Showing posts with label Restoran Malaysia di Seoul. Show all posts
Showing posts with label Restoran Malaysia di Seoul. Show all posts

Friday, December 27, 2013

How to Go : Kitchen Nyonya Malaysian Cuisine in Gangnam.

Okay, kali ni saya nak share lagi satu restoran Malaysia dekat Korea. Restoran ni terletak dekat Gangnam dan sangat senang nak locate kedudukan dia. Senang! Rasanya restoran ni memang fully own by Korean kut.

Tapi sebelum tu saya tak berapa pasti tahap kehalalan restoran Kitchen Nyonya ni. Yang saya tahu dia pork-free. Jadi sesiapa yang hendak pergi makan dekat sini sila tanya dulu. Waktu saya pergi makan dekat sini, pekerja dia ada cakap ayam yang digunakan halal. Entah macamana saya pun tak ambil endah sangat sebab duk sibuk belek menu. Saya order Seafood Noodle Soup sebab yang tu bolehlah harga dia termasuk air dan salad semua. 

Macamana nak pergi Kitchen Nyonya?
  1. Naik subway dan turun di Gangnam Station, Line 2, Green Line, Exit 11.
  2. Dari Exit 11, jalan lurus a.k.a straight sahaja. Jalan sambil menikmati pemandangan bangunan-bangunan di kiri kanan jalan. 
  3. Sambil jalan sila perhatikan bangunan tinggi yang bertulis CGV. Akan ada satu lorong ke kanan.
  4. Masuk lorong tersebut dan Kitchen Nyonya terletak betul-betul dekat simpang (3 ke 4? Sorry dah lupa) dan atas 7-11.
Sebenarnya hari ni 08 Oct 2013, cuaca sangat mendung dekat Seoul. Gina kerja jadi saya keluar sendirian. Alhamdulillah mujur Gina kasi stay dekat rumah dia walaupun rumah tak ada orang. Sebab ada juga kes saya kena keluar sekali time host nak pergi kerja. Maka bermalas-malasanlah saya diatas katil di pagi yang mendung itu.
Breakfast nasi Brahim lagi! Last pack

Dah macam dekat Phuket pula, berselirat wayar

Since Gangnam hanya satu station sahaja dari SNUoE Station (Kyodae), memang saya dah aim nak ke Gangnam dan lunch di Kitchen Nyonya. Err...tapi tak ada apa sangat yang nak ditengok dekat Gangnam tu. Banyak bangunan dan kedai-kedai sahaja. Sempatlah beli sepasang kasut yang kalau dekat Malaysia jeling-jeling pandang-pandang je.

Itupun siap Whatsapp minta pendapat orang dekat Malaysia patut beli ke tidak. Mahal!!! Er... Tapi sebab nak guna kaki tu berpuluh-puluh hari lagi dekat Korea, saya pun belilah. Kasut trekking yang sungguh berjasa. Sampai kesudah duk la pakai kasut tu. Budak dekat kedai kasut tu siap boleh speaking good English lagi. Sudahlah time kita try pakai kasut siap ikatkan tali bagai.

Kyodae Station

Exit 11, Gangnam

Kerana lagu itu -..-

Suka tengok diorang susun nama kedai macam ni.

Bangunan di seberang jalan. Suka design building ni.

Perhatikan tulisan CGV dalam bulatan oren.
Jalan lurus sampai bangunan tu.

Another CGV sign. Kalau jumpa ni, anda berada
di jalan yang benar. Ini lorong kanan yang saya tulis awal-awal tadi.

Tadaa! Mari makan makanan Malaysia! Tangga dekat tepi.
Nampak lori tu? Naik ikut situ ya.
Memperkenalkan Malaysia dimata dunia melalui makanan.
Malaysia kan negara yang punya pelbagai makanan sedap!

Bila hujan turun, terus saya lepak dekat Kitchen Nyonya. Lepak sampai hujan reda kemudian barulah balik rumah Gina. 

Peta Malaysia. Looks classy je restoran ni.
Malaysian style! Air teh limau kalau tak silap. Sambal udang (?) kut

Seafoods Noodles Soup yang sedap!! 

Salad pun sedap!! 
Licin!
Last but not least, roti canai RM6 yo!! Jemput makan ^_^

Jangan tercekik bila convert harga. Huhu...

Saturday, October 26, 2013

How to Go : Malaysia Restaurant in Korea - Mentari Restaurant (맨타리 레스토랑)

Okay, kalau tak silap kedai ni baru buka hujung bulan September. Ada kain rentang dekat depan kedai ni semalam (25hb Oktober 2013) tulis "Grand Opening" kut kalau tak silap. Lupa.

Dapat tahu ada restoran Malaysia baru buka ni pun dari orang Korea, anak pemilik kedai kain silk dekat Gwangjang Market. Sehari sebelum tu saja-saja pusing Gwangjang Market sambil survey tempat untuk shopping kain dikemudian hari. Sambil borak-borak dan ambil gambar kain... dia pun bagi tau pasal restoran Malaysia ni.
Tadaa... Malaysia Restoran in Seoul
Untuk ke sini, tak ada direct subway. So, samada terus naik teksi (paling mudah ) atau transit dekat Gyeongbokgung Station.

Cara-cara untuk ke Restoran Mentari:

  1. Naik subway dan turun di Gyeongbokgung Station, Line 3, Orange Line, Exit 3.
  2. Dari Exit 3 jalan straight sahaja sampai nampak bus stop.
  3. Ada banyak bas yang lalu dekat area Restoran Mentari ni. Antaranya ialah bas nombor 7018,7016,7022 &7212.
  4. Dalam bas ada announcement untuk setiap stop. Siap ada tulis dalam English. Cuma kena alert dekat mana hendak turun. So, untuk ke Restoran Mentari ni sila turun dekat Sangmyungdae Ipgu (상명대 입구) /Sangmyung University.
  5. Untuk balik semula ke Gyeongbokgung Station boleh ambil bas yang sama. (Rujuk peta last untuk location bus stop)

Peta. So, boleh dapat gambaran dekat mana restoran Mentari ni.
 추발 - starting point
도착 - arrival point

Dari Exit 3 Gyeongbokgung Station jalan straight sampai nampak bus stop
On the way untuk ke bus stop akan nampak Baskin Robbins, Popeyes dekat seberang jalan.
Bus stop dekat dengan JK Cafe ni.
Bus stop information board.
How many minutes more for the next bus. 3분 ,5분 etc (분 - minutes)
Turun dekat Sangmyung University
Turun, kemudian berjalan ke belakang (bertentangan arah dengan laluan bas tadi)
 dan akan nampak bangunan ni di sebelah kiri.
Jalan lagi sampai nampak signboard ni.
Okey, dah boleh nampak Restoran Mentari. Lintas je jalan, sampai.
Dekat restoran ni pun ada disediakan bilik untuk solat. So, bolehlah budget timing bila nak ke sini. Boleh solat dan kemudian makan. Ruang solat besar dan selesa. Dalam bilik ni ada sink, boleh ambil wudu' dekat sini terus atau dekat tandas. Tapi tak nampak pula arah kiblatnya. Kalau ada kompas boleh cari sendiri tak pun boleh tanya chef dekat situ.


Sementara tunggu makanan siap, ambil gambar dulu :)

Interior view. Looks exclusive.
Menu I : Set Nasi.
Menu II : Kalau convert harga ke Ringgit Malaysia...
After almost 1 month in Seoul, my RM42 Nasi Lemak Ayam Goreng
Rasa sama macam nasi lemak dekat Malaysia tu. Sedap! Sedap! Sebab tukang masak dia pun orang Malaysia sebenarnya. Lepas ni bolehlah makan mee kari pula. Huu....

Dah kenyang makan, jom balik!~

Tak perlu lintas jalan. Keluar dari Restoran Mentari, ambil kanan dan jalan
terus sampai nampak bus stop.