Showing posts with label korean food. Show all posts
Showing posts with label korean food. Show all posts

Wednesday, January 29, 2014

Almost 2km... just for a plate of Tteokbokki!

Almost 2km
The exact location of Erica's house I don't know but it is somewhere around that 추발 (starting point) area. So, selepas hampir sehari suntuk 'berehat' di hutan Seoul, Erica mesej cakap malam ni nak bawa saya pergi makan Tteokbokki dan since she will be back a lil' bit late so dia suruh saya tunggu Agung. 

Ingatkan dekat je Emart mall yang kami nak pergi ni sebab Agung cakap dalam 10-15 minit jalan kaki tapi sekali mak aiiiiii!~ jauh betul. Mujurlah malam, sejuk so taklah berpeluh tapi kalau dah berjalan nak dekat 2km. siapa tak penatkan. Confirm mesti diorang ni selalu jalan kaki je pergi sana. Bayagkan pergi balik nak dekat 4km. Ish.... manalah tak kurus-kurus orang Korea baik lelaki ke perempuan ke. Peha tu dah serupa tulang bersalut kulit je tengoknya.

Dah tujuan pergi mall nak makan tteokbokki, so once masuk mall je terus diorang bawak pergi food court. So kami makan tteokbokki dekat Jaws Tteokbokki. Memandangkan Agung orang Indonesia, so saya ingat dia tahulah serba sedikit pasal Islam/ Muslim. Tapi silap. Dia agak terkedu juga bila saya cakap saya tak boleh makan goguma yang dah bercampur dalam satu mangkuk dengan ba alip ba ya. Huhu... 

So akhirnya dapat merasa original tteokbokki made in Korea. Sebelum-sebelum ni bukannya tak pernah makan, rajin je pergi perabih duit dekat Dubu Dubu Time Square tu tapi iyalah rasanya berbeza Yang original lagi berasap telinga bila makan. Kerja duk sok sek sok sek hidung time makan sebab pedas. Tengok Erica makan rileks je. Lepas makan, walaupun food court, plain water seperti biasa free dan self service.

Lepas makan round mall 3-4 round then kitaorang pun balik. Tapi balik Agung cakap naik teksi. Kesian pula tak larat nak jalan jauh. Huhu....

Waktu pusing-pusing mall ni ada seorang budak Korea duk berlari-lari seronok tapi yang comel tu bila dia sampai depan saya dia terkejut  tengok saya (pakai tutup dari kepala sampai kaki) tapi still sempat berdiri elok-elok tunduk sikit dan ucap "Annyeonghaseyo" :). Saya dengan Agung gelak je tengok budak tu. Kalau budak lain entah ada yang lari dah kut. 

Jaws sangat......

Rindu nak makan ni T_T

Japanese food

Korean food

Chinese food

Tak tahu tanya. Oooo~ baru tahu maksud tulisan-tulisan dekat atas tu. Dah dipendekkan rupanya. Dari sebelum pergi duk fikir apa benda, buka kamus tak ada. Rupanya...... :)


Sunday, August 11, 2013

Halal Ramyeon - Soon Ramyeon found at Jaya Jusco @ AEON


No halal logo printed on the packaging hence you will find it placed together with other ramyeons at non-halal section in Jusco a.k.a AEON supermarket. Huhu.. To make it worst, if you still want to buy it, you have to pay there!

Ah, ini boleh menimbulkan spekulasi dikalangan rakyat marhaen. Tambah lagi dengan smart phone di tangan, silap haribulan popular masuk youtube "Wanita bertudung beli makanan non-halal di Jusco".

Sedikit excited bila ternampak mi segera ni dekat supermarket Jusco. Siap dah angkat dan belek, memang ada tulis "No Meat" dekat bahagian belakang tu cuma tak beli je. Details info untuk mengesahkan ramyeon ni halal, boleh baca dekat blog Kak Zarina, Budget Travel Guide South Korea. Tapi saya rasa design packaging dah berubah.

Musykil juga kenapa ramyeon ni letak dekat non-halal section sedangkan memang dah tulis veggie ramyeon dan no meat. Hmm... nak kena pergi buat aduan berserta bukti mi ni halal ke? Haha... Sampai macam tu sekali semangatnya. Nampaknya cari dekat sana terus jelah nanti.

Lagi satu, yang ini saya jumpa dekat AEON Taman Maluri. Tempat lain tak tahu ada ke tidak. Kalau tak ada dekat bahagian normal mee maggi, cari dekat non-halal section ya. Kalau dah berjaya beli, let me know ok. Haha...

Saturday, September 29, 2012

Korean food, bukan yang pertama kali.


Kali kedua, made in Malaysia. Previously, makan yang made in Korea almost 2 years ago. Hahaha....
Sedap? Ok, tak adalah tak sedap. Teopokki adalah rasa macam Yong Tau Foo. Nice... nice... Next time boleh order Bulgogi dengan Pancake dia pula.

Oh, makan di Dubu Dubu Midvalley.


Published with Blogger-droid v2.0.8

Thursday, December 22, 2011

Cabaran 30 : Hari 22 : Chunjang



Igo mwoyeyo?
What is this?

Igo chunjangiyeyo.
This is a salty black soybean paste.

Ini ialah paste yang digunakan untuk membuat Jjajangmyeon. Tak sure dekat KL nak cari dekat mana sebab saya kirim dari kawan yang pergi Korea hari tu. 3 paket besar pulak tu. Huuu~~ jenuh masak, jenuh makan. Confirm terbantut cabaran Hidup Sihat. Sapa-sapa yang nak try masak Jjajangmyeon mungkin boleh cari paste ni dekat area Ampang. 

Kalau tak silap dekat Jaya Jusco ada tapi brand lain dan tak sure status dia apa. Yang ini pun pastilah takda tanda Halal tapi sebab ni student Malaysia yang tolong beli, so saya yakin ^_^. Kalau tak jumpa juga paste dia, apa kata terus pergi makan yang dah siap dekat Sweetree.

Annyeong!~~

Friday, October 28, 2011

Korean Food: Halal Shin Ramen

I've already tried Jjajangmyeon :7g2: last week. And the taste...not that bad :face39:. But as a Malaysian ke Malay, I prefer my food with some spicy taste, not a bland one. Tak kick:7b2:

So after Jjajangmyeon, Korean food that I want to try is their so-called popular instant noodles or ramyeon. Yes, I know there are many imported Korean noodles in the market especially at Giant, Carrefour, Jaya Jusco supermarket but I am afraid it is non-halal as I read from Kak Zarina's :0x2: that ramen seasoning powder may contains pork/ bone pork.

However, a few days ago, while browsing through my FB account I saw this picture on my timeline. Shin Ramen with verified HALAL logo :5u2: :face26: Thank you Farah Lee for sharing this picture on your FB. I don't know whether this Shin Ramen with HALAL logo is available yet in Malaysia or not. I searched at Jaya Jusco and Carrefour but the answer is NOT AVAILABLE :22:. If you are a loyal Giant's customer, why don't you spend some time on this as she said "....kat Giant pun ada."

A bit information that I hope might help all Muslim K-fans out there. Sharing is caring :0n2:

*** Info tambahan setelah menggoogle berkaitan Halal food in Korea ***

Logo HALAL Korea Muslim Federation Halal Committee

UPDATE 10 Nov: Review berkaitan Shin Ramyeon berlogo HALAL dan yang tiada logo di blog Jaya dan Korea.


Have a bless Friday dreamers :0c2:

Friday, October 21, 2011

Food-o-licious Friday: Jjajangmyun a.k.a Blackbean Noodles

Apakah itu Jjajangmyun atau bahasa omputihnya ialah Blackbean Noodles?

Jajangmyeon (alternately spelled Jjajangmyeon; 자장면; 짜장면) is a popular Korean dish, derived from the Chinese dish 'zha jiang mian'. It consists of wheat noodles topped with a thick sauce made of chunjang 춘장 (a salty black soybean paste), diced meat and vegetables, and sometimes also seafood. Jajang (alternately spelled jjajang), the name of the sauce, is the Korean pronunciation of the Chinese characters , which literally means "fried sauce". Myeon (also spelled myun) means "noodles".
Source: Wikipedia

Gara-gara dek terpengaruh dengan drama Korea yang satu itu, menyebabkan saya teringin nak merasa Jjajangmyeon ni. Sedap sangat ke (?) sampai semua drama mereka pasti akan ada makanan ini. Pulak tu cara mereka makan memang kelihatan seperti serius sedap!

Jadi, bila dapat peluang pergi ke Korea tempoh hari ingatkan dapatlah saya merasa Jjajangmyeon originally made in Korea. Malangnya saya tidak berpeluang. Jangan kata Jjangjamyeon, kimbab makanan yang sesimple itu pun tak dapat rasa.

Hari Rabu yang lepas, berjaya juga saya masak makanan ni. Dulu saya pernah masak Jjajangmyeon ni tapi sos yang digunakan adalah salah. Ada ke guna sos taucu yang masin tu. Hasilnya sudah pastilah masin! Tetapi kali ini sos diimport terus dari Korea. HEHE... Mujur ada kawan yang baik hati hendak tolong belikan. Terima kasih kawan ^^. Kirim la sampai 3 pek, saiz 500gram setiap satu. Banyak! Rasanya cukup sampai tahun depan kut. Jenuh makan mee laa lepas ni.

Resipi diambil dari Maagchi.com. Saya tukar-tukar mana yang patut. Yang tak patut tu, ke laut jawabnya. HEHE...

My first ever Jjajangmyeon

Kena makan comot-comot kekdahnya

Rasanya bagaimana? Mee goreng mamak lagi sedap kut. HAHA... Blackbean sauce ni ada rasa pahit-pahit sedikit. Kenapa saya cakap mee goreng mamak lagi sedap kerana mee goreng mamak ada rasa pedas-pedas. Jjajangmyeon ni rasanya akan lebih sedap kalau dimakan bersama jeruk cili ataupun cili kicap tu. Apapun hari ini lunch makan Jjajangmyeon lagi. Next time nak try Seafood Jjajangmyeon pulak la.