Showing posts with label Malaysia Food in Korea. Show all posts
Showing posts with label Malaysia Food in Korea. Show all posts

Saturday, October 26, 2013

How to Go : Malaysia Restaurant in Korea - Mentari Restaurant (맨타리 레스토랑)

Okay, kalau tak silap kedai ni baru buka hujung bulan September. Ada kain rentang dekat depan kedai ni semalam (25hb Oktober 2013) tulis "Grand Opening" kut kalau tak silap. Lupa.

Dapat tahu ada restoran Malaysia baru buka ni pun dari orang Korea, anak pemilik kedai kain silk dekat Gwangjang Market. Sehari sebelum tu saja-saja pusing Gwangjang Market sambil survey tempat untuk shopping kain dikemudian hari. Sambil borak-borak dan ambil gambar kain... dia pun bagi tau pasal restoran Malaysia ni.
Tadaa... Malaysia Restoran in Seoul
Untuk ke sini, tak ada direct subway. So, samada terus naik teksi (paling mudah ) atau transit dekat Gyeongbokgung Station.

Cara-cara untuk ke Restoran Mentari:

  1. Naik subway dan turun di Gyeongbokgung Station, Line 3, Orange Line, Exit 3.
  2. Dari Exit 3 jalan straight sahaja sampai nampak bus stop.
  3. Ada banyak bas yang lalu dekat area Restoran Mentari ni. Antaranya ialah bas nombor 7018,7016,7022 &7212.
  4. Dalam bas ada announcement untuk setiap stop. Siap ada tulis dalam English. Cuma kena alert dekat mana hendak turun. So, untuk ke Restoran Mentari ni sila turun dekat Sangmyungdae Ipgu (상명대 입구) /Sangmyung University.
  5. Untuk balik semula ke Gyeongbokgung Station boleh ambil bas yang sama. (Rujuk peta last untuk location bus stop)

Peta. So, boleh dapat gambaran dekat mana restoran Mentari ni.
 추발 - starting point
도착 - arrival point

Dari Exit 3 Gyeongbokgung Station jalan straight sampai nampak bus stop
On the way untuk ke bus stop akan nampak Baskin Robbins, Popeyes dekat seberang jalan.
Bus stop dekat dengan JK Cafe ni.
Bus stop information board.
How many minutes more for the next bus. 3분 ,5분 etc (분 - minutes)
Turun dekat Sangmyung University
Turun, kemudian berjalan ke belakang (bertentangan arah dengan laluan bas tadi)
 dan akan nampak bangunan ni di sebelah kiri.
Jalan lagi sampai nampak signboard ni.
Okey, dah boleh nampak Restoran Mentari. Lintas je jalan, sampai.
Dekat restoran ni pun ada disediakan bilik untuk solat. So, bolehlah budget timing bila nak ke sini. Boleh solat dan kemudian makan. Ruang solat besar dan selesa. Dalam bilik ni ada sink, boleh ambil wudu' dekat sini terus atau dekat tandas. Tapi tak nampak pula arah kiblatnya. Kalau ada kompas boleh cari sendiri tak pun boleh tanya chef dekat situ.


Sementara tunggu makanan siap, ambil gambar dulu :)

Interior view. Looks exclusive.
Menu I : Set Nasi.
Menu II : Kalau convert harga ke Ringgit Malaysia...
After almost 1 month in Seoul, my RM42 Nasi Lemak Ayam Goreng
Rasa sama macam nasi lemak dekat Malaysia tu. Sedap! Sedap! Sebab tukang masak dia pun orang Malaysia sebenarnya. Lepas ni bolehlah makan mee kari pula. Huu....

Dah kenyang makan, jom balik!~

Tak perlu lintas jalan. Keluar dari Restoran Mentari, ambil kanan dan jalan
terus sampai nampak bus stop.