Tuesday, February 11, 2014

Couch Surfing with Geumsok

Setelah dua malam di rumah Erica dan Agung, akhirnya tiba masa untuk saya beredar ke 'sarang' terakhir. Bagai dirancang pula, rumah host CS yang terakhir terletak di area Mapo, berdekatan dengan guesthouse yang saya dah book untuk hari-hari seterusnya.

Awal-awal pagi lagi dah beredar dari rumah Erica padahal nak jumpa Geumsok waktu malam. So pagi tu saya pergi jalan-jalan dekat Go-to-Mall, Orange Line 3, Express Bus Terminal subway station. Survey siap-siap tempat nanti senang kalau nak pergi tengok rainbow fountain dekat Banpo Bridge. Lepas settle simpan beg dalam locker, maka misi merayap diteruskan.






Since saya sampai sana masih terlalu awal, tak banyak kedai yang buka. Semua baru duk susun-susun barang, nak window shopping pun tak boleh. Sementara nak tunggu semua kedai buka, maka tawaflah saya perlahan-lahan dari hujung sampai ke hujung. Dekat hujung kedua-dua belah underground shopping mall ni ada food court. 

Lengang

By tengah hari, orang dah makin ramai. Siapa yang slim-mlim macam orang Korea beruntunglah boleh pergi shopping dekat sini, murah-murah baju dia. Kalau dah berkenan satu baju silalah beli terus sebab banyak kedai dekat situ takut nanti cari balik tak jumpa. Selain kedai baju ada macam-macam kedai lain yang jual beg, alat perhiasan rumah dll.

Kegemaran! Tapi takat tengok jelah

Comel-comel

Tiga sekawan

Shinhwa! Fangirling mode auto switch on! Nampak je...

Lunch untuk hari ni ialah tteokbokki. Padahal baru je makan dengan Erica semalam. Lepas tteokbokki saya pi belasah makan waffle dekat Waffle Bant pula. Sebab dah tteokbokki pedas sangat so tu kira nak neutralkan balik lidah tu. Huhu... Lagi satu sebab baca dekat blog Kaki Berangan punya pasallah ni yang duk kepingin nak makan waffle dari Waffle Bant. Serius saya suka waffle diaorang sebab sedap. Ada banyak perisa tapi untuk first time ni saya cuba yang original sahaja. Sedap, manis. Hilang pedas tteokbokki. Waffle Bant ni adunan dia bukannya cair, tapi macam adunan roti bulat-bulat. 

Kebanyakkan cafe dekat Korea IDnya bermain dengan unsur kayu. Nice

Berharap lepas ni Waffle Bant 'tembus' pasaran Malaysia lepas LTJ

Menyelerakan, meliurkan. Sedap!
Tak banyak sangat gambar dekat sini. Dah agak-agak bosan, barulah beransur ke rumah last CS. Tapi since masih terlalu awal, berehat sambil dinner dekat mart kemudian sambung rehat dekat kedai roti sampailah Geumsok pulang dari kerja. 

Rumah Geumsok dari subway Mapo-gu Office tu dalam 570 meter. Terasa berkilometer nak sampai rumah Geumsok dengan beg-beg yang banyak tu. Sudahlah malam cuaca drop. Time tu kasut dah buka tukar pakai selipar popular Korea je. Part yang nightmare bila sampai rumah dia bila kena angkut pula beg-beg yang banyak tu naik sampai tingkat 4 tak ada lift. Allah luruh jantung jap. 

Map from Navermap memang kawan baik time dekat sana.

Gambar belas ehsan Navermap. Tingkat paling atas sekali ye -_-"

Sampai rumah pun dah malam so saya just stay inside sementara Geumsok pula keluar dinner dengan kawan-kawan dia. Sebab dah letih tu yang malas nak ikut. Tapi ada benda interesting pasal rumah Geumsok ni sampai mata bersinar-sinar denga penerangan dari Geumsok. Rasa macam jakun sikit pun ada. Yang tu nanti sambung dalam next entry.

No comments:

Post a Comment