Tuesday, November 26, 2013

Kisah saya dan anjing di Korea

Sepanjang-panjang 2-3-4 minggu dekat sana tak adalah kejadian kena kejar anjing ke apa. Dan sebenarnya dekat sana susah nak jumpa anjing jalanan pun. Kalau jumpa yang tepi-tepi jalan pun mungkin bertuan macam anjing comel ni. Anjing ni terserempak dekat Bukchon Hanok Village. Waktu tu duk semangat sangat snap gambar sampai tak perasan anjing ni duk laa tengok je. Terus palpitation sekejap bila terpandang anjing ni. Gambar pun curi ambil balik lori. Huhu...

Sejuk. Anjing pun pakai baju.
Ada satu hari tu, pergi jalan-jalan dekat Kyunghee University. Sobs... Cantik sangat university tu. Memang spent one whole day pun dekat sana. Petang tu bila nak balik saja singgah satu cafe ni. Memang dah plan kalau pergi Kyunghee University memang nak pergi sana. Masa nak mencari cafe tu laa ada kejadian mujur-anjing-tu-tak-terkam-gigit-kaki. Fuh fuh fuh... Dekat sana kan banyak lorong-lorong. Memang awal-awal dah nampak anjing cute ni tapi tak expect laa pula dia ikut lepas saya lalu depan tempat dia duduk tu. Huhu... Waktu nampak tu memang dah tersentak sikit. Kalau jadi apa-apa bukan ada ramai orang pun. Hmm... Memang takut la tiba-tiba dia datang menyalak dekat sangat dengan kaki. Nak lari nanti dia kejar pula. So, duk la berdiri kaku dekat situ. Palpitation abes time ni. Seminit dua lepas tu ada ajumma tuan dia kut datang jadi penyelamat. Yang saya ni duk la cakap dekat ajumma tu " Chongmal musowoyo.. chongmal musowoyo..." 8 juta kali. Hahah...

Sejak kejadian dekat area Kyunghee University tu terus cuak kalau nampak anjing jalanan walaupun bertuan. Entah rasa macam anjing-anjing ni tahu je kita takut dengan depa.

Next, ada 1 minggu tu saya keluar Seoul pergi Sokcho. Suka sangat dengan Sokcho!!! Macam pekan kecil yang aman damai. Kira tak menyesallah pergi sana sebab memang malas dah nak keluar dari Seoul tapi sebab ada kawan suruh, saya pergi juga.

Dekat Sokcho ni adalah juga anjing-anjing yang bertuan tapi dilepaskan dan mungkin juga anjing jalanan. On da way nak ke guesthouse dah nampak 2 ekor. Terus terbantut nak keluar malam-malam. Ok lagi takda masalah berjaya sampai dengan selamat dekat guesthouse.

The next day dekat Sokcho, time tunggu bas ramai-ramai nak pergi Seoraksan dengan budak-budak yang kenal dekat guesthouse (salah satu reason kenapa suka Sokcho XP) dari jauh dah nampak anjing-anjing semalam duk happy go lucky berlari-lari depan kedai tokey dia. Alahai~ dalam hati terus cuak. Biar ramai orang pun, sekali kalau dia lari terkena seluar satu hal pula. Dah la nak bawa solat kan seluar tu. Sebab 'bijak' kan, cepat je kaki terus menyorok belakang tong sampah dengan harapan anjing-anjing tu tak nampak. Mamat Gwangju tu tanya "You don't like dog?" Teruslah jawab panjang lebar cakap saya takut anjing semua. Agaknya mesti diorg hairan kan kenapa kita-kita ni takut dengan anjing-anjing yang cute tu.

Last day dekat Sokcho, pergi jalan-jalan dekat Abai Village. Mujurlah boleh cakap Bahasa Korea sikit-sikit yang basic. Haha.... Sama dengan kes dekat Kyunghee University duk ulang cakap "Musowoyo...musowoyo". Anjing ni besar sikit. Yang ini tak ada tempat nak sembunyi so bila nampak sorang ajumma ni tengah duk jalan-jalan dekat situ terus jalan pergi dekat dia cakap " Kangaji musowoyo," (Saya takut anjing) sambil tangan duk tunjuk dekat anjing yang makin dekat. Ajumma tu duk ulang cakap dia tak gigit dia tak gigit macam tulah kut agaknya. Dia cakap bahasa dia laa kan. Yang kita ni duk ulang 8 juta kali cakap "Musowoyo... musowoyo". Kemudian cakap dengan ajumma " Gatchi gayo" (Jom jalan sama-sama). Hahaha... Baik ajumma tu. Sambil jalan tu dia tanya nak pergi mana dan dia pun tunggu la saya melintas dengan selamat jauh dari anjing tadi. Sempatlah cakap dekat ajumma terima kasih.

On da way balik guesthouse tu dalam hati duk cakap mujurlah reti cakap sikit-sikit. Kalau tak macamana gayalah nak selamatkan diri dari anjing-anjing tu.




3 comments:

  1. Takut anjing jugak. First, nanti leceh nak kena samak. Second, asyik fikir nanti kena gigit dekat kaki. HAHHAH.

    Nasib baik ada ahjumma tu.

    ReplyDelete
  2. Rasanya kita yang Muslim ni memang automatik takut anjing kut. Bila nampak anjing tu terus berdebar tak pasal-pasal. Padahal anjing tu duk jauh dari kita kut. Hehe...

    Mujur ada ajumma. Bila teringat rasa kalakar pun ada.

    ReplyDelete
  3. waa..pandainya cakap korea. Dulu saya solo trip ke Korea. Nasib baik hafal hwajangshil (toilet).kalau tak habis lah takleh pergi toilet dalam keadaan kritikal.hihihi

    ReplyDelete