Tuesday, November 1, 2011

Jemput Makan!


Kobek-kobek folder gambar camera2 yang bersusun tu, terjumpa pula gambar ni. Pagi-pagi buta macam ni, bila tengok makanan je, semestinya lapar. Tapi apakan daya, pekena milo ais secawan besar sajalah yang terdaya.

Semua yang ada dalam gambar tu saya makan licin, habis! Ops, kimchi je yang tak licin. Dah paksa tekak makan kimchi tapi tak boleh nak pi jugak. Makan cuma tapi tak boleh nak jadi favourite food. Disebabkan pagi tu saya tak sempat breakfast, laparlah jawabnya! Nak menunggu MAS tolak troli makanan tu dah pukul berapa.

Mujurlah saya pilih nasi dari mee sebab ada sorang mamat Korea tu siap minta nak tukar nasi. Confirm mee tak sedap!. Hehe... Mana taknya, makan nasi ada ayam berkuah siap sepeket kimchi lagi. Mee tu saya tengok dari jauh pun macam tak sedap, keras kejung. Puding je tak sempat rasa. Balik :0c2: lupa nak simpan dalam peti ais.

Flight balik Malaysia pukul 11.00 pagi seingat saya. Ke 11.30 pagi?? Sudahlah lewat sejam gara-gara tak tukar jam ke time Korea. Kesian pakcik driver yang tunggu dekat lobi hotel. Sepatutnya kami kena bergerak dari hotel ke Incheon Airport pukul 7.00 pagi tapi disebabkan jam saya yang lewat sejam tu (waktu Malaysia), saya turun waktu tu dah nak dekat pukul 8.00 pagi. Padanlah muka pakcik tu macam masam sikit. Hehe... Bukan main berangan malam sebelum nak ambil gambar dekat taman depan hotel konon, gambar ke mana, berangan kemana. Yang pasti sepanjang perjalanan nak ke airport rasa bersalah dengan ahjosshi. Lepas tu cuak sebab takut kena tinggal kapal terbang :0s2:. HAHA...

Moral of the story, silalah tukar jam anda ke waktu yang sepatutnya.

No comments:

Post a Comment