Monday, October 10, 2011

Roti Bakar by Swedebie, Comel!!

Hi! Hai! Hello!

Selamat Hari Isnin. Semalam ramai orang melaporkan bulan lebih cantik dari selalu. Ada sesiapa yang berjaya menyaksikan kecantikan ciptaan Allah ini? Saya? Tidak berkesempatan sebab saya malas hendak keluar rumah. Tetapi berjaya juga tengok hasil tweet-an kawan di Twitter.

Er... lihat ini, comel bukan? Sebenarnya sudah lama saya follow blog Swiedebie ni . Setahun dua yang lepas kalau tidak silap saya. Waktu itu saya masih duk gila dengan felt. Sekarang sudah kurang sikit. Semua hasil crafts Swiedebie adalah comel-comel. Sangat!

credit: Teemie Toast Brooch

credit: Origini Brooch

Weee~~ my favourite!
Matryoshka Dolls!

Insan disebalik tabir Swedebie ini ialah Ms. Swee, a Singaporean fashion and bridal designer. Silalah melawat blog Swedebie untuk melihat hasil-hasil crafts yang comel-comel itu. Mungkin ia juga boleh memberi inspirasi kepada Malaysian crafters di luar sana.

Nota kaki 1: Rasa nak buat satu macam ni untuk diri sendiri. Cuma... malas lebih!!
Nota kaki 2: Malas-malas boleh pergi beli terus dengan Sus n d Felt Product. Comel dan lagi banyak pilihan warna.

1 comment: