Friday, February 25, 2011

Winter Trip 2011 Seoul, Korea

Sweet memories ^^

Pejam celik pejam celik, sebulan yang lepas, tarikh ni saya masih di Seoul. Sibuk berjalan di Myeongdong mencari souvenirs. Hurmm..

Baiklah, terasa nak sambung cerita hari tu.

Setelah separuh hari melawat palace, museum etc... petangnya pula kami dibawa ke Insadong. Memang tempat yang saya nantikan. Tempat shopping, memanglah tunggu. Tapi bukannya dapat membeli-belah bagai nak rak pun.

Dekat Insadong, akhirnya saya dan Lynn dipertemukan dengan orang-orang yg berkenaan - Project Manager untuk contest yang saya menang tu dan mungkin orang atasan dari KTO. Beberapa hari sebelum nak ke sana, memang dah dapat call dari PM yang diorang akan datang jumpa kami dekat mana-mana dan ada sesi informal interview. Ingatkan seorang dua yang datang sekali, 5 orang termasuk cameraman. Hehe... Terbayang-bayang lagi bila nampak diorang berdiri sederet waiting for us (Time tu tengah window shopping).

Suka Insadong!! Barang-barang dia cute-cute tapi kalau tak silap barang dekat situ mahal sikit. Sempat laa beli Korean snacks dekat Insadong. Matang - from sweet potato coated with brown syrup. Serius sangat manis. Ahad ni bolehlah cuba buat. Teringin pula.

Matang
Credit to : Maangchi

Encik Project Manager

Entah apa yang saya sembang pun saya tak ingat dah. Suka gambar ni!! Gambar-gambar cantik semuanya dari kamera cameraman. Huhu... Gambar-gambar tak berapa nak cantik dari camera saya. Hehe...

Lain kali kalau sapa-sapa nak pergi masa winter, kena ingat bawa sling bag. Payahla kalau pakai handbag. Baju dah berbelon-belon, bag pulak asyik melucut jatuh je. Tu yang kena sangkut handbag macam dalam gambar. Lepas tu jenuh lenguh tangan. Sambil berjalan, sambil berborak. Hairan jugak, tak speechless sangat. Masa tengah jalan-jalan tu jugak, interview session berjalan. Informal la. Tapi banyak juga soalan. Jenuh nak memikir jawapan dalam Bahasa Inggeris. Antara soalan yang diorang tanya dekat sana, kenapa berminat dengan Korea, apa yang motivate saya nak ke sana, apa perasaan dapat melawat Korea, pendapat saya pasal Korea etc.

Gambar-gambar di Insadong.

Percubaan untuk mengambil gambar candid tidak berjaya.
Peace ^^

Next time kena singgah tempat ni.

Patutnya pakai tudung pink tapi mujur tak pakai sebab
Lynn pun suka color pink. Huuu~~ Lega.
Sudahlah camera pun warna pink.

Berjaya tengok secara live. Poo snacks!!
Tengok je saya tak beli. Dalam dia tak pasti fillings apa. Beans @ herbs??
Dah cakap, dekat Insadong ni semuanya cute-cute ^^
One of the reasons kenapa saya belajar bahasa Korea ialah kerana tulisannya :)

Souvenir dari diorang. Yang ini dari PCNB.
Kalau tak silap 2 wakil dari PCNB dan 2 lagi wakil dari 9fruits Media
Semangat betul tengok gambar dalam buku tu.

귀엽다 ^^
Haha... I send him quite lot of emails before I went to Korea.
Kelakar pun ada. Itulah, sapa suruh tour agency tu salah booked tiket.

Patung yang lebih menonjol di situ ^^

Bila dah selesai sesi soal jawab, kami keluar dari Ssamziegil (dekat area Insadong). Sempat merakamkan gambar beramai-ramai buat kali terakhir. Sambil ada sesi memberi hadiah. Saya ada bawa souvenir untuk diorang tapi tertinggal dalam bus. Aigoo~~ Bukan tak ingat nak keluarkan tapi bag dah tersorok.

Kemudian diorang bawa saya dan Lynn ke Beautiful Tea Museum. Jalan agak slippery disebabkan snow. Terpaksa berhati-hati walaupun jalan laju. Bila dah duduk semeja barulah terasa janggal. Pandang kiri kanan, betulkan tudung sikit, kutip barang jatuh. Haish~~ Sudahlah menunggu tea tak kunjung-kunjung tiba and end up kami punya tea ditapau sebab tourists yang lain dah menunggu di dalam bus.

Three of them send us back to the bus. Jalan licin tapi kena jalan laju-laju sebab tak nak yang lain menunggu. Tangan pulak penuh kiri kanan. Dengan handbag, dengan paperbag, dengan cawan berisi hot tea. Jenuh... Siap last sekali ada orang baik hati tolong pegangkan bag :P Hehehe... Semoga akan bertemu dengan orang sebegitu di Malaysia. Ada tak yang gentleman kat Malaysia ni? Hoho...

Tapi bagus juga diorang hantar sebab dapat jugalah saya bagi souvenir kecil yang saya bawa tu. Buah tangan satu je tapi yang datangnya ramai, terkilan jugalah dekat situ sebab tak dapat bagi dekat semua orang. Sampai ke hari ni duk ingat lagi. Hurmmm... Tapi at least I gave them something sebagai tanda kenangan. Should buy more!!

Sampai dekat bus, saya kelam kabut tarik luggage, terketar-ketar tangan nak buka tali yang ikat zip. Bila dah kelam kabut macam tu, ada saja benda tak kena. Dekat 5 minit juga nak buka beg sahaja. Buka bag, selongkar hadiah, give it to them, say thank you and last but not least, nice to meet all of you ^^

Images finally come true. At last, my dreams come true. Till we meet again one fine day Seoul, Korea. Annyeong~~ ^^

2 comments:

  1. hehe bestnyer...patutla adik2 sayer gila nak g sana... sayer tgk pon terasa teruja nak g jugak...tp xth bila la peluang itu... :)

    * kenapa awk suka korea? ~ada x awk jwb sbb pelakon n penyanyi dia hensem2 :D

    ReplyDelete
  2. tak da la pulak jawab mcm tu. hehe...

    sebenarnya waktu dlm flight t'fikir jugak kenapa beria benar suka korea...

    maybe satu laa... kalau saya dah suka bagai nak rak, tu yg sy nak jejak korea. lps ni takda la org bole perlekehkan dream sy lg ^^

    ReplyDelete