Thursday, January 23, 2014

One Whole Day at Seoul Forest Park (사울슾)

Second day couch surfing with Erica, I spent one whole day at Seoul Forest Park which is veeeery near to her house. Jalan kaki sahaja. Belakng rumah macam tu. Plannya hendak habiskan masa di sebelah pagi di taman kemudian beransur pergi Garosugil tapi sebab tak berapa nak boleh tidur, dan blur dan....penat maka cancel.

Sejarah Seoul Forest Park. Sumber: Visit Korea

Opened on June 18, 2005, Seoul Forest had previously undergone a series of changes onTtukseom (Ttuk Island). In the past the forest had been a royal hunting ground for kings and served as a military inspection facility. But, in more recent decades the area has served a wide variety of functions. Ttukseom initially served as a water-treatment facility, and later as a golf course, horse racing track, and eventually a sports park.  
Consisting of five parks spread over 350,000 pyeong (approximately 1.16 million ㎡) of land, Seoul Forest is an eco-friendly zone appreciated not only by the people of the city but also those visiting Seoul. Seoul Forest is rapidly developing into the premium city-park of Korea like Hyde Park in London and Central Park in New York. 
Kawasan perumahan 

The map 

Besar taman ni! Ada macam-macam. Dari track lumba kuda sampailah ke ladang rusa. Track lumba kuda tu dekat dengan sekolah. Duduk tengok orang naik kuda sambil main internet. Budak-budak sekolah baru nak pergi sekolah; yang naik basikal, yang jalan kaki, yang berlari-lari sebab dah lambat... ah~ macam dalam drama Korea pula. :)
Berselirat wayar. Sama macam dekat Phuket
Tak ada apa sangat nak cerita, jom tengok gambar je lah. Baru perasan time dekat sana saya jarang ambil gambar orang, banyak pemandangan je sebab takut satni kena sound pula tak pasal-pasal. 

Ramai je ajumma ajushii duk bersenam pagi tu

The road not taken

Jalan punya jalan sampai dekat area ni. Ada macam-macam sculpture dekat sini.


In the Center of the wind, Kim Yong Jin

A poet's footmark, Chang Hyung Taek

Holding Hands of Promise II, Kang Hee Duk

Walking Together, Lee Yong Deok

Stone. Wind - 0912, Kim Bang Hee

Books, Choi Eun Kyung


The green
Yang bangunan smart belakang tu apartment.
Saya ingatkan pejabat sekali Agung cakap bukan.



Hence the name, Mirror Lake
Tertarik betul dengan biji-biji merah kuning ni. Tak tahu pokok apa, buah ke, bunga ke. Tapi menarik. Berlatar belakang langit yang biru, kemudian dengan daun-daun yang hijau.


Gila sekejap! Lagi banyak!!! Macam beads

Kalau datang ke Seoul Forest ni dari main entrance, memang akan jumpa building ni. Since saya datang dari arah lain...jalan punya jalan baru jumpa. Dekat sini ada mart, perpustakaan kanak-kanak dan lain-lain yang saya dah lupa. Seperti biasa, dekat Seoul ni semua tempat boleh sewa basikal. Saya ingat boleh sewa dekat sini rupanya bila dah senja, baru tahu kedai sewa basikal tu dekat entrance yang awal-awal saya masuk tadi.

Management office

Wall of tiles. Art tiles

Yes! Stand out in the crowd!

Hi, annyeong!~

If only the trees are in autumn colours

Masih terpesona dengan susunan kayu-kayu bulat ni, so tuan tanah tak lepaskan peluang untuk ambil gambar kaki diri sendiri -_-"



Bunga apa ni?

Besar kawasan dia! Rehat sekejap sambil belek peta
 Bila penat dah hilang perut dah diisi, sesi berjalan diteruskan sekali lagi. Naik bukit turun bukit. Naik tangga turun tangga. Sampai dekat satu kawasan ni ada tanam pokok bunga, sayur-sayur ke apa tah. Tengah-tengah hari still ramai yang datang beriadah. Ada rombongan ajumma ajushii yang siap nyanyi lagu zaman dulu-dulu, rombongan budak-budak tadika dan ada juga ibu bapa bawa anak-anak berpicnic dekat situ.

Spot the butterfly! 

Katup. Fail.

After a few minutes of waiting, yeah!
Berjaya tangkap the full wide spread wings ^^





Dekat sini ada juga insect botanical garden tapi saya tak masuk pun. Saya masuk yang ada banyak pokok kaktus. Bayaran masuk hmm.... tak ingat kena bayar ke tidak. 





Dah penat berjalan, saya pun balik semula ke bangunan office tadi. Solat dekat tempat yang tak ada orang and the rest of the day just duduk dekat bench yang disediakan sambil mata duk perhati gelagat pengujung taman. Kemudian masuk library sekejap tengok buku kanak-kanak dan end up minum ice chocolate dekat satu cafe ni sambil charged bateri kamera yang dah nak habis. Erica dengan Agung pula lambat lagi nak balik. 


Nak balik dah, hari dah petang
Er...pekerja Tour de Cafe ni serius motjin tahap kuasa 8 juta. Huhu... Dahlah speaking berhabuk!! Terkejut sekejap tapi kalau tengok muka macam jenis anak kacukan je. 




Waktu tengah bersantai dekat cafe ni sekali ada kejadian habuk-habuk berterbangan masuk kedai. Ada seorang pakcik ni tiba-tiba datang bersihkan kawasan sekitar. Dia tak guna penyapu tapi guna yang macam pekerja DBKL kita pakai tu yang sapu guna angin kuat tu. Ala apa entah mesin tu nama dia. Angin tu kuatlah kan. Berterbangan debu-debu masuk dalam air dalam makanan semua. Cepat-cepat pekerja cafe pergi tutup pintu. Bila pakcik tu dah habis kerja siap cakap "수고했어요... 수고했어요," (Good job... good job).

Mujur air coklat saya bertutup. Tapi pekerja diorang datang tanya okey tak okey, nak apa-apa tak. Even bila cakap tak ada apa-apa semua terkawal still datang bagi tisu. :)


No comments:

Post a Comment