Wednesday, September 3, 2014

Kereta Dicuri.

Bila tengah golek-golek masa nak tidur waktu malam rasa semacam tak percaya terkena dekat family sendiri. Selalu dengar jiran-jiran (kawan ayah) saja yang kena sekali tuptup hari Ahad minggu lepas, celik saja mata terdengar kereta ayah sendiri pula yang kena curi. Hmm... Nak sumpah-sumpah pencuri tu je rasa.

Dua minggu sebelum raya, kawan ayah kena. Ini lepas sebulan raya, kereta ayah pula yang kena angkut. Silap-silap sebulan lagi, satu lagi kereta besar dia angkut. Yang syok tu dia angkut semua kereta besaq. Aish.

Kereta yang dah disterenglockkan pun dia boleh curi. Teruk betul masalah kecurian sekarang ni. Teruk betul masalah kecurian kereta di kawasan kejiranan kami sekarang ni. 

Rasa macam surreal sampai ke hari ini. Baru beli 3 tahun je kereta Alza ayah tu. Sedih betul. Kesian dekat mak, kesian dekat ayah. Tak tahulah boleh jumpa balik ke tidak. Macam tak je kan. Ada seorang jiran tingkat atas tu rezeki dapat balik kereta dia sebab letak GPS. So boleh trace. Hmm... 

Sekarang ni susahlah sikit hendak pi restock barang dekat kedai T_T. Hmm...

Semoga Allah ganti dengan kereta yang lebih besaq! Hahaha..... Amin. Tolong aminkan juga.

1 comment:

  1. Ya Allah dugaan. Orang sekarang ni pelik2 tau. Sebesar2 kereta boleh diorang curi. Macam kes kat UMS haritu, ada 1 dewan makan tu. Boleh pula hilang chiller yang segedabak tu. Then xdapat nak trace kat cctv. Pelik betul. Semoga Allah ganti dengan yang lebih baik Ja. Insha Allah, amin.

    ReplyDelete