Friday, August 12, 2011

Glue gun

Salam Ramadhan.

Glue gun bukanlah gun atau pistol yang boleh mengeluarkan bunyi yang power sebaliknya ia hanya mampu mencairkan glue atau gam yang berbentuk rod panjang. Walaupun tugasnya hanyalah mencairkan gam, tapi kalau dah terkena gam panas tersebut boleh juga membawa sedikit kesengsaraan. Pedih woo!

Namun begitu, bukanlan kisah tangan terkena gam panas ke apa yang ingin saya highlightkan di sini, sebaliknya glue gun milik saya telah menjadi pistol tak berpeluru. Pommm!! Terkejut mokcik pagi tadi. Padanlah dua hari lepas saya berangan- angan hendak membeli glue gun yang baru, rupa-rupanya glue gun yang ada tidak mahu lagi menjadi glue gun. Mungkin dia mahu menjadi penghuni tong sampah pula. Huhu...

Mujur bukan meletup di tangan. Kalau tidak... Tapi terblack out sekejaplah bilik saya pagi tadi. Hish! Cuak. Cuak bukan apa. Takut kena marah dengan ayah.

Kesimpulannya, kerja saya terbantut. Untuk mendapatkan glue gun yang baru mungkin mengambil masa sedikit. Alaaa~~ tertangguh lagi kerja. Dah restock barang lain, takda gam pula.

Bye.

1 comment:

  1. salam...

    annyeong~ hihi
    i've tried to search for chocopie,jaja n also iggumeyeyo. bt none was listed as active or.. err did u delete it/them?

    Ramadhan kareem :)
    May this Ramadhan nt be the last for us..

    ehhh sekarang tengah projek apa? hehe macam mahu menempah sesuatu yg cute. tapi taktau nk yg camna. yg bergantung2 ^^

    ReplyDelete