Monday, February 17, 2014

Toilet at Geumsok's House

Bila dah selesai dengar sesi taklimat dari Geumsok eonni, tahap berhati-hati bila nak guna toilet tu sangat AA++. Sepenuh perhatian bagi tumpuan sebab satni kalau silap caranya banjir rumah orang. Naya. Mujur duduk 2 malam je. Tapi seronok juga. Menarik. Terus rasa nanti dah ada rumah sendiri nak buat macam ni jugalah. Jimat pun jimat.

Suka interior rumah Geumsok. Macam biasa guna kayu-kayan. Jom tengok gambar. 

Bilik saya untuk 2 malam di rumah Geumsok. Selesa sangat dah.

Beg pink dah berkubur di sana

Dinding. Tengok lampu tu, kayu.
Pemandangan luar dari tingkap bilik. Langit musim luruh yang biru

Save electricity, please.

Dining room, kayu lagi

Kitchen. Water filter dia cute je, kecil, jimat ruang

Partition ruang tamu dengan pintu
merangkap almari kasut, kayu lagi

Interior tak ubah macam cafe-cafe dekat sana

Skirting pun kayu juga. Kayu murah? Selalu measured skirting tiles je
Sekarang tiba part yang pada saya interesting. Jakun sikit macam biasa sebab tak pernah jumpa dekat Malaysia. Jimat air, recycle the water. So sebelum nak guna toilet perkara pertama yang mesti dilakukan ialah make sure air dalam tank ni tak penuh kalau tak, banjir! Kalau penuh... banyaklah prosedur yang perlu dilakukan sebelum guna bilik air. Huhu.. But I am survived! Takda kejadia banjir bla bla bla :)

The tank

Lebihan air yang kita guna dari sink akan mengalir masuk ke dalam tank. Sebab itulah kita kena pastikan tank tu kosong sebelum mandi ke basuh tangan ke. Toilet dia main picit-picit button je so memang kering.

The sink

Sebenarnya saya tak adalah suka sangat kerjaya sebagai juruukur bahan / quantity surveyor tapi sebab dari bidang tu, saya terbawa-bawa sampai ke sana. Tangan tu kadang-kadang bila berjalan mesti nak sentuh dinding ke apa, nak rasa materials dan workmanship diaorang. 

Interior dalam toilet. Simple tapi menarik.
Tiling tak full sampai ceiling.

The rack
Hari ke-dua di rumah Geumsok bersamaan hari Sabtu. Time breakfast borak-borak dengan Geumsok, dia cakap hari Sabtu selalunya dia pergi buat kerja volunteer dengan church. Yang saya ni pun ingatkan dengan church bukan dekat church maka telah semangat mengofferkan diri untuk turut serta. Iyalah, tujuan join CS ni ialah untuk beramah mesra dengan rakyat Korea maka melibatkan diri dalam volunteer job adalah sesuatu yang bijak walaupun tidak seperti yang dibayangkan.

Selesai sarapan pagi so off we went to the church by car. Pagi tu barulah brkesempatan berkenalan dengan housemate Geumsok. Tapi cik housemate tak pandai speaking sangat.

Menyesal tak sudah, tobat tak nak pergi church lagi. Bukan masuk dalam church pun tapi berada di dalam kawasan church yang pengunjungnya tak putus-putus, silih berganti, rasa pelik sangat! Lagi satu, kawasan church tu ada tanah perkuburan orang-orang yang bawa dan sebarkan Christian ke Korea. Adoila. Nak ambil gambar pun rasa macam pelik. Kubur Christian nak ambil gambar buat apa pula. Hampir satu jam juga dekat situ kemudian saya terus cabut balik rumah dengan subway.

Gambar pokok pun jadilah.
The only picture taken at the church.
Lagi, gambar-gambar di hari kejadian. Ada kejadian cari rumah tak jumpa.



Semput

Kawasan kejiranan

Tadika
Housemate Geumsok onnie ni dia ada kedai makan sendiri so malam tu kami dinner berdua je. Geumsok masak lauk ojingo, sedap tapi lupa nama apa. Gambar makanan tak ada sebab malu nak ambil. I had so much fun with them that night. Bila kawan dia balik rumah, makin menjadi-jadi kami berborak sambil kemas rumah. Bercampur-campur topik; politik tanah air, kes tembak-tembak yang silih berganti tahun lepas, working with private & government, chaebol sampai ke K-pop, ajushiideul semua ada. Celik mata tu kejap. Malam semakin lewat dan plan untuk ke Hongdae malam tu cancel sebab masing-masing dah penat mengemas rumah.

No comments:

Post a Comment