Saturday, October 26, 2013

How to Go : Malaysia Restaurant in Korea - Mentari Restaurant (맨타리 레스토랑)

Okay, kalau tak silap kedai ni baru buka hujung bulan September. Ada kain rentang dekat depan kedai ni semalam (25hb Oktober 2013) tulis "Grand Opening" kut kalau tak silap. Lupa.

Dapat tahu ada restoran Malaysia baru buka ni pun dari orang Korea, anak pemilik kedai kain silk dekat Gwangjang Market. Sehari sebelum tu saja-saja pusing Gwangjang Market sambil survey tempat untuk shopping kain dikemudian hari. Sambil borak-borak dan ambil gambar kain... dia pun bagi tau pasal restoran Malaysia ni.
Tadaa... Malaysia Restoran in Seoul
Untuk ke sini, tak ada direct subway. So, samada terus naik teksi (paling mudah ) atau transit dekat Gyeongbokgung Station.

Cara-cara untuk ke Restoran Mentari:

  1. Naik subway dan turun di Gyeongbokgung Station, Line 3, Orange Line, Exit 3.
  2. Dari Exit 3 jalan straight sahaja sampai nampak bus stop.
  3. Ada banyak bas yang lalu dekat area Restoran Mentari ni. Antaranya ialah bas nombor 7018,7016,7022 &7212.
  4. Dalam bas ada announcement untuk setiap stop. Siap ada tulis dalam English. Cuma kena alert dekat mana hendak turun. So, untuk ke Restoran Mentari ni sila turun dekat Sangmyungdae Ipgu (상명대 입구) /Sangmyung University.
  5. Untuk balik semula ke Gyeongbokgung Station boleh ambil bas yang sama. (Rujuk peta last untuk location bus stop)

Peta. So, boleh dapat gambaran dekat mana restoran Mentari ni.
 추발 - starting point
도착 - arrival point

Dari Exit 3 Gyeongbokgung Station jalan straight sampai nampak bus stop
On the way untuk ke bus stop akan nampak Baskin Robbins, Popeyes dekat seberang jalan.
Bus stop dekat dengan JK Cafe ni.
Bus stop information board.
How many minutes more for the next bus. 3분 ,5분 etc (분 - minutes)
Turun dekat Sangmyung University
Turun, kemudian berjalan ke belakang (bertentangan arah dengan laluan bas tadi)
 dan akan nampak bangunan ni di sebelah kiri.
Jalan lagi sampai nampak signboard ni.
Okey, dah boleh nampak Restoran Mentari. Lintas je jalan, sampai.
Dekat restoran ni pun ada disediakan bilik untuk solat. So, bolehlah budget timing bila nak ke sini. Boleh solat dan kemudian makan. Ruang solat besar dan selesa. Dalam bilik ni ada sink, boleh ambil wudu' dekat sini terus atau dekat tandas. Tapi tak nampak pula arah kiblatnya. Kalau ada kompas boleh cari sendiri tak pun boleh tanya chef dekat situ.


Sementara tunggu makanan siap, ambil gambar dulu :)

Interior view. Looks exclusive.
Menu I : Set Nasi.
Menu II : Kalau convert harga ke Ringgit Malaysia...
After almost 1 month in Seoul, my RM42 Nasi Lemak Ayam Goreng
Rasa sama macam nasi lemak dekat Malaysia tu. Sedap! Sedap! Sebab tukang masak dia pun orang Malaysia sebenarnya. Lepas ni bolehlah makan mee kari pula. Huu....

Dah kenyang makan, jom balik!~

Tak perlu lintas jalan. Keluar dari Restoran Mentari, ambil kanan dan jalan
terus sampai nampak bus stop.

19 comments:

  1. wahhh best dah ada malaysia restoran...
    senanglah kalau mengidam makanan malaysia:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, lega untuk sapa2 yg tekaknya tak boleh terima makanan korea. cuma kena sediakan duit je. food a lil' bit pricey :)

      Delete
  2. Ye, restoran ni mmg baru dibuka. Tour group kami makan disana pada 23/10 yg baru lepas - utk breakfast dan lunch. Pemilik nyer ialah Chef Baha or better known as En Baha AF. Dia punya restoran in KL is Restoran Intai-intai kat tepi Jln MRR2 area Ulu Klang tu. Do spread the word around. Malaysians yg rindukan masakan Malaysia shud give the place a try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, owner dia pun m'sian eh? partnering? ingatkan Mr.Johnny tu yg the only one owner Mentari. saya rasa restoran ni popular among tour groups. sbb locations jauh sikit, no subway might be a lil bit difficult for Msian to go.tp for me naik bas tak la 'horror' sgt. just be alert je. heheh...

      Delete
  3. Tried this restaurant last nite...mmg best...mkn nasi goreng kampung. .thought of trying the teh tarik...tp teh pulak out of stock...so tak ada lah teh tarik....anyway...good directions here. ..it will helps all Malaysian who wish to go here...

    ReplyDelete
  4. Good posting! It will help Malaysian who wish to go here...been there last night & tried the nasi go kampung...really nice.

    ReplyDelete
  5. No wonder masa rancangan Romantika baru ni, Black & wife dibawa makan sini...pastu ada En Baha sekali. Owner rupanya. Alhamdulillah berkembang sayap Malaysian buka biz sampai ke Seoul. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. En. Baha tu siapa sebenarnya sis Bibie? Itulah,tgk dkt FB Mentari ada gambar Black & wife..

      Delete
    2. Dia dulu kira macam warden untuk budak2 AF batch Khai & batch Nana. Tu yang dia agak femes gak among artis.

      Delete
  6. Info ini banyak membantu saya dlm perjalanan dari stesen Dongjak. Saya masih dlm perjalanan. Harap selamat sam9ai destinasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. En. Abdul Rahman insyaallah sy pun akan smpi ke restoran ni hope sy x sesat sesat.ini pun main redah jer hehe..

      Delete
    2. @Abdul Rahman insyaallah sy pun akan ke sana esok tapi hope x sesatlh hehe..

      Delete
  7. Semoga selamat sampai ke destinasi.

    ReplyDelete
  8. Kalau nk balik nak bus yg sama, nk turun kt mane ye??? Contoh kt station subway yg kita naik td

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik bas yg sama cth bas 7018 turun dekat Gyeongbokguk. Dlm bas nnt tunggu dia annouce Gyeongbokgung. Bas tu akan berhenti dekat dengan kedai Popeyes yg saya tunjuk dlm gambar. Dia bertentang dengan tempat mula tunggu bas nak ke sana :)

      Kalau hendak saya tolong checkkan bas balik ke tempat lain pun boleh. Yang direction ni saya buat balik ke Gyeongbokgung, mudah untuk semua.

      Delete
  9. Restaurant ni serve utk group je ke? Atau boleh utk prsendirian?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walk-in sendirian pun boleh. Bkn group semata.

      Delete