Monday, November 18, 2013

50 Hari di Korea dan Kembali Semula ke Tanah Air, Malaysia.

Sobs...
Akhirnya kembali semula ke dunia realiti, pulang semula ke pangkuan keluarga di Tanah Malaya setelah 50 hari ber'Autumn in My Heart' di Korea Selatan. Sekejap je masa berlalu. Tuptuptup...dah kena balik rumah dah.

Perasaan??
Setakat ni syok tak terkata. Tak ada la panas sangat Malaysia ni. Haha... Tapi ada juga rasa frust tertonggeng sebab hari ni (18 Nov) first snowfall dekat Korea. Terbalik awal sehari pula. Sobs... Nak kena repeat ke ni next year? *ppang!~* Mengada sangat nak repeat lagi. Tengoklah...

50 hari dekat Seoul dan ada beberapa hari keluar dari Seoul rasanya dah cukup kut. Mungkin lepas ni kalau ada rezeki pergi Korea, saya nak pergi tempat lain pula. Maybe Busan, Jeju, Gwangju, Jeonju etc pula kut. Nak merayap dekat bahagian bawah pula. InsyaAllah.

Alhamdulillah, satu benda yang nak buat since 3 years ago dah tercapai. Lepas ni kena fokus benda lain pula.

Gambar-gambar dekat Korea ni pun nak kena belek balik satu persatu. Rasanya macam ada lebih dari 2000 keping gambar kut. Err... Nak belek nak cari yang elok dan cantik tu mahu berjam-jam juga. Adoi...

Annyeong!~


3 comments:

  1. Welcome back... ade rase nak repeat lagik tak tahun depan? ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tapi mcm la dapat pi lg kan. Rasa nak repeat spring pulak kot ^_^

      Delete
  2. upload smuaaaaaa !! welcome back!! Uiks.. snow betol2 lpas Kak jaja balik,kan? nt kta repeat lagi lagi lagi and lagi

    ReplyDelete