Thursday, September 19, 2013

Saya Insan Istimewa - Renew Passport

Sebenarnya tak berapa nak istimewa sangat tapi separa istimewa. Boleh pula macam tu? Haha...

Kalau naik LRT, bila saya dapat tempat duduk rasa heavan sekali tambah-tambah bila dah penat tawaf Jalan TAR 2-3 kali. Lepas tu bila nampak pakcik tua, makcik tua berdiri mula rasa bersalah sebab tak kasi mereka duduk. Saya selalu buat pandang tempat lain. Lepas tu kadang-kadang mesti stress tengok orang sihat duduk dan saya pula tak dapat tempat duduk. Huhu...

Orang mungkin ingat saya normal (memang normal pun) tapi.... kalau korang yang normal sakit kaki bila jalan banyak-banyak satu hari suntuk, saya punya sakit kaki 3 kali ganda dari korang. Dia tak berapa nampak sangat, nampak mcm org sakit kaki biasa je. Bila jalan banyak-banyak je baru kaki tu sakit. Tapi masih suka merayap. Kadang-kadang sampai rasa nak menangis sebab tak larat nak jalan, sakit kaki. Sejak berat bertambah, lagilah sakit bila berjalan tu.

Risau juga nak pergi sana ni. Dulu ikut tour, naik bas tak payah jalan banyak-banyak tapi kali ni semuanya sendiri. Adoi...risau. Kalau pergi sorang boleh jalan perlahan-lahan, satu hari pergi satu tempat, ok tak ada masalah. Ini tidak, minggu pertama tu jalan-jalan dengan kawan yang first time pergi sana, jadi mestilah banyak tempat nak cover dalam satu hari. Confirm 'lunyai' kaki. Lagi satu takut menyusahkan diorang pula. Huhu...

Dua kali pengalaman buat passport dan renew passport adalah nightmare. Pertama kali buat tak ingat dekat mana paling teruk, satu hari suntuk menunggu. Masa tu ramai gila orang yang hilang sabar. Sangat teruk. Sangat lambat. Tak ingat sebab apa kenapa jadi macam tu. Sistem tergendala kut. Pertama kali buat passport, saya buat yang 2 tahun, berbayar.

Tahun lepas renew dekat Wangsa Maju. Ok sikit cuma nasib tak baik juga, air-cond pula rosak. Tapi still kena menunggu lama juga, berjam-jam. Sama, renew yang 2 tahun juga, berbayar.

Hari ini... jeng jeng jeng...rasa nak sengih sampai ke telinga bila dapat passport baru. Satu sebab passport baru tu cantik. Haha... Dua sebab kali ni renew untuk 5 tahun terus, tanpa bayaran!! Free!! Hoooyeah!~ Tahun lepas tak berani nak guna kad insan istimewa, tapi tahun ni nekad nak cuba juga. Alhamdulillah, berjaya. Kuikui... jimat duit acik.

Iyalah, dah kemudahan kerajaan bagi, kenalah guna. Daftar kad tu pun sebab asalnya nak kena pergi PLKN 9 tahun lepas. Kalau tidak sebab PLKN tu, tak pergi daftar pun. Ralat, banyak kemudahan tapi tak apa. Rezeki untuk orang lain sebab saya tak teruk pun sebenarnya.

Bahagia rasa hari ni sebab tak payah tunggu lama-lama. Dalam 1 jam lebih selesai semua urusan. Keluar rumah pukul 10.15 pagi. Bila sampai di UTC terus pergi ambil gambar, pukul 11.00 pagi ambil nombor, pukul 12.15 tengah hari siap.

Tapi tak berapa jimat sangat. Lepas selesai tu pergi berjimba di Jalan TAR pula. Sempatlah rembat tudung 2-3 helai. Yeah!~

1 comment:

  1. seronok yer renew passport free :)

    Jom usha koleksi Resepi, Petua, Gambar & Cerita @  buatwanita.blogspot.com

    ReplyDelete