Sunday, January 5, 2014

Couch Surfing with Erica Park & Agung

Misi couch surfing diteruskan lagi. Gigih la duk heret beg ke hulur ke hilir. Sesiapa yang nak cuba couch surfing bolehlah melawat site couch surfing dekat sini --> CLICK. Sebenarnya yang gigih sangat buat couch surfing sebab accomodation fee seminggu dekat Korea Central Backpacker dah cecah RM400++. So ini adalah salah satu cara nak cover balik expanses. Tapi janganlah dah menumpang rumah orang tu datang dengan tangan kosong ye idak. Bawalah buah tangan dari Malaysia yang simple-simple pun boleh; keychain, fridge magnet etc :)

Dari rumah Gina Lee, sebab dah penat berjalan satu hari, beg pula banyak so dari Kyodae saya ambil teksi ke Ttukseom. Sebenarnya plan nak naik subway je sebab satu line dari station Seoul Uni. fo Education tapi cancel. Lepas dinner nasi goreng ala kadar dekat rumah Gina terus bergegas ke sana sebab Erica dah tunggu dekat luar rumah. Huhu... Dapat pula ajushii teksi yang pandai speaking English, kira not badlah. Sempatlah sembang sikit-sikit dengan ajushii tu. Dia siap tanya apa pendangan terhadap rakyat diaorang semua. Balun jawab!~

Dari bawah SNUoE ke atas, Ttukseom

The best about Erica ni sebab dia pandai Bahasa Indonesia! Terngiang-ngiang dia panggil boyfriend dia "sayang~~". Tapi sayang seribu kali sayang, tak ada langsung gambar dengan Erica dan bilik rumah dia. Haha... Serius time ni memang kalau ultraman tu jantung dia dah liplapliplap warna merah sebab serius dah tak ada energy sesangat dah. Penat ya Allah! Dekat Malaysia sudahlah bukan jenis beraktiviti non-stop sekali dekat Korea straight tak ada rest. Punyalah teringin nak travel jangka panjangkan. Rasakan!~ Huhu...

Lega, rumah Erica ground floor, naik tangga sikit je. Masih terbayang dekat mata sampai-sampai rumah Erica, berdiri depan pintu, nampak Agung, siap boleh cakap dengan ramah-tamahnya "Oh, she learnt Bahasa Indonesia from you." Lepas tu mulalah sesi ramah tamah tahap kuasa 8 juta, non-stop bercakap bercampur aduk bahasa, English dengan Bahasa Malaysia. Excited kut bila jumpa orang yang satu rumpun ni. Lagi satu mungkin sebab nervous jumpa strangers tu yang peramah tahap dewa tu. Tapi serius macam dah kenal laaaaaama sangat kitaorang berborak. Isk...

Agung ialah boyfriendnya si Erica. Erica Korean, Agung Indonesian. Agung pernah belajar dekat Korea dan sekarang ni dah bekerja dekat sana. Macam keluar bling-bling dekat kepala bila jumpa orang yang bercinta lain-lain negara ni, selalu tengok dekat KBSW je.

Since dah sampai sana agak lewat malam, lepas borak-borak terus masuk tidur. Tidur-tidur ayam je. Tapi bagus diorang ni, walaupun bilik tu kecil sangat, tapi memang siap dah pasangkan heater semua sebab takut saya sejuk. Sobs... lega. Tapi part yang tak bestnya kena keluar saing dengan diorang sekali time Erica dengan Agung pergi kerja esok paginya.

Fabiayyi-ala'irobbikuma tukadziban.
Maka nikmat Tuhan manakah yang hendak kau dustakan?

Kaki yang berjasa. Kaki yang special. Allah bagi kurang sikit,
tapi Allah ganti dengan nikmat yang lain. Insaf jap. :)

p/s: Sekarang ni ada hobi baru, blog pun terbiar sekejap. Huhu..

No comments:

Post a Comment