Ispahan cupcake ni combination 3 flavors yakni rose, raspberry dan laici. Dalam kes saya, kek perasa rose, frosting pula raspberry cream cheese dan hiasa dengan sebiji laici.
Al-kisahnya terbaca satu buku pasal cupcakes dekat MPH minggu lepas. Hampir semua cupcakes dalam buku tu sama semua bahan-bahannya. SAMA!! I is like rugilah beli setakat resepi sama je. Yang lainnya dia tukar essence/ serbuk je. Kacang peas sungguh!
Berbekal petua tu la yang balik rumah godek-godek resipi in collection yang lebih kurang sama ja dengan buku tu. Jeng jen jeng I is senyum lebar. Buat pun sekejap je tak lama mana.
Berbaloi la pi kelas kek harga 300 ratus. Dapat resepi yang inshaAllah dijamin sedap lepas tu boleh ikut kretif masing-masing nak olah jadi macamana pun. So, kalau orang tak kongsi resepi tu faham-faham la kadang-kadang diorang ni bayar mahal nak dapatkan resepi and tips. (Dulu selalu juga hangin orang tak mau share resepi. Huhu..)
No comments:
Post a Comment