Thursday, October 10, 2013

Penat di Korea

Tajuk tak boleh blah. Haha.. Macamlah penat di Korea tu berbeza dengan penat di Malaysia. Tapi betullah. Penat mental dan fizikal. Memandangkan macam masih lama lagi dekat Korea ni, so kita buat cara slow and easy. Jalan-jalan cuci mata, tak payah nak pulun melawat satu hari sampai tiga tempat. Dua pun dah cukup banyak. Haha.... Lagi satu, nak pulun beria pun kenalah tengok keadaan diri tu. Seminggu yang lepas dah dera kaki bagai nak rak. So kena slow down sikit.

Ah~ tak sabar nak check-in guest house next week. Boleh rest lama sikit. Minggu ni minggu berpindah randah rumah orang. Waa~ tak sabar nak tunggu minggu ni habis. Waa~ tak sabar nak gi shopping. Kkk...

Lepak dekat cafe sebab nak guna internet. Lepas tu ambil kesempatan sekali charge battery camera. Waiter yang kerja dekat cafe ni motjin kuasa 8 juta and boleh speaking fluent yo! Cayaiq jap. Kkk...

1 comment: