Monday, February 7, 2011

Hello Seoul, Korea ^^

Salam.

Sudah dua minggu lebih, mood untuk menulis baru menjelma. Mulanya saya rasa nak letak gambar sahaja tapi rugi pula kalau tak menulis sepatah lima patah kata. Pada saya, ini adalah salah satu event penting dalam hidup saya. Maaf sebab campur adukkan blog ini dengan kisah peribadi.

Hadiah yang saya menangi ialah 3 days trip to Korea *here*. Baiklah sangat sekejap tapi tak apa jangan nak demand lebih-lebih sangat. Hadiah ya. Hadiah. Kalau nak lama-lama sila taja diri sendiri. Saya sudah cukup bersyukur sangat-sangat dapat menjejakkan kaki ke Korea seawal ini. Cadangnya hujung tahun nak bercuti ke sana. Alhamdulillah, rezeki.

Kisah-kisah sebelum nak pergi banyak juga tapi tengoklah mungkin boleh selitkan sikit-sikit. Hehe...

Flight saya dijadualkan pada 23 Januari 2011 pukul 11.00 malam, pesawat Malaysia Airlines. Seminggu sebelum ke sana, saya baru mula nak packing, beli insurance (Saya beli travel insurance dari Maybank sahaja. Senang sebab terus beli melalui maybank2u), pinjam baju 'belon', check information about KLIA Ekspress, etc.... Dua minggu sebelum pulak baru sibuk contact Wisma Putra minta mereka verify contest yang saya menang dan juga orang-orang yang terlibat. Oh, lagi satu pagi Ahad tu pun saya sempat jahit beg untuk pakai dekat sana. Terkocoh-kocoh jugalah padahal nak perginya hanya 2 hari. Kalau bukan winter, sudah pasti lepak je kemas baju tapi disebabkan winter, kenalah prepare jugak. Takut badan terkejut tak dapat nak adapt, payah juga. Sampai kesudah macam tak percaya nak ke Korea.

Sebelum ke KL Sentral, sempat singgah money changer. First gaji memang saya tak joli sakan. Saya simpan untuk shopping dekat sana. Memang last minute punya kerja, pukul 8.00 malam dah waktu tu. Dekat 200,000 won juga saya tukar. Dalam kereta nak ke KL Sentral, macam biasalah. Pesanan 'penaja' memang banyak. Hehe... Iyakan saja. Emak dengan abang yang hantar. Sebaik sampai dekat KL Sentral, terus beli tiket KLIA Ekspress dekat kaunter sebab percubaan nak membeli online tidak berjaya. Kalau tak ada tiket, tak boleh check-in dekat KL Sentral. Tak sure pukul berapa, saya naik train terus ke KLIA. Sempatlah makan nuggets McDonald sebelum masuk gate.

Hehehe... bahagian ni tak ada gambar. Yang ada cumalah memori saya sahaja. Senyum. Elok saya lepas gate check barang dan badan, jalan 2-3 langkah, pandang depan... salah satu angan-angan tercapai. Saya dah cakap saya punya impian berderet. Saya nampak Korean badminton players, Park Sunghwan dan teammates yang tidak diketahui nama mereka. Tak terkata apa. Confirmlah diorang satu flight dengan saya. Nak mintak bergambar, segan. Saya pun jalan terus sambil tertoleh-toleh memandang ke belakang. Oh, kalau nak tahu, saya peminat sukan badminton. Hehe... Petang tu kan Malaysia Open.

Sementara menunggu boarding gate dibuka, saya duduk, pandang kiri kanan. Orang Korea semuanya. Rasanya saya sorang je Melayu tapi perasan waktu dalam flight ada Indonesian. Tunggu punya tunggu sampailah seorang demi seorang pemain badminton China dan Korea lalu depan mata. Tunggu jugalah kut-kut Lee Chong Wei naik MAS ke. Tak ada la pulak. Serious memang Dream Comes True betul. Tak sangka dapat jumpa juga akhirnya. Bao Chunlai, Chen Long, Wang Yihan, Park Sunghwan, Lee Hyun Il, Ko Sung Hyun, Yoo Yeon Seong etc. Ramai!! Kalau nak tulis, berbaris-baris pulak nanti. Paling berbeza sekali rasanya Lee Hyun Il, dengan seluar pendek paras lutut, rambut serabai-serabai. Hurmm... Kenangan-kenangan. Ralat satu jelah sebab saya tak berani nak tegur minta ambil gambar bersama. Jadi sekarang ni, tips untuk bertemu dengan badminton players ni ialah beli tiket kapal terbang ke negara next tournament. Hehe... Tahun depan boleh cuba, mungkin.

Alhamdulillah, sepanjang perjalanan lebih 6 jam, tak ada masalah apa-apa. Cuma kematu punggung duduk lama sangat dan sejuk. Layanan MAS pun okey. Makanan pun okey. Tak ingat makan apa dalam flight tapi ni ada sekeping gambar makanan. Gelap sebab tak guna flash. Ada Ma'thurat tepi tu sebab beg letak dekat kaki.


Sampai dekat Incheon Airport lebih kurang pukul 6.oo lebih, pagi. Sambil jalan sorang-sorang padang kiri kanan, Allah... tak percaya dah jejak Korea.


Punyalah slow jalan sampai tersaing jalan dengan Chen Long. Lepas tu saya kena tinggal dekat belakang sebab dia potong. Hehe.... Sampai dekat immigration counter pulak, tertanya-tanya dekat mana counter untuk foreigner sambil saing jalan dengan Bao Chunlai. Punyalah tinggi apek ni. Saya adalah tinggi lebih sikit dada dia je kut. Ke bahu? Macam tinggi lagi je dia. Hurmm...

Settle immigration, saya menuju ke conveyor 10 untuk ambil luggage. Hehe.... Sementara menunggu luggage, saya nampak Lee Chong Wei dan Taufik Hidayat. Mereka pun tengah tunggu luggage. Adalah seorang dua yang ambil gambar dengan mereka. Saya pulak.... punyalah jauh nak jumpa pemain Malaysia sendiri sampai ke Korea sana.

Settle hal bag saya terus keluar. Melilau jugalah mata saya mencari nama sendiri. Tak nampak!! Saya cuak dah. Pusing-pusing last-last nampak juga nama sendiri. Alhamdulillah. Lega. Pemenang lagi satu dah sampai awal sikit dari saya. Cadangnya nak rent handphone dekat airport tapi kena ada credit card. Kalau bayar deposit sangatlah mahal. Sangat! Maka saya pun cancel nak rent handphone.

Sebaik sahaja melangkah keluar dari Incheon Airport, sejuk! Waktu tu -8 degree celcius. Incheon is snowing. Tak lebat sangat snowingnya tapi, saya speechless. Subhanallah! Beautiful! Everywhere is in white, covered with snow. First time, real snow! Jakun? Sikitlah. Hahaha.... Adalah dalam 15 minutes menunggu van tour agency di tepi jalan sambil menikmati pemandangan pagi bersalji di Incheon.

Kemudian kami terus ke Seoul untuk check-in hotel. Saya mengantuk tapi terasa sayang nak lelapkan mata. Sepanjang jalan mata saya memandang keluar. I'm in Seoul, finally!!!

Matahari baru nak naik. Sunrise ~

Snow!! Everywhere ~

First day trip akan bersambung dalam next entry, InsyaAllah.

Wassalam.

9 comments:

  1. Ya Allah! Sukanya zati baca ni.. pastu boleh plak dapat jmpa LCW.. heheh mana dia bag yang akak jahit tu?? nak tgk.. kehkehkeh

    ReplyDelete
  2. Alaaa... bag buruk la Zati. Segan nak tunjuk. Hoho... Nnti akak rajen akak amek gambar.

    Zati, dalam memori jelah kenangan jumpa diorg tu. Padan muka. Sapa suruh malau malu kucing over kan dah melepas...

    Kalau dekat Msia belum tentu boleh jumpa...

    ReplyDelete
  3. waahhh bestnyer... adik2 akak mesti jeles ni lau tahu awk g sana... diorg punyer la berciter2 nak g sana, study sana even nak husband pon dr sana gak... fanatik betulngan korea...

    t share la lagi yer. xcited plak akak baca. mcm terbayang2 jer dpn mata ni...

    ReplyDelete
  4. akak syaaz : hehe... wpun dah 2 minggu, sy pun duk t'byg-byg lg hr kejadian. hehe... ini pun byk dah cut-cut. kalau tak jenuh la part jumpa badminton players pjg b'jela-jela. hehe...

    husband korea takda hal. sruh adik akak belajar bahasa korea. senang sikit nak tackle 1-2.

    pd saya la... rakyat biasa bkn b'gelar artis, handsome juga. handsome bkn pd rupa. d way they dress up especially time pi kije :D hehe... pjg pulak dah komennya...

    kumpul 3000 dah bole pi dah tp takle joli shopping la... hehe...

    ReplyDelete
  5. lor diorg lagi lancar bahasa korea dr english dik... pening tgk diorg tulis2 pon kut korea jgk... adehla penangan korea ni...

    english xtahu kemana. asal nak buat ayat terkedek2 jer... :)

    diorg citer2 nak sambung study kat sana la sambil2 usha2 mamat korea...hehe

    ReplyDelete
  6. salam jaja :O) tq sebab sentiasa jadi pembaca blog saya !! love reading ur entry today and glad to have u as my digi world friend hehehe sy mmg suka membaca journaling blog2 seperti awak sbb saya lemah nak menulis panjang2 hehehehe

    tq xoxo
    going to keep you in my bloglist :)

    ReplyDelete
  7. hi jaja, u shopping ape kat seoul?..klu camera or external hard disk murah tak?- ija-

    ReplyDelete
  8. hi ija..

    saya tak shopping sgt dkt seoul. pergi sekejap je. tak sempat nk survey brg2 mcm tu :)

    ReplyDelete
  9. hye.. excited baca u jumpa badminton players tu jelesnya hehe btw ur blog nice. me blogwalking trus jumpa. =)

    ReplyDelete