Friday, October 21, 2011

Food-o-licious Friday: Jjajangmyun a.k.a Blackbean Noodles

Apakah itu Jjajangmyun atau bahasa omputihnya ialah Blackbean Noodles?

Jajangmyeon (alternately spelled Jjajangmyeon; 자장면; 짜장면) is a popular Korean dish, derived from the Chinese dish 'zha jiang mian'. It consists of wheat noodles topped with a thick sauce made of chunjang 춘장 (a salty black soybean paste), diced meat and vegetables, and sometimes also seafood. Jajang (alternately spelled jjajang), the name of the sauce, is the Korean pronunciation of the Chinese characters , which literally means "fried sauce". Myeon (also spelled myun) means "noodles".
Source: Wikipedia

Gara-gara dek terpengaruh dengan drama Korea yang satu itu, menyebabkan saya teringin nak merasa Jjajangmyeon ni. Sedap sangat ke (?) sampai semua drama mereka pasti akan ada makanan ini. Pulak tu cara mereka makan memang kelihatan seperti serius sedap!

Jadi, bila dapat peluang pergi ke Korea tempoh hari ingatkan dapatlah saya merasa Jjajangmyeon originally made in Korea. Malangnya saya tidak berpeluang. Jangan kata Jjangjamyeon, kimbab makanan yang sesimple itu pun tak dapat rasa.

Hari Rabu yang lepas, berjaya juga saya masak makanan ni. Dulu saya pernah masak Jjajangmyeon ni tapi sos yang digunakan adalah salah. Ada ke guna sos taucu yang masin tu. Hasilnya sudah pastilah masin! Tetapi kali ini sos diimport terus dari Korea. HEHE... Mujur ada kawan yang baik hati hendak tolong belikan. Terima kasih kawan ^^. Kirim la sampai 3 pek, saiz 500gram setiap satu. Banyak! Rasanya cukup sampai tahun depan kut. Jenuh makan mee laa lepas ni.

Resipi diambil dari Maagchi.com. Saya tukar-tukar mana yang patut. Yang tak patut tu, ke laut jawabnya. HEHE...

My first ever Jjajangmyeon

Kena makan comot-comot kekdahnya

Rasanya bagaimana? Mee goreng mamak lagi sedap kut. HAHA... Blackbean sauce ni ada rasa pahit-pahit sedikit. Kenapa saya cakap mee goreng mamak lagi sedap kerana mee goreng mamak ada rasa pedas-pedas. Jjajangmyeon ni rasanya akan lebih sedap kalau dimakan bersama jeruk cili ataupun cili kicap tu. Apapun hari ini lunch makan Jjajangmyeon lagi. Next time nak try Seafood Jjajangmyeon pulak la.

4 comments:

  1. waaah.... i loveeee koreaaa!~

    =0

    ReplyDelete
  2. serius? kenapa menjadi? hana baru lepas buat. tak menjadi pown. :( :(

    #ada ke jual black bean paste tu erk? kat mana nak cari erk? huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. black bean paste yang ni saya pesan kawan beli dekat Korea sana, sebab tu jadi. huhu... dekat Malaysia ni tak pernah lagi jumpa dekat mana-mana. kalau nak cuba pergi cari dekat area Ampang, kut-kut ada. wallahu'alam :)

      hana buat pakai apa?

      Delete