Sunday, December 19, 2010

Okinokiyo


Salam dan Hai!!

Tiga minggu berstatus pekerja adalah sangat membosankan. Acapkali teringatkan mesin jahit dan kain-kain comel di rumah. Serius! Rindu. T_______T Menangis sebanyak dua sungai.

Oleh yang demikian, untuk melepaskan rindu... kerjanya di hari minggu ialah membelek album gambar-gambar lama.

Salah satu tempahan sebelum menyepikan diri dari dunia craft ialah tempahan dari Kak Mai - Okinokiyo.

Saya memang addicted dengan colorful zippers ni. Buat dan terus buat. Jadi apabila terima tempahan dari Okinokiyo, mestilah saya gembira suka hati sebab boleh menjahit secara banyak tanpa perlu meresahkan diri seperti " Ni dah jahit banyak-banyak nak buat apa?"... "Siapalah yang nak beli buat banyak-banyak ni?"...

Silalah melawat blog Okinokiyo untuk melihat topi dan juga colorful zippers ni.

pssst: Rindu menjahit secara baaaanyaaaaak~~



No comments:

Post a Comment