Wednesday, January 28, 2015

Asam Pedas Untuk Dia

Baru lepas makan asam pedas sebab semalam marathon tengok drama TV3 tu; Asam Pedas Untuk Dia. Haha.... Pengaruh sungguh.

4-5 menjak ni cerita Korea dah tak boleh nak fokus sangat bila tengok, so cinta beralih arah ke drama Melayu pula. Rasa nak tepuk bahu sendiri tak percaya boleh layan drama Melayu yang tak sudah-sudah kahwin paksa, tak cinta tapi kahwin dan last-last suka juga.

Hari tu tengok Jika Itu Takdirku. Melekat pula sampai boleh marathon habiskan semua episod dalam 1 malam. Ish... Tapi cerita tu ok lagi. Tak ada kahwin paksa, kahwin bersyarat ke apa. Lagu-lagu dalam drama tu pun best. Ha... tu satu hal lagi. Sejak tengok drama Melayu ni, duk ulang 48 kali lagu-lagu Melayu OST tu dekat music player ni.

Err... sebenarnya nak cakap, TAK payahlah korang habiskan duit pi beli novel Asam Pedas Untuk Dia semata nak tahu ending cerita tu. Baik korang tengok je drama sebab macam lagi hidup, bersahaja dan kelakar. Dalam novel sama je macam novel-novel lain tu. Bosan pada aku la. Chop! Aku cakap macam ni sebab aku memang dah stop bertahun-tahun baca novel cintan-cintun ni. Jalan cerita sama semua.

Sebab duk gelak-gelak tengok drama Asam Pedas Untuk Dia semalam, aku pun terpengaruh dengan perasaan lalu terbeli yang version ebook punya which is much more cheaper dari novel bercetak tu, RM10.90. Konon tak sabar nak tunggu next episod sekali bila dah beli, dah baca sampai habis secara skip-skip aku rasa novel tu biasa je. Peace!

7 comments:

  1. nasib baik aku tak minat cite melayu dan novel cintan ... hehe klu tak terjebak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn ckp tak minat sat ni jd minat mcm org tu (tunjuk diri sendiri). haha... sejak tgk Kdrama, mmg da xlayan drama Melayu sgt especially yg over peluk bagai.tp ntah skrang ni cuba tukar angin pulak. mcm citer zahira semua tu ok, best. hrp2 asam pedas untuk dia ni takda adegan yg over yg boleh turn off mood utk terus tgk wpun ada si encik syukri yahaya tu ;)

      Delete
  2. kat mana nak beli ebook asam pedas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. register account dekat sini http://emall.karangkraf.com/Default.aspx.

      kemudia kena install apps yg dia suruh. dah download apps baru boleh start beli novel. better beli novel via website dari apps.

      Delete
  3. camne kalau dah terbeli via website? dorg akan bg ebook ni by ape? emel ke ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak kena install apps yg karangkraf suruh tu dulu. eMall karangkraf kalau tak silap. cuba cari dkt play store kalau pakai android. nanti kena log-in.since dah terbeli, make sure log-in sama yg dekat website. automatic nnt novel tu keluar dkt emall tu.

      novel hantar dkt apps bkn dkt email.

      Delete