Monday, January 31, 2011

Win a Trip to Korea, Am I Lucky?

Hello. Annyeong~~

Mannaseobangapseumnida

Entri kali ini akan ditulis menggunakan bahasa ibunda kerana saya tidak mahu memecahkan kepala memikir dan menulis menggunakan bahasa orang putih (tapi sebenarnya kalau tengok betul-betul bukan putih mana pun mereka itu). Kalau setakat nak tulis tajuk, tak da masalah tapi kadang-kadang boleh pecah kepala juga.

-SATU-
Baiklah, saya bkn berumur 20 tahun sebenarnya. Sepanjang 20 tahun hidup ni (5 tahun lg zaman kanak-kanak hingusan yang hidupnya tak kisah hal-hal lain hanya taksub dengan bermain sahaja) rasanya saya kurang bertuah kerana agak payah nak memenangi sebarang cabutan bertuah. Tak kira cabutan bertuah di sekolah, di universiti mahu pun di shopping mall (sebab shopping mall kan ada juga cabutan bertuah ni).

-DUA-
Saya punya impian yang berderet tapi satu impian yang tak pernah hilang dari ingatan ialah untuk menjejakkan kaki di negara orang dalam erti kata lain, negara yang bahasa pertuturannya bukanlah bahasa Melayu. Walaupun pada hakikatnya, bahasa Inggeris saya bukanlah sehebat mana malah masih tunggang terbalik lagi. Impian zaman sekolah rendah. Macam biasa, zaman sekolahlah zaman yang banyak berangan (tipu. sekarang ni pun masih banyak berangan lagi). Maka, dari satu tahun ke satu tahun saya menunggu peluang untuk ke sana malangnya tidak berjaya kerana keputusan SPM hanya melayakkan saya ke universiti tempatan sahaja.

-TIGA-
Tahun 2010, saya ketemu satu lagu yang tajuknya sangat meninggalkan kesan kepada saya. Lagu Korea bertajuk ' Hope is a Dream That Doesn't Sleep'. Lagu berkisarkan percintaan seingat saya. Tapi tak apa.

Asal punya waktu terluang, saya pasti membaca phrase ini berulang kali sampai lekat dalam hati. Asal mood down je saya pasti akan mendengar lagu ini berulang kali sampai saya boleh menyanyi sekali. Lagu ini dinyanyikan dalam bahasa Korea tapi saya suka dengar melodinya (sebenarnya suka juga dekat si penyanyi lagu ni :P). Tiap-tiap kali dengar lagu ni terasa semangat saya yang merudum kembali berbunga. Saya tulis atas sekeping kertas dan lekat di tempat yang senang saya nampak. Ketika bersosial di Facebook pula, pasti phrase ini yang tertulis di shout box Facebook saya. Rasanya semua orang pun tahu inilah favourite phrase saya baik kawan lelaki dan juga perempuan.

-EMPAT-
Tahun 2010 juga menyaksikan betapa addictednya saya terhadap negara bernama Korea (mujurlah pointer tak menjunam ke angka 2 dek gara-gara terlampau banyak menonton rancangan realiti show Korea). Sesungguhnya tidak dapat dinafikan entertainment industry mereka memberi impak yang sangat besar. Dan masalah saya pula, alang-alang dah minat artis Korea, lagu Korea, drama Korea... apalah salahnya kalau saya belajar bahasa Korea juga. Maka saya pun mengorak langkah (eceh!). Dari belajar bahasa Korea, saya google dapatkan segala info berkaitan dengan Korea. Budaya, bahasa, makanan, tatasusila, tempat-tempat menarik... Sekurang-kurangnya saya ke sana bukan kerana artis mereka semata-mata (tapi masih berharap akan bertemu seorang dua di tengah jalan ke apa :P).

-LIMA-
Hujung tahun 2010, semasa masih bergelar penganggur kehormat, masa saya banyak dihabiskan dengan bermain internet. Dan waktu itulah saya terjumpa satu contest bertajuk Images Come True organized by Korea Tourism Organization yang menawarkan hadiah percutian ke Korea. Contest ni sempena 2010-2012 Korea Visit Year. Gigih saya berusaha mengumpul mata demi mata. Sebabnya siapa yang kumpul paling banyak, dialah yang menang. Ada satu masa, sambil main sambil menangis sebab line internet slow. Hoho...

-ENAM-
Alhamdulillah. Awal tahun 2011, Ahad 24 Januari akhirnya saya berjaya menjejakkan kaki ke Seoul, South Korea. Saya berjaya hasil usaha gigih meng'tweet' gambar-gambar tempat menarik di South Korea. Hehe....

Akhirnya, bertuah juga saya setelah kecundang berkali-kali dalam usaha untuk memenagi cabutan bertuah. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia??? Hurmm... Akhirnya, impian dari zaman sekolah rendah berjaya dicapai pada tahun 2011 setelah menanti bertahun-tahun lamanya.

HOPE IS A DREAM THAT DOESN'T SLEEP

Kesimpulannya, jangan berhenti berharap. Kadang-kadang memang nampak payah nak capai apa yang kita impikan. Tapi... Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Wassalam.

8 comments:

  1. good for you.. enjoy your trip and cant wait to see and hear all about the places you've visited and stuff you've purchased!! take care and keep warm in Korea..

    ReplyDelete
  2. salam jaja..
    haa.. tuah manusia takde sapa yg jangka kan,
    mmg dah jadi rezeki nak jejak kaki ke korea..:)

    "jangan berhenti berharap. Kadang-kadang memang nampak payah nak capai apa yang kita impikan. Tapi... Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih."

    akak suka ayat atas ni :)

    ReplyDelete
  3. Seronok baca.
    Tahniah! Entri yang beri inspirasi, supaya jangan berhenti berharap. :)

    ReplyDelete
  4. Kantoi akak suka kyuhyun.. btw, zati pon suka lagu tue.. XD

    ReplyDelete
  5. wow!seronoknya bila impian yang sekian lama akhirnya menjadi kenyataan...tahniah!!

    ReplyDelete
  6. zati~~

    alamak.. kantoi pulak tp kyuhyun no.2. no.1 masih lg rahsia. hehe...

    suara kyuhyun sedap tu yg jd sedap lagu tu. hehe...

    ReplyDelete
  7. mrs. sheikh: hehe... rejeki lps nanges beria-ria. akak pon tau sy dok gila korea mcmana kan. heheh...

    ReplyDelete
  8. wow i just read about it...memang best bila DREAMS COME TRUE! ;) Tahniah..!

    ReplyDelete