Monday, January 6, 2014

Halal status of No Meat Ramyeon / Vegetable Ramyeon (야채라면)

Sebenarnya saya risau sedikit nak post perihal makanan dekat sana, tak berani sebab macam dah terkena dekat diri sendiri. Saya tak pasti itu daging bab ke daging biasa ke bukan daging. Padahal kedai tu katanya kedai vegetarian. VEGETARIAN. Hmm... Allah je yang tahu. Sebab bila kita menulis pasal makanan, orang lain jadikan rujukan, tuptup post tu ada kekurangan. Dah naya dekat orang yang jadikan kita punya penulisan sebagai panduan. 

Lagi satu, kadang-kadang makanan tu memang dah seafood (haemul 해물), tapi diaorang ni masak still bubuh ham la, daging bab la, daging la.... adoi. Yang ni berlaku dekat seorang budak Malaysia yang saya jumpa dekat guesthouse. Makan dah separuh pinggan tapi sekali bila kawan Korea rasa, sah ada cik bab. Kadang-kadang dah pesan jangan bubuh pun depa bubuh juga (dari pelajar Malaysia). Hmm...

Ok ni nak kongsi info baru pasal 야채라면 atau vegetable ramyeon yang saya peroleh dari FB Halal Korea. Jadi sebelum beli tu sila check dulu ingredients. Mungkin masih ada lagi stock-stock lama dipasaran, takut tersilap ambil pula. Please take note yang ini untuk ramyeon di pasaran Korea, yang di pasaran Malaysia saya tak berkesempatan lagi nak belek packaging dia, harap maklum.

Ramyeon yang ini

육수조미베이스 - meat flavoring

New ingredient exclude meat based product




credit to : Halal Korea.

Apakata kita makan jelah Maggi kari kita tu. Toksahlah makan ramyeon Korea ni. Sebab saya dah try makan kedua-dua ramyeon yang hijau dan yang merah tu, sama je, tak ada apa yang sedap mana pun. Sedap lagi Maggi kita tu ha. Cuma ramyeon Korea quantity dia banyak. Tapi kalau dah pergi Korea, dan nak makan ramyeon, bolehlah beli dekat convenience store dekat sana.

No comments:

Post a Comment