Tuesday, June 3, 2014

Janji Jepun; Outing with Chizuru san.

Ok, semua orang update cerita pergi jalan-jalan di Jepun. Saya.... saya masih di takuk lama, masih tersekat di Korea. Belum naik syeikh lagi untuk pergi Jepun padahal tiket kapal terbang merah mahal (gelak-gelak kapal terbang merah kena perli dengan Malindo tapi masih 'pandang tak jemu' weih kapal merah tu).

Cerita pergi outing dengan orang Jepun aci tak? Bolehlah kan janji ada perkataan Jepun juga. Haha... Nak juga tu. Tak mau kalah.

So, sesi perkenalan dengan kakak Jepun ni seperti biasa bermula di Kimchee Guesthouse Sinchon sebab itulah rumah saya dekat sana. Nama beliau ialah Chizuru, nama keluarga tak pass sebab payah nak sebut. First impression selepas sesi suai kenal selama lebih kurang 30 minit, "Wah, orang Jepun ni friendly, baik-baik belaka" hanya kerana Chizuru san telah bermurah hati memberi sekeping hot pack kepada saya. Seperti biasa, saya mengomel tak sudah tentang cuaca sejuk melampau Korea di musim luruh. Tangan saya ni sejuk gedi tiap-tiap malam. Chizuru san pun terkejut bila dia pegang tangan saya rasa sejuk sungguh.

Selama beberapa hari kami menjadi jiran di Kimchee Guesthouse, pernahlah 2 kali kami outing bersama; breakfast dan berjalan-jalan di Naksan Park. Seperti biasa, terpengaruh dengan orang lain untuk pergi melihat kawasan shooting drama Roof Top Prince tapi misi gagal. Gagal misi yang satu ni tapi berjaya jumpa kawasan shooting drama King 2 Hearts. Masa tu barulah faham perasaan peminat-peminat drama Korea bila berjaya pergi lokasi shooting drama yang mereka minat. Huahuahua... sebab waktu pergi Nami Island, kurang teruja sebab tak pernah tengok drama tu.

Hari itu, Chizuru tak ada plan so dia join saya pergi Naksan Park. Seperti biasa, saya confirmlah akan naik bas hijau Korea tu. Seronok sikit hari ni ada kawan nak berjalan tapi cuaca mendung sangat, langit kelabu je. Jomlah tengok gambar ya.

18 stops from 'home' (red box) to Hyehwa Station (purple box).
Ada banyak gambar signboard ni dalam K-folder
I wish M'sia pun ada benda ni tapi......

Seat betul-betul menghadap pintu.

Sebelum sesi 'perpeluhan'  mendaki



Letak gambar mural nanti ada pula orang claim kita ni curi dia punya gambar. Adoila...macam-macam perangai. (c.c Fiqah) Dah orang lukis tepi jalan, confirmlah semua rakyat jelata tak jelata boleh ambil gambar. Isk...





Simple exterior design, material used kayu-kayan, menarik.


Mart



Sesi mendaki. Semput!

Dari kejauhan, Seoul Tower. Langit mendung 


Dekat tembok inilah kawasan shooting King 2 Hearts,
part yang puteri raja menyanyi dengan ala-ala orang kanan istana

Rimbunan daun pokok yang berwarna-warni


Chizuru san

Peace. Senyum lebar sebab jumpa tempat shooting K2H

Gigih Chizuru eksesais

Jalan turun balik dari atas Naksan. Bijak as always sebab balik ikut arah lain dan.......



Tanam pokok dalam pasu susun atas bumbung
rumah.

Ajumma

Despite the language barrier, we were having
so much fun that day


Hyewha area

Mural no matter small, pretty as long as you draw something
on the wall, call it mural.


Why you sooo craetive? Tell me why.

Construction in progress. Kami macam buntu sekejap nak meneruskan
perjalanan. Chizuru pakai kasut bertumit. Redah juga.
 Disajikan dengan mural comel ini selepas perjalanan mendaki turun yang memengahkan juga.








Masih tertanya-tanya mengapakah, apakah tujuan, kelebihan etc menggunakan batu-bata merah ni dalam hampir kesemua binaan bangunan (terutama rumah) mereka. Adakah disebabkan faktor 4 musim? Sebab berbeza dengan negara kita. Budak-budak QS UIA tu kalau ada site visit untuk 3rd year ke yang 4th year tu patut pergi Korea ni ha. Murah pun murah. Boleh tengok macam mana mereka construct subway yang bawah bawah bawah tanah tu dan materials used, difference between Malaysia and Korea etc.


Puaslah kami berdua turun naik turun naik kawasan perumahan dekat Naksan tu. Siap sempat tanya ajumma-ajumma yang berkumpul dekat situ dekat mana jalan keluarnya. Kami ni dah macam lost sekejap. Mulut masing-masing sibuk cakap nak makan itu nak makan ini. Lapar tahap gaban. Plan nak pergi makan dekat area Hyehwa tapi sebab dah salat turun terpaksa tukar plan.

End up kami keluar dekat satu pekan kecil. Singgah beli junk food dulu baru tanya macam mana nak pergi subway Hansung University which one stop after Hyehwa. 


Ikan goreng masak kacang merah. 

Banyak kali juga nampak papan iklan bergerak ni. Tak tahulah apa yang diiklankan. Sda kaitan dengan agama Kristian kut.

Papan iklan bergerak

Construction dekat area Sinchon yang dah siap sekarang

Salivating I
Prefer yang ini lagi dari dekat Dongdaemun tapi manis bawang dekat
Dongdaemun lagi umphh!

Salivating II

Peace before eat eat. Sebenarnya dah kes kebulur sangat kami ni

Sebelum pulang ke 'sarang' kami sempat singgah dekat satu kedai CD di area Sinchon. No damage done. Nama saja kipas kasi mati ajushiideul tapi tak sanggup sangat nak perabih duit untuk depa. Setakat ni ada satu CD dan sekali je pergi konsert diorang dekat Singapore just for the sake nak experience apa yang best sangat pergi konsert. Dan, sesungguhnya memang best. Padanlah pergi sekali nak pergi lagi tapi saya masih berjaya tahan diri walaupun kadang-kadang goyah juga. Huu...


Sipi-sipi nak join Chizuru pergi music show tapi sebab kena bangan awaaaaaal sangat, cancel. Pernah dengar atau pernah kenal idol group nama My Name? Er... saya tak pernah. Tapi tujuan Chizuru san datang ke Seoul sebab group tu buat comeback.

8 comments:

  1. Wowww..bestnya Korea. Patutlah suami saya tak nak pindah malaysia pun dulu-dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami kerja dkt Korea ke dulu?
      Org mcm saya yg tak reti drive mmg la suka gila dgn Korea sbb public transport.
      Tp kalau utk food, solat Msia masih tiptop la. Cuma kalaunak diet rela gi duk sana :)

      Tq sudi singgah blog. Saya cari info pasal Osaka. Termasuk blog awak.

      Delete
    2. A'ah dia kerja di Korea dulu. Btw, Osaka best :D

      Delete
  2. hahahha..tergelak kejap! bestnya mural2..suka sangat..area Hyehwa nih agak best lah.hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. kekek...siap c.c kan....
      ala tp akak nak pergi yg dekat tangga semua tu...

      Delete
  3. Lawa gila mural2 tu semua. Xpela sesat pun sebab dapat cuci mata. Walhal kalau jadi kat diri sendiri, mau risau kepala otak cari jalan keluar. Nak balik kg autumn ni wei. Hihi.

    Japanese memang baik2 belaka. Pasni grab tix kapalterbangmerah time promo. Harap ada yang murah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah beli tiket balik kampung ke??
      Poning kepala baca info subway Japan.
      Nak beli pass yang mana satu pun duk blur lagi.
      JR pass bagai apa benda.

      Fail! Kalau baca info Korea sume faham tp yg Jepun ni blur sgt.
      Bie, nanti tolong kasi pinjam itin ye.
      Heheh...

      Delete
    2. Jan nye tix dah beli. Oct ni belum lagi sbb kaedahnye nak beli pas raya. Kalau nak travel dari Osaka ke Tokyo tu semua better lah beli JR Pass. Sebab berbaloi.

      Hahahaha kalau baca info pasal kg memang akan jadi extra semangat, paham pun laju je. Kalau nak boleh, nanti aku email. Tapi caca merba la sikit.

      Delete