebenarnya pekerjaan jejaka-jejaka bermata sepet itu sebelum dikerah mengambil gambar dengan pelancong kagum seperti saya. Hoh, kagumlah kalau dah tengok persmbahan pusing-pusing macam pendekar keris hitam (??).

Tuesday, November 1, 2011

Jemput Makan!


Kobek-kobek folder gambar camera2 yang bersusun tu, terjumpa pula gambar ni. Pagi-pagi buta macam ni, bila tengok makanan je, semestinya lapar. Tapi apakan daya, pekena milo ais secawan besar sajalah yang terdaya.

Semua yang ada dalam gambar tu saya makan licin, habis! Ops, kimchi je yang tak licin. Dah paksa tekak makan kimchi tapi tak boleh nak pi jugak. Makan cuma tapi tak boleh nak jadi favourite food. Disebabkan pagi tu saya tak sempat breakfast, laparlah jawabnya! Nak menunggu MAS tolak troli makanan tu dah pukul berapa.

Mujurlah saya pilih nasi dari mee sebab ada sorang mamat Korea tu siap minta nak tukar nasi. Confirm mee tak sedap!. Hehe... Mana taknya, makan nasi ada ayam berkuah siap sepeket kimchi lagi. Mee tu saya tengok dari jauh pun macam tak sedap, keras kejung. Puding je tak sempat rasa. Balik :0c2: lupa nak simpan dalam peti ais.

Flight balik Malaysia pukul 11.00 pagi seingat saya. Ke 11.30 pagi?? Sudahlah lewat sejam gara-gara tak tukar jam ke time Korea. Kesian pakcik driver yang tunggu dekat lobi hotel. Sepatutnya kami kena bergerak dari hotel ke Incheon Airport pukul 7.00 pagi tapi disebabkan jam saya yang lewat sejam tu (waktu Malaysia), saya turun waktu tu dah nak dekat pukul 8.00 pagi. Padanlah muka pakcik tu macam masam sikit. Hehe... Bukan main berangan malam sebelum nak ambil gambar dekat taman depan hotel konon, gambar ke mana, berangan kemana. Yang pasti sepanjang perjalanan nak ke airport rasa bersalah dengan ahjosshi. Lepas tu cuak sebab takut kena tinggal kapal terbang :0s2:. HAHA...

Moral of the story, silalah tukar jam anda ke waktu yang sepatutnya.

Wednesday, June 29, 2011

Free T-Money Card - Travel to Seoul, Korea

Sapa-sapa yang planning nak ke Seoul on July, August dan September 2011, silalah dapatkan free T-Money card dimana fungsinya adalah sama seperti T n Go card. Guna untuk naik subway, bus, beli barang dekat certain shops etc. Dengan T-money, dapatlah jimat sikit.

For more information and how to redeem this card, visit this website - http://visitkorea.com.my. Sesungguhnya saya jealous kerana saya tak pernah bercadang nak pergi time summer. Hihi... Saya suka winter dan kalau ada rezeki, nak pergi lagi time autumn or early spring.


Visit Korea Year 2010-2012! Baguskan cara KTO promote negara Korea dan events yang merak anjurkan . Hehe... Saya pun dah menang 2 kali. Satu trip ke Korea dan satu lagi dapat pendrive 8GB kut kalau tak silap. See... semua pun bagi free. Itu belum jalan-jalan dekat sana. Kadang-kadang kedai kat sana pun bagi barang free bila kita beli barang dekat kedai diorang. Saya ingat ada one time tu saya beli gelang satu and dia tanya rambut panjang ke pendek, then owner tu bagi getah rambut.

So, cepat-cepat. Redemption start July.

Saturday, April 2, 2011

My Winter Boot

Assalamu'alaikum, Hello and 안녕하세요 ~~

I feel like writing something and here I am. First, my mom has given me a ' green light' to quit my current job. Oohh yeah! Happy!! But I don't know when yet, perhaps end of this month I will give my resign letter. So, I'm like a jobless people now, send out my resume to countless companies hoping that one will call me later.

2 months past and I'm afraid I will forget everything I've done, visited, met, ate, watched, felt... there. On my way to the office, I will try to recall everything and seems I'm not old yet. Hehe... I still remember every single thing happen before, during and after ^^

I wonder when will I have the chance to wear this? Will it took years or maybe next year?

This is one of the things I bought for myself during my short visit in Korea. So, this will be one of the reasons why do I need to visit Korea again. Besides, this will encourage me to save more and say no to shopping.

I bought this in Myeongdong. It was a cold night. I've spend hours and had a great time there. If only I could stay longer... Hmm... I don't know whether it is cheap or not but I bought it for 20,000 won after bargain, around RM60.

Kalau sejuk tahap maksima dekat office, bolehlah pakai boot ni. Hehe...

Testing... testing... One. Two. Three.

Actually, you can also buy fancy, pretty winter boot here. Since I'm on limits budget so I just bought sport shoes. If anyone of you are planning for your winter trip and looking for winter boot, go to Berjaya Times Square or Sungei Wang. There are many designs for you to choose. For cheap glove, you can get it at Daiso Sungei Wang. I'm not sure about other Daiso. They have some but it's plain in color only. No worries, you can buy fancy one once you arrive at your holiday destination.

Till then. Annyeong ^^

Friday, February 25, 2011

Winter Trip 2011 Seoul, Korea

Sweet memories ^^

Pejam celik pejam celik, sebulan yang lepas, tarikh ni saya masih di Seoul. Sibuk berjalan di Myeongdong mencari souvenirs. Hurmm..

Baiklah, terasa nak sambung cerita hari tu.

Setelah separuh hari melawat palace, museum etc... petangnya pula kami dibawa ke Insadong. Memang tempat yang saya nantikan. Tempat shopping, memanglah tunggu. Tapi bukannya dapat membeli-belah bagai nak rak pun.

Dekat Insadong, akhirnya saya dan Lynn dipertemukan dengan orang-orang yg berkenaan - Project Manager untuk contest yang saya menang tu dan mungkin orang atasan dari KTO. Beberapa hari sebelum nak ke sana, memang dah dapat call dari PM yang diorang akan datang jumpa kami dekat mana-mana dan ada sesi informal interview. Ingatkan seorang dua yang datang sekali, 5 orang termasuk cameraman. Hehe... Terbayang-bayang lagi bila nampak diorang berdiri sederet waiting for us (Time tu tengah window shopping).

Suka Insadong!! Barang-barang dia cute-cute tapi kalau tak silap barang dekat situ mahal sikit. Sempat laa beli Korean snacks dekat Insadong. Matang - from sweet potato coated with brown syrup. Serius sangat manis. Ahad ni bolehlah cuba buat. Teringin pula.

Matang
Credit to : Maangchi

Encik Project Manager

Entah apa yang saya sembang pun saya tak ingat dah. Suka gambar ni!! Gambar-gambar cantik semuanya dari kamera cameraman. Huhu... Gambar-gambar tak berapa nak cantik dari camera saya. Hehe...

Lain kali kalau sapa-sapa nak pergi masa winter, kena ingat bawa sling bag. Payahla kalau pakai handbag. Baju dah berbelon-belon, bag pulak asyik melucut jatuh je. Tu yang kena sangkut handbag macam dalam gambar. Lepas tu jenuh lenguh tangan. Sambil berjalan, sambil berborak. Hairan jugak, tak speechless sangat. Masa tengah jalan-jalan tu jugak, interview session berjalan. Informal la. Tapi banyak juga soalan. Jenuh nak memikir jawapan dalam Bahasa Inggeris. Antara soalan yang diorang tanya dekat sana, kenapa berminat dengan Korea, apa yang motivate saya nak ke sana, apa perasaan dapat melawat Korea, pendapat saya pasal Korea etc.

Gambar-gambar di Insadong.

Percubaan untuk mengambil gambar candid tidak berjaya.
Peace ^^

Next time kena singgah tempat ni.

Patutnya pakai tudung pink tapi mujur tak pakai sebab
Lynn pun suka color pink. Huuu~~ Lega.
Sudahlah camera pun warna pink.

Berjaya tengok secara live. Poo snacks!!
Tengok je saya tak beli. Dalam dia tak pasti fillings apa. Beans @ herbs??
Dah cakap, dekat Insadong ni semuanya cute-cute ^^
One of the reasons kenapa saya belajar bahasa Korea ialah kerana tulisannya :)

Souvenir dari diorang. Yang ini dari PCNB.
Kalau tak silap 2 wakil dari PCNB dan 2 lagi wakil dari 9fruits Media
Semangat betul tengok gambar dalam buku tu.

귀엽다 ^^
Haha... I send him quite lot of emails before I went to Korea.
Kelakar pun ada. Itulah, sapa suruh tour agency tu salah booked tiket.

Patung yang lebih menonjol di situ ^^

Bila dah selesai sesi soal jawab, kami keluar dari Ssamziegil (dekat area Insadong). Sempat merakamkan gambar beramai-ramai buat kali terakhir. Sambil ada sesi memberi hadiah. Saya ada bawa souvenir untuk diorang tapi tertinggal dalam bus. Aigoo~~ Bukan tak ingat nak keluarkan tapi bag dah tersorok.

Kemudian diorang bawa saya dan Lynn ke Beautiful Tea Museum. Jalan agak slippery disebabkan snow. Terpaksa berhati-hati walaupun jalan laju. Bila dah duduk semeja barulah terasa janggal. Pandang kiri kanan, betulkan tudung sikit, kutip barang jatuh. Haish~~ Sudahlah menunggu tea tak kunjung-kunjung tiba and end up kami punya tea ditapau sebab tourists yang lain dah menunggu di dalam bus.

Three of them send us back to the bus. Jalan licin tapi kena jalan laju-laju sebab tak nak yang lain menunggu. Tangan pulak penuh kiri kanan. Dengan handbag, dengan paperbag, dengan cawan berisi hot tea. Jenuh... Siap last sekali ada orang baik hati tolong pegangkan bag :P Hehehe... Semoga akan bertemu dengan orang sebegitu di Malaysia. Ada tak yang gentleman kat Malaysia ni? Hoho...

Tapi bagus juga diorang hantar sebab dapat jugalah saya bagi souvenir kecil yang saya bawa tu. Buah tangan satu je tapi yang datangnya ramai, terkilan jugalah dekat situ sebab tak dapat bagi dekat semua orang. Sampai ke hari ni duk ingat lagi. Hurmmm... Tapi at least I gave them something sebagai tanda kenangan. Should buy more!!

Sampai dekat bus, saya kelam kabut tarik luggage, terketar-ketar tangan nak buka tali yang ikat zip. Bila dah kelam kabut macam tu, ada saja benda tak kena. Dekat 5 minit juga nak buka beg sahaja. Buka bag, selongkar hadiah, give it to them, say thank you and last but not least, nice to meet all of you ^^

Images finally come true. At last, my dreams come true. Till we meet again one fine day Seoul, Korea. Annyeong~~ ^^