Tuesday, January 24, 2012

Setahun! - Winter Trip, South Korea

Sambungan cerita ini. Lama benar jadi pekasam.


Hari ini genap setahun kisah Mimpi. Setahun berlalu tapi ceritanya tak pernah luput dari memori.


Tahun ni katanya kurang snowing. Tapi tadi dekat twitter ada seorang dua yang tweet sekarang ni tengah snowing heavily. Err....

Ingat lagi, time ni saya dah selamat 'pengsan' dekat dalam bilik hotel. Cadangnya nak jumpa penpal dekat Myeongdong sekali tak jadi sebabnya tak berjaya cari jalan ke subway, Station Chungmuro. Padahal station tu dekat je dengan hotel. Kalau siang mungkin kami redah tapi ini malam, takutlah juga. Sudahlah malam, sejuk pula. Kesian penpal sebab dia dah tunggu dekat Myeongdong. Akhirnya memang balik bilik  tidur, charge bateri untuk hari esok. Serius tidur nyenyak habis, tak ada perasaan takut langsung. Huhu...Sudahlah bilik besar, katil queen tidur pula seorang. Golek sakan. Tapi....

Nak jadi cerita, tengah-tengah tidur terbangun sebab katil sejuk sangat. Selimut tebal pun tak jalan sebab kain cadar tu yang sejuk. Sudahlah kaki sakit sebab gigih berjalan, bila kena cadar sejuk... seolah-olah macam ngilu pula. Jadi tengah-tengah tidur tu boleh bangun pakai stokin dan turun tidur atas lantai sebab lantai panas. HAHAHA... Dah cuba kobek-kobek alat pemanas tu tapi tak berjaya naikkan suhu bilik. Itu yang pasrah tidur atas lantai. Mujur nyenyak juga tidurnya walaupun atas lantai. Kenangan~~ kenangan~~


Malam di Seoul


Putih... putih... Pagi di Seoul

Bilik yang lengkap dengan segala macam kemudahan.
Mesin basuh, peti ais, dapur, televisyen.

Campak-campak je semua atas kerusi.
Gambar ni diambil pagi hari nak balik Malaysia.

Gambar katil sejuk tak ada kah? Katil nan ado... Gambar pintu ada laa...

 Pintu yang tak pakai kad.Err... dia pakai apa entah. 
Macam guna sensor je kena letak dekat tempat bulat tu.


Selamat tinggal ^^

1 comment: