Friday, July 19, 2013

Indecisive Part II

Bila keputusan sudah berada dalam tangan, datang pula 'orang ketiga' yang mengganggu goyah keputusan yang telah dibuat. Ish... Sebenarnya dah lama tahu pasal 'orang ketiga' a.k.a rezeki bulan Ramadhan ni. Tapi tak sangka pula lebih dari apa yang diharapkan. Sebab kalau kurang memang tak fikir 2..3.. kali dah, muktamad cha alif ba wau ta.

Agaknya memang taktik company kut, hendak jaga pekerja dari lari, dia bagilah increment. Al-maklumlah ada colleague yang nak cha alif ba wau ta hujung bulan ni. Tak pernah pula berharap akan ada lagi increment sebab bulan Mac hari tu dah ada increment. Bulan Jun baru-baru ni dapat incentives. Hmm... Muka pun memang blur bila kena panggil dengan 'ayahanda' masuk bilik. 

Tak rasa seronok pun sebab kenaikan gaji tu macam ada udang disebalik batu sahaja. Lagi naik semangat hendak cha alif ba wau ta ada la. Huhu... Terang lagi bersuluh motif utama 'kejadian'. Macam tahu-tahu je ada orang tu dah planning nak resign awak bulan depan. 

Sekarang ni tengah banyak tender masuk, junior QS pula ada 3 orang sahaja. Satu orang dah cabut hujung bulan ni, tinggallah lagi 2 orang saya dan budak baru masuk itu pun belum cukup 6 bulan lagi. Saya pula masih terkial-kial lagi buat measurement. Hmm... Kalau tak jaga yang dah sedia ada ni, alamatnya...

Dari hari beli tiket memang dah set bulan ni nak kirimkan 'surat layang'. Huhu...Tapi apakan nasib...goyah-goyah. 

Err...tapi mak pun cakap sikit je naik.

Alamak, tiket AA semua dah naik harga. Hampagas sungguh. Tak boleh balik la macam ni T__T. Agak-agak ada lagi ke sales AA bulan 7,8,9,10,11 ni. Hmm..

1 comment:

  1. aigoo... follow the heart but discuss well with the brain! Anyway, I hope u'll choose what's best for you.
    Really understood the situation,
    heart says ,' ust go, u'll never know when the next time chances like this come'
    but some part of the brain, tells all the logical things of, 'what if this,what if that'..

    Huargh,stress nomu manhaaa. All the best Sis. Istikarah,istikarah.

    ReplyDelete