Thursday, January 5, 2012

Tahun Baru dan Curvy Clutch

Setelah 5 hari di Tahun Baru, barulah hari ini saya terasa hendak menulis entry. Sebelum itu saya nak ucap Selamat Tahun Baru kepada semua yang jenguk blog ni (padahal tak berapa ramai pun yang jenguk) biar dah lambat pun. Hehe...

Dua tiga hari ni mood rajin sikit. Jadi, masa banyak terisi dengan menyiapkan order customer. Selain tu saya sibuk menjahit stock Alice Curvy Clutch. Seronok pula bila dah dapat trick nak jahit bagi elok dan kemas. Itu yang tak henti-henti buat tu. Takut bila dah berhenti, hendak start balik nanti malas. 

Alhamdulillah, first batch Alice Curvy Clutch semua dah dibeli orang. Cuma belum pos je lagi. Yang second batch ni sempatlah saya jahit 4 buah; owlies, pink doily, sweet cupcake dan sweet treat. Semua tu masih available. Ballerina dah sold out.

Half-dozen of ALICE Curvy Clutch
Sekiranya berminat nak beli, isi Order Form ya. Linknya ada dekat tab atas sana tu ^_^

2 comments:

  1. wahhh comelnyer curvy cluth nii.. pattern keykalou ke?

    ReplyDelete
  2. @Mila: yup, pattern keykalou. beli lah. comel je bila dah siap. rasa nak jahit byk2 je >_<

    ReplyDelete