Saturday, September 26, 2015

Bucket List

Nak kata berlist sangat itu tidaklah. Sekadar buat catatan dekat blog yang suram sendu ni je. Orang kata kalau nak apa-apa tulis, cakap selalu, bayangkan inshaAllah mana tahu ada rezeki.

So, sejak empat lima hari ni sibuk la baca trip orang lain ke Melbourne dan Germany. Setakat hari ni itu dua negara yang ada dalam list nak cuba jejak tahun depan atau tahun tulat. Cukuplah asyik ke Korea je. Kalau repeat tu mesti bersebab samada teringat dekat makanan, kecantikan musim luruh atau nak jumpa kawan-kawan Korean. Cukup-cukuplah. Penat nak balas bila orang cakap "kahwin jelaaa dengan orang Korea". Boring. Agaknya kalau duk repeat pi Jerman, depa suruh kami "kahwin jelaaa dengan orang Jerman." Apa punya mentaliti kah ini? Hehe... tapi okey la juga dari Korean kan. Eh?

Tapi bila tengok budget mereka-meraka yang dah pergi sana rasa macam ada guruh sat. Mahal! Bulu roma mas takda nak gadai buat belanja. Apamacam?

Hendak tak hendak, kita berangan je dulu. Lepas tu study je pasal negara yang nak pi. Boleh la kayuh pelan-pelan buat itinerary.

So, hari ni 26 September 2015.  Tengoklah tahun bila boleh tercapai impian yang satu ni.


No comments:

Post a Comment