Showing posts with label tteokbokki. Show all posts
Showing posts with label tteokbokki. Show all posts

Monday, March 3, 2014

Homemade Tteokbokki

Sebab asyik duk teringat tteokbokki Jaws Tteokbokki yang super pedas tu, end up buat sendiri lagi senang. Kalau nak ulang makan dekat Restoran Dubu Dubu setiap bulan alamatnya kering poket. Sepinggan tteokbokki je dah hampir RM15. Kalau buat sendiri boleh makan berulang dengan harga sebanyak itu.

Since dah tahu gochujang @ chilli paste Korea tu permissable, lagilah semangat nak buat sendiri. First time buat saya ikut resepi tteokbokki Maangchi tapi end up tak jadi, tak sedap sebab kuah cili tu kurang perasa sebab saya cuba kurangkan sukatan dia. Second time buat tteokbokki saya google resepi lain. Kali ni baru jadi elok. Tapi tahap kepedasan tu memang berbeza, kurang pedas. Saya omit chilli powder, just guna gochujang sahaja. Mak cakap kalau makan tteok tu jenuh tercabut gigi sebab liat.

Ini resipi yang saya guna untuk percubaan kedua, sumber dari youtube; Eugenie Kitchen. Senang je cuma part nak buat stok ikan bilis tu ambil masa sikit. Bahan-bahan ada yang saya beli dekat Jusco Maluri dengan supermarket Isetan.




Campak je semua dalam kuali.

Siap. 

Jemput makan.

Wednesday, January 29, 2014

Almost 2km... just for a plate of Tteokbokki!

Almost 2km
The exact location of Erica's house I don't know but it is somewhere around that 추발 (starting point) area. So, selepas hampir sehari suntuk 'berehat' di hutan Seoul, Erica mesej cakap malam ni nak bawa saya pergi makan Tteokbokki dan since she will be back a lil' bit late so dia suruh saya tunggu Agung. 

Ingatkan dekat je Emart mall yang kami nak pergi ni sebab Agung cakap dalam 10-15 minit jalan kaki tapi sekali mak aiiiiii!~ jauh betul. Mujurlah malam, sejuk so taklah berpeluh tapi kalau dah berjalan nak dekat 2km. siapa tak penatkan. Confirm mesti diorang ni selalu jalan kaki je pergi sana. Bayagkan pergi balik nak dekat 4km. Ish.... manalah tak kurus-kurus orang Korea baik lelaki ke perempuan ke. Peha tu dah serupa tulang bersalut kulit je tengoknya.

Dah tujuan pergi mall nak makan tteokbokki, so once masuk mall je terus diorang bawak pergi food court. So kami makan tteokbokki dekat Jaws Tteokbokki. Memandangkan Agung orang Indonesia, so saya ingat dia tahulah serba sedikit pasal Islam/ Muslim. Tapi silap. Dia agak terkedu juga bila saya cakap saya tak boleh makan goguma yang dah bercampur dalam satu mangkuk dengan ba alip ba ya. Huhu... 

So akhirnya dapat merasa original tteokbokki made in Korea. Sebelum-sebelum ni bukannya tak pernah makan, rajin je pergi perabih duit dekat Dubu Dubu Time Square tu tapi iyalah rasanya berbeza Yang original lagi berasap telinga bila makan. Kerja duk sok sek sok sek hidung time makan sebab pedas. Tengok Erica makan rileks je. Lepas makan, walaupun food court, plain water seperti biasa free dan self service.

Lepas makan round mall 3-4 round then kitaorang pun balik. Tapi balik Agung cakap naik teksi. Kesian pula tak larat nak jalan jauh. Huhu....

Waktu pusing-pusing mall ni ada seorang budak Korea duk berlari-lari seronok tapi yang comel tu bila dia sampai depan saya dia terkejut  tengok saya (pakai tutup dari kepala sampai kaki) tapi still sempat berdiri elok-elok tunduk sikit dan ucap "Annyeonghaseyo" :). Saya dengan Agung gelak je tengok budak tu. Kalau budak lain entah ada yang lari dah kut. 

Jaws sangat......

Rindu nak makan ni T_T

Japanese food

Korean food

Chinese food

Tak tahu tanya. Oooo~ baru tahu maksud tulisan-tulisan dekat atas tu. Dah dipendekkan rupanya. Dari sebelum pergi duk fikir apa benda, buka kamus tak ada. Rupanya...... :)