Showing posts with label Trip. Show all posts
Showing posts with label Trip. Show all posts

Saturday, February 12, 2011

1st Day in Seoul [Morning]

Assalamu'alaikum & Annyeong~~

Asalnya nak ke hotel dulu tapi perjalanan dari Incheon ke Seoul memakan masa lebih kurang 1 jam lebih disebabkan trafik yang sesak. Ala-ala KL jugaklah. Pagi-pagi, orang berpusu-pusu nak pergi kerja kan. Kereta-kereta atas jalan pun ada yang masih bersalji atas bumbung kereta. Hehe... Jadi, kami terus dibawa ke tempat yang sepatutnya untuk join tourist yang lain. Tujuan dia supaya kami tidak terlepas tempat-tempat yang patut kami lawati.

First gambar bersama Encik Salji. Coat tak berzip tapi kalau setakat nak berdiri dekat tepi kereta ambil gambar boleh tahan lagi. Hehe... Muka tak 'siap' sebab tak terfikir nak pakai bedak ke apa. Sejukkkkk~~ Bercakap siap keluar asap. Hehe... Memang jakun.

Pagi di Seoul , 24th January 2011
Gambar ini diambil sementara menunggu tour guide sampai.

Akhirnya berjaya menjejakkan kaki di Seoul, Korea

Saya ingatkan satu bas penuh dengan tourists. Sekali, hanya bas kecil yang sampai. Rupa-rupanya trip yang dibooked ialah private tour. Saya, pemenang lagi satu, Lyn dan ada seorang Uncle dari US join tour kami. Generous betul. Kamsahamida Korea Tourism Organization.

Tour guide yang friendly dan boleh 'masuk' sebab
dia pernah melawat Malaysia. Kira ada jugalah topik yang boleh dikongsi.
English dia pun bagus!! Banyak betul sejarah yang dikongsi.

Hari pertama, tempat yang kami lawati ialah Palace dan Temple. Kemudian ke Presidential Blue House. Yang ini kami lalu sahaja. Kira tengok dari dalam bas. Bukan boleh masuk pun dan memang ramai askar-askar berkawal dekat kawasan tu. Tak macam Istana Negara. Boleh berhenti ambil gambar dengan kuda ke apa. Blue House ni sebenarnya ialah Rumah President Korea yang pada hari tersebut tidak kelihatan biru sebaliknya telah bertukar menjadi White House sebab dah diselaputi salji.

Dari satu tempat ke satu tempat - Changdeok Palace, Jogye Buddhist Temple, Gyeongbok Palace, The National Folk Musuem, Namsan Hanok Village dan Amethyst Center. Rasa nak tercabut juga kaki. Semua tempat- tempat tu kawasannya sangat luas. Lepas lunch di area Itaewon, kami ke Insadong, Namdaemun dan Ginseng Center.

Gambar-gambar yang sempat dicaptured dekat tempat-tempat seperti yang tertulis di atas.





Sepatutnya dekat sini ada The Royal Guard Changing Ceremony tapi disebabkan kawasan dilitupi salji, makanya ceremony tersebut telah dibatalkan. Saya ambil gambar dengan guards sahajalah jawabnya.





With Lyn from Philippines

Bila berjalan dalam sejuk, advantage dia tak berpeluh. Tapi disadvantage dia lapar! Haish... Perut pula hanya beralaskan makanan dari dalam flight yang entah pukul berapa pagi saya makan pun saya tak pasti. Kami berhenti lunch lebih kurang pukul 1.oo lebih di area Itaewon. Dalam perjalanan nak ke restoran, tour guide tanya, saya vegetarian ke? Jadi dia akan orderkan saya Dalsot Bibimpap.

숟가락 그리고 젓가락
[Sudgarak geurigo jeotgarak]
Sudu dan chopsticks ^^

Kimchi
Not that bad. Boleh terima tekak ni. First time ^^

Menu
Kertas nipis bertulis Menu yang diletakkan di atas meja.
(Macam kertas lapik dulang McDonald dekat Malaysia)
2 in 1 sebab digunakan juga sebagai alas pinggan.
Senang, tak perlulah pelanggan kerja dok minta menu dari pekerja kedai.

Dalsot Bibimpap saya!!
Sedap, kena dengan selera ^^
Nanti nak kena pi cari dekat area Gombak, restoran Korea
pemiliknya orang Korea (suami) dan Malaysia - Melayu (isteri)

Sebelum saya akhiri cerita ni, saya nak berkongsi sedikit ilmu yang saya dapat. Itu pun hasil bertanya dekat forum iluvislam.com

Apakah hukumnya seorang Muslim makan dari bekas makanan yang digunakan untuk menghidang makanan yang tidak halal? (Makanan yang kita makan pula ialah makanan seperti sayur-sayuran)
Jawapan: Pencerahan dari Ustaz Al-Johori

Alhamdulilah Aljawab Tak pernah pula saya dengar pinggan mangkuk kena samak kecuali bekas yang dijilat anjing sahaja yang perlu disamak. Ini dinyatakan dalam sebuah hadith riwayat BUkhari dan Muslim. Hadith penuhnya: Dari Abu Tsa'labah Al-Khusyani رضي الله عنه bahwa ia bertanya kepada Nabi صلی الله عليه وسلم tentang hukum makan dengan menggunakan tempat makanan kaum musyrikin. Maka Nabi صلی الله عليه وسلم bersabda. 'Artinya : Jangan kalian gunakan untuk makan, kecuali bila tidak ada yang lain, cucilah terlebih dahulu, baru gunakan untuk tempat makanan kalian? Kat sini jelas,Nabi hanya menyuruh mencuci seperti biasa. Hal ini diperakui oleh Imam Yusuf Al-Qardhawi dalam kitabnya Feqh Taharah dan Syeikh Abdul Aziz bin Bazz dalam kitabnya kita Al-Fatawa Juz Awwal. Bagi bekas yang dijilat anjing. Imam Yusuf Al-Qardhawi berkata: dalam hadith sahih dijelaskan bahawa tempatm yang dijilat atau diminum oleh anjing hendaklah dicuci sebanyak tujuh kali dan salah satunya hendaknya dicampur dengan tanah... dalilnya: "jika ada anjing yang minum dari tempat minum kalian,maka hendaknya dia cuci tujuh kali"(HR Bukhari dan Muslim) WaAllahualam.. WaAllahualam.

Jawapan: Dari seorang sahabat

Boleh saja basuh dgn air dan sabun. Islam itu mudah. Tapi ada syaratnya. Syaratnya tak ada pinggan atau mangkuk lain yg terdapat d situ. Macam... contoh duduk hotel, kita tak tahu kalau sebelum kita, ada orang dah guna pingan tu untuk makan babi dan sebagainya. Tapi Islam itu mudah dan contoh telah diberi dgn hadis Nabi dekat atas. Basuh dgn sabun biasa pun boleh :)

- setakat ni itu yg ****** pernah dengar dari penerngan ustazah kita dulu :) -
Perjalanan selepas makan akan disambung kemudian. Sesi petang melibatkan pihak penganjur ^^ InsyaAllah, dikesempatan yang lain, saya kongsi lagi cerita yang tak seberapa ni.

Annyeong ^^

Monday, January 31, 2011

Win a Trip to Korea, Am I Lucky?

Hello. Annyeong~~

Mannaseobangapseumnida

Entri kali ini akan ditulis menggunakan bahasa ibunda kerana saya tidak mahu memecahkan kepala memikir dan menulis menggunakan bahasa orang putih (tapi sebenarnya kalau tengok betul-betul bukan putih mana pun mereka itu). Kalau setakat nak tulis tajuk, tak da masalah tapi kadang-kadang boleh pecah kepala juga.

-SATU-
Baiklah, saya bkn berumur 20 tahun sebenarnya. Sepanjang 20 tahun hidup ni (5 tahun lg zaman kanak-kanak hingusan yang hidupnya tak kisah hal-hal lain hanya taksub dengan bermain sahaja) rasanya saya kurang bertuah kerana agak payah nak memenangi sebarang cabutan bertuah. Tak kira cabutan bertuah di sekolah, di universiti mahu pun di shopping mall (sebab shopping mall kan ada juga cabutan bertuah ni).

-DUA-
Saya punya impian yang berderet tapi satu impian yang tak pernah hilang dari ingatan ialah untuk menjejakkan kaki di negara orang dalam erti kata lain, negara yang bahasa pertuturannya bukanlah bahasa Melayu. Walaupun pada hakikatnya, bahasa Inggeris saya bukanlah sehebat mana malah masih tunggang terbalik lagi. Impian zaman sekolah rendah. Macam biasa, zaman sekolahlah zaman yang banyak berangan (tipu. sekarang ni pun masih banyak berangan lagi). Maka, dari satu tahun ke satu tahun saya menunggu peluang untuk ke sana malangnya tidak berjaya kerana keputusan SPM hanya melayakkan saya ke universiti tempatan sahaja.

-TIGA-
Tahun 2010, saya ketemu satu lagu yang tajuknya sangat meninggalkan kesan kepada saya. Lagu Korea bertajuk ' Hope is a Dream That Doesn't Sleep'. Lagu berkisarkan percintaan seingat saya. Tapi tak apa.

Asal punya waktu terluang, saya pasti membaca phrase ini berulang kali sampai lekat dalam hati. Asal mood down je saya pasti akan mendengar lagu ini berulang kali sampai saya boleh menyanyi sekali. Lagu ini dinyanyikan dalam bahasa Korea tapi saya suka dengar melodinya (sebenarnya suka juga dekat si penyanyi lagu ni :P). Tiap-tiap kali dengar lagu ni terasa semangat saya yang merudum kembali berbunga. Saya tulis atas sekeping kertas dan lekat di tempat yang senang saya nampak. Ketika bersosial di Facebook pula, pasti phrase ini yang tertulis di shout box Facebook saya. Rasanya semua orang pun tahu inilah favourite phrase saya baik kawan lelaki dan juga perempuan.

-EMPAT-
Tahun 2010 juga menyaksikan betapa addictednya saya terhadap negara bernama Korea (mujurlah pointer tak menjunam ke angka 2 dek gara-gara terlampau banyak menonton rancangan realiti show Korea). Sesungguhnya tidak dapat dinafikan entertainment industry mereka memberi impak yang sangat besar. Dan masalah saya pula, alang-alang dah minat artis Korea, lagu Korea, drama Korea... apalah salahnya kalau saya belajar bahasa Korea juga. Maka saya pun mengorak langkah (eceh!). Dari belajar bahasa Korea, saya google dapatkan segala info berkaitan dengan Korea. Budaya, bahasa, makanan, tatasusila, tempat-tempat menarik... Sekurang-kurangnya saya ke sana bukan kerana artis mereka semata-mata (tapi masih berharap akan bertemu seorang dua di tengah jalan ke apa :P).

-LIMA-
Hujung tahun 2010, semasa masih bergelar penganggur kehormat, masa saya banyak dihabiskan dengan bermain internet. Dan waktu itulah saya terjumpa satu contest bertajuk Images Come True organized by Korea Tourism Organization yang menawarkan hadiah percutian ke Korea. Contest ni sempena 2010-2012 Korea Visit Year. Gigih saya berusaha mengumpul mata demi mata. Sebabnya siapa yang kumpul paling banyak, dialah yang menang. Ada satu masa, sambil main sambil menangis sebab line internet slow. Hoho...

-ENAM-
Alhamdulillah. Awal tahun 2011, Ahad 24 Januari akhirnya saya berjaya menjejakkan kaki ke Seoul, South Korea. Saya berjaya hasil usaha gigih meng'tweet' gambar-gambar tempat menarik di South Korea. Hehe....

Akhirnya, bertuah juga saya setelah kecundang berkali-kali dalam usaha untuk memenagi cabutan bertuah. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia??? Hurmm... Akhirnya, impian dari zaman sekolah rendah berjaya dicapai pada tahun 2011 setelah menanti bertahun-tahun lamanya.

HOPE IS A DREAM THAT DOESN'T SLEEP

Kesimpulannya, jangan berhenti berharap. Kadang-kadang memang nampak payah nak capai apa yang kita impikan. Tapi... Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Wassalam.

Saturday, January 29, 2011

A Walk To Remember - Winter Trip 2011 Seoul, S.Korea

Annyeonghaseyo~~

I'm flying with wings
MAS MH066
23rd January 2011
To Incheon Airport, Seoul

Safely arrived in Incheon Airport, Seoul
24th January 2011 at 6.35 am.
The temperature was -8 degree celcius that morning.