Wednesday, September 18, 2013

Rileks Lagi...

Buku merah belum renew. Tamat tempoh lambat lagi, tahun depan bulan Mei kalau tak silap tapi paling koman kena ada balance 6 bulan kan. Hm... Ada 8 bulan lagi. Rugi. Dia tak boleh carried forward, eceh. Tengoklah, esok kena rajinkan diri pergi renew. Kali ni nak pergi yang dekat rumah. Dekat Puduraya tu. Dulu-dulu pergi sampai Sri Rampai sana semata-mata nak renew buku merah.

Duit belum tukar lagi. Sakit hati tengok rate dekat pengurup wang berlesen tu. Sakit-sakit hati pun, masih kena tukar juga. Baru tukar dalam RM800. Nak bayar guest house pun tak lepas lagi ni. Berapa ya rate minggu ni?

Itinerary untuk seminggu dengan rakan-rakan, rasanya dah settle 90%. Last minute mungkin ada hendak ubah sikit-sikit mana yang patut. Itinerary untuk yang hari-hari mendatang belum ada. Mungkin main redah sahaja. Kalau berani ingat nak join kelas Korean yang free tu tapi kena tengok dulu macamana. Blur.

Boleh tak Malaysia pun ada map macam Navermap tu? Sekarang ni hari-hari kerjanya main Navermap. Syok. Kalau tak ada alamat, ada nombor telefon pun boleh locate dekat mana tempat yang kita nak pergi tu. Bila hari-hari duk belek Navermap, rasa macam boleh dah, tak sesat kut tapi tak tahulah atas jalan nanti macamana. Nak balik rumah sendiri pun boleh sesat bagi direction apatah lagi dekat tempat orang. Huhu...

Barang-barang pun belum beli lagi. Nak bawak apa pun tak tahu. Rasa macam nak bawa satu rumah pun ada -_-"

Kad ATM pun dah activate tadi. Ada tak siapa-siapa yang guna RHB. Activate through phone je kan, tak perlu tulis surat bagaikan? Takut juga sampai sana kad tak boleh guna. Nak bawa duit sekali banyak-banyak macam tak selamat pula.

Perasaan... Sekejap rasa malas tak nak pergi, sekejap tak sabar nak pergi. Entah apa-apa entah. Harap-harap selamat semuanya. Agak-agak autumn dah start tak. Tak sabar :)

3 comments:

  1. Me also suka godek2 Navermap... and Daum map ... suka tengok streetview .. as if kite dah ade kat sane dah *daydreaming mode like always* ... normally kalau nak pegi tempat baru, i will normally go thru streetview first, amik name jalan, familiarize myself with the landmarks , capture screen shots semua, then sampai sane baru la rase mcm dah familiar sket with the surroundings ... so far both naver and daum sangat2 membantu ...

    Btw, i'm using RHB also ... mmg just activate thru phone jer untuk overseas ATM transaction .. tapi everytime kluarkan duit kene charge RM8 ... ni kisah tahun lepas la.. tahun ni takde lagik kluarkan duit kat sane... btw when are u going? me going next week for fangirling session.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. " *daydreaming mode like always* " LIKE LIKE LIKE. same here. daydreaming tu dah jadi pekerjaan harian sekarang.

      saya pergi 1 day after akak pergi. akak pergi 28th kan? itu lah, tgk post akak yang concert tu, amboi kemain lagi.haha... saya mujur tak ada apa-apa concert ajushii2 saya tu, selamat duit!~ XD

      akak, ATM card RHB akak yg ada plus kan dekat belakang dia? mmg confirm inshaa Allah boleh withdraw ye, risau sebab saya ada 1 account tu je yang active...

      Delete
    2. Sorry lambat reply ... melepek kat atas katil je since petang kelmarin sebab kene cirit birit.. yg pasal card atm rhb tu, ha'ah mine ade plus kat blakang and also debit card as well ... rasenye tak kisah either debit card or not ... utk kluarkan duit kat sane, i was advised to find an atm machine with sign 'Global ATM' ...ade org mention kite boleh kluarkan kat atm2 tu saje so me pun tak nak take the risk so gigih la mencarik atm machine with that sign ... finally jumpe dekat Standard Chartered dekat myeongdong station ... nak pegi situ, pegi myeongdong station amik exit 8, jalan straight je sampai jumpe bank tu kat belah kiri ... ade area with atm machines kat situ, carik yg ade global atm .. instructions semua in english so mmg senang ... maybe standard chartered area2 lain pun ade jugak but since my guesthouse kat area myeongdong, so itu yg carik kat myeongdong jer.. all the best!

      Delete